Monday, May 4, 2009

Deerland With Family (2) 25/04/2009











Kenduri Tahlil 2 Mei 2009 Di Rumahku


Majlis kenduri tahlil ini adalah hasil perbincangan antara suami aku dengan aku. Bertujuan bersedekah kepada arwah abah aku dan arwah nenek suami aku yang baru meninggal dunia tidak lama dahulu. Kami buat catering aje, maklumlah baru nak belajar buat kenduri kat rumah sendiri. Malam tu kami hidangkan tetamu dengan makanan kampung seperti Nasi putih, ayam goreng berempah, masak lemak nenas ikan masin, sambal tumis petai ikan bilis, telur masin, ulaman dan sambal belacan serta agar-agar sebagai pencuci mulut. Air pula kami pilih air oren dan teh sabah sebagai minuman.

Ramai juga yang datang, penuh la jugak rumah aku yang kecil ini. nak tangkap gambar banyak-banyak pun tak sempat sebab busy sangat melayan tetamu. Kebanyakan yang datang adalah sedara sebelah suami aku termasuk keluarga mertua aku. Aku bersyukur kerana mak mertua aku banyak tolong sedikit senayak melayan tetamu. Kami siap bagi tetamu bawak balik bekal sebagai sedekah. Yela...siapa nak makan banyak-banyak lauk-pauk tu. Yang best tu, lauk catering termasuk nasi tak basi tau...sampai ke tengah hari. Sedap jugak. Aku dengan suami, anak aku dan adik aku si Asyikin pun makan 2 kali. Dia datang awal dalam pukul 7.oo malam. Terima kasih buat semua yang hadir ke majlis tahlil aku dan suami yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah...selesai sudah kenduri kami yang pertama kali dalam sejarah aku berkahwin dengan suami aku. Dah tua kena la rajin-rajin bermasyarakat. He..he...

Sunday, April 12, 2009

Restoren Kenny Roger KLCC 10/04/2009 (Lepas tgk Pc Fair)


















Rumahku Syurgaku 11/04/2009

Ini rupa dapur aku...Comel tak?? Aku rasa biasa aje...aku jarang masak, kadang2 je sebab busy banyak keje. Hari minggu aku masak la sebab dah jemu makan luar. Suami aku yang galakkan tak masak di rumah. Dia tak mau aku penat sangat nanti...he..he..tq papa....Love u forever and ever.






Kecik aje dapur aku ni. maklum la rumah apartment kan ruang dia sempit sikit. Tak macam rumah teres/banglo...He...he...










Ini jalan nak ke bilik air 1 dan 2, juga bilik tidur utama, bilik tetamu dan bilik kecil (aku buat stor untuk simpan barang2 lama).










Ini ruang tamu di rumah aku. Aku dengan suami cuma letak sofa bentuk L aje. Itu aje yang kami mampu. lagipun rumah kami ni ruangnya tak la besar sangat. Jadi kena la susunatur perabot rumah di rancang dengan sebaiknya agar rumah tak nampak sempit atau berserabut. Sudah 8 tahun aku duduk rumah ni... Kalu ada rezeki nak buat atau beli rumah teres la pulak lepas ni. Tak kisah la nak buat kat kampung atau beli kat area Kl / Selangor.Yang penting kena kerja keras cari duit dan pandai simpan duit untuk beli rumah idaman aku & suami satu hari nanti.

Anak aku ni suka sangat bergaya kat ruang tamu ni. Pantang bukak kamera, mula la nak bergaya.







Satu lagi sudut pandangan ruang tamu rumah aku. Cantik pulak bila aku letak dalam blogger ni. Aku ingat rumah aku ni tