Tuesday, November 11, 2008

Sehari Bersama Keluarga Along Fadillah dan Along Mat 09/11/08

Sehari bersama keluarga Along di Kedah sungguh menyamankan. Baik untuk mata malah kesihatan. kehidupan di Kedah sangat sederhana tetapi mendamaikan jiwa bukan macam di KL. Tidak tercemar udaranya. Angin yang bertiup lebih sedap dari penghawa dingin di rumahku, begitu juga dengan kipas angin. Di sana tidak payah pakai kipas walaupun matahari terik di atas kepala. Sejuk sungguh angin yang bertiup. Teringat pulak aku seketika di waktu kecil dahulu. Beginilah suasana desa di kampung Sungai Manik waktu aku masih kecil hinggalah meningkat remaja. Sekarang sudah tidak sama lagi. Kampungku sudah bertukar mengikut arus kemodenan yang dicanangkan oleh Kerajaan. Tapi kita tidak harus lupa yang suasana beginilah seharusnya kita terapkan dalam jiwa anak-anak kita agar tidak lupa asal-usul ibu bapa mereka. Sesekali ajarlah anak kita erti kehidupan orang lain yang lebih susah dari kita. Barulah timbul kesedaran dalam diri mereka secara tidak langsung agar suatu hari nanti mereka tidak mudah bermegah diri dengan apa yang dia ada. Along Fadillah sebenarnya adalah anak saudara emak aku. Waktu aku kecil dulu, dialah yang selalu menjaga aku. Bawa naik motor ke sana ke sini merewang kat kampung Sungai Manik dulu. Dulu Along Fadillah tinggal di Sungai Manik. Kini dia sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak (Sepasang = Lelaki & Perempuan). Kebetulan aku mengambil adikku Nor Asyikin yang habis belajar di UITM Sungai Petani. Kami sekeluargapun singgah sebentar ke rumah Along. Sikap peramah mereka 2 laki bini sangat tersentuh jauh di lubuk hati ini. Gelak tawa mereka menggambar mereka sangat bahagia. Walaupun hidup mereka penuh serba kekurangan namun, mereka masih lagi menghidangkan kami dengan MEE GORENG. Sedap!!! Rasa asli dari desa. Tak sama macam beli kat KL tau!!! Sendiri masak pun belum tentu dapat rasa keenakan yang sama macam Along masak. Rumahnya jauh di tengah-tengah sawah padi. Seakan-akan pondok yang usang namun penuh dengan kebahagiaan.Untuk melalui ke rumah Along, kami kena melalui satu jalan yang kecil benar laluannya. Jalan yang layak digelar denai adalah jalan utama ke rumahnya. Panik jugak kami dalam kereta nak lalu. Sempit betul jalan tu. Silap-silap boleh masuk bendang tayar kereta kitaorang. Huh...panik......panik gila!!!! Mampus la kalau kereta masuk bendang. Jenuh la kami sekeluarga nak tarik atau tolak kereta tu. Bukannya ada kren nak tarik kat sana. Apa pun aku berdoa agar Tuhan memberi rezeki yang melimpah-ruah buat keluarga Along sekeluarga. Biar miskin dan hina di dunia. Tapi di Akhirat golongan inilah yang dihormati dan disegani oleh Allah SWT. Insyaallah..... AMIN.... Buat kawan-kawan semua insaflah kita dari sekarang. Ada golong yang lebih susah dari sebenarnya. Janganlah bermegah dengan kemewahan yang kita miliki sekarang. Itu semuanya hanyalah sementara. Tidak salah kita hidup bersederhana asalkan kita bahagia di samping keluarga yang orang yang tersayang. Itu sebenarnya sudah memadai...jika ada rezeki yang lebih, apa salahnya kita mula dengan bersedekah dengan orang tua kita dahulu. Barulah bersedekah dengan insan yang lain. Orang tua kitalah yang mengajar kita erti kehidupan di DUNIA ini.













Kenangan Bersama Keluarga di Pulau Pinang 09/11/2008

Inilah wajah-wajah keletihan setelah sampai di Pulau Pinang. Sempat berposing depan kamera buat kenangan. Merasa jugak makan pasembur tapi mahal sangat la harga sepingan. Kami terpaksa bayar sehingga RM 70 untuk 2 pinggan pasembur. Bukannya sedap sangat. Lain kali sesiapa yang nak berkunjung ke Pulau Pinang makan pasembur. Hati-hati sebab peniaga di sana main kira je harga makanan yang pelancong makan. Sotong kembang dengan kangkung pun di caj sampai RM 16. Mahal gila!!!! Takkan ku pergi lagi ke Pulau Pinang untuk makan. Tapi sekadar singgah untuk jalan-jalan naik feri ok le. Lepas naik feri, kereta Pesona adikku Azli pulak buat hal. Tak boleh naik handbreak kereta. Mau gelabah kitaorang dalam kereta. Mana tidaknya. Kereta tu dah la pinjam malah kereta baru lagi tau. Baru beberapa bulan keluar. Panikk!!!! Nasib baik la dah ok, bila suamiku mula gerakkan kereta untuk pulang ke kampung Sungai Manik. He....he... syukur alhamdulillah.... Kat Pulau Pinang kitaorang sudah sampai nak dekat malam jadi tak jumpa le dengan jeruk. Ingat nak beli jeruk buah pala. Haram...satu gerai pun takde yang jual. Kat tepi jalan pun takde. Hah...beli kat KL lagi senang. Sama aje. Buat susah-susah badan je nak cari. Hidup mesti gila kentang!!!!!




















Thursday, November 6, 2008

Kesusahan vs Keselesaan

Jika kita merasa susah, pasti ada orang lain lagi yang lebih susah dari kita. Oleh itu jangan mudah berputus asa dalam segala hal dan keadaan yang kita alami. Demi menjaga keluarga yang kita ada, hati-hatilah agar tidak tersalah langkah dan cepat-cepat berpatah kembali ke jalan yang benar agar tidak tersesat jalan. Asalkan kita dan keluarga selesa itu susah memadai dalam kehidupan yang penuh dugaan ini. Lebih-lebih lagi ekonomi negara kita yang semakin merundum tidak lama lagi. Biarlah dari sekarang kita bersiap sedia, jangan pula disebabkan kegawatan ekonomi keluarga kita tidak makan dan anak-anak terbiar serta tidak bersekolah. Berkahwin memang senang tapi bila sudah mempunyai anak, janganlah lupa pula pada tanggungjawab menyekolahkan anak. Memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak kita adalah aset yang besar bagi kita tau. Bagi yang belum lagi berumahtangga atau masih bujang trang...tang-tang... sediakan payung sebelum hujan sebab tanpa DUIT macamana nak bergerak betul tak?

Sunday, November 2, 2008

Berehat Seketika

Cuba-cubalah bawa badan kita berehat seketika walaupun cuma sekadar melelapkan mata. Badan kita perlukan rehat yang secukupnya, namun bukanlah tidur saja semata-mata. Bawalah sesekali diri anda menghayati alam hijau yang penuh dengan misterinya. Tuhan telah menjadikan warna hijau itu satu warna yang mendamaikan. Jangan pula cuba mempolitikkan warna hijau ini, kerana warna ini amat bermakna jika dicungkil rahsianya. Bagi yang berkeluarga, apa salahnya bawa keluarga anda ke kawasan perkelahan atau perkhemahan walaupun dalam masa yang singkat namun tetap bolah memuaskan semua hati yang tersayang sekiranya kita ikhlas dan jujur membawa mereka demi untuk memperbaiki perhubungan kekeluargaan yang ada. Bagi yang bujang pula tidak salah kalau kita mengajak kawan-kawan untuk berhibur seketika. Barulah hilang sengsara yang berlapuk dalam hati dan otak tu! Mesti banyak sawang yang dah sarang tak lalu nak sapu dan dikemas. Oleh itu berubah dari sekarang....Cuba hidup dengan cara yang sihat. walaupun badan dan naik namun itu bukan bermakna kita sakit. Tapi yang kurus pun ada juga yang sakit. Tuhan itu Maha Adil. Semua umatNya akan merasa bahagia atau derita. Ingat la yang kita ini sentiasa dilihat olehNya. Walaupun kita rasa diri ini macam tak adil sebab banyak kerja. Sebenarnya orang lain pun menghadapi situasi yang sama macam kita malah mungkin lebih teruk dari kita. Maka wajib bagi kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Tidak cukup dengan beribadah kepadaNya sahaja, tapi hidup sentiasa tertekan dan rasa beban dengan tugsan yang ada. Itu sebabnya Tuhan jadikan Alam Semulajadi yang indah ini untuk umatNya menghayati dan menikmati untuk tujuan kesihatan dan ada bermacam faedah yang akan kita dapati jika kita menggali apa yang tersurat dan tersirat. Selamat berehat seketika wahai kawan-kawanku semuanya...Berubah demi yang tersayang tiada salahnya. Mencari rezeki ada di mana-mana tapi hubungan kekeluargaan atau persahabatan juga turut penting sebenarnya. Itu pendapat Aku aje...Jangan marah ha.....

Sehari Di Sg Tua Ulu Yam Selangor 02/11/2008






























Friday, October 31, 2008

Pertunangan Adik Lelaki di Jertih, Terengganu 2007

Buat kawan-kawan semua, ini gambar pertunangan adik lelakiku Azli (Ali) 1 tahun yang lepas. Bagi yang mengenali adikku ini. Ini wajah bakal tunangnya yang kini sudah bergelar isteri kepada Ali dan bakal menerima cahaya mata tahun depan. Selamat menjamu mata.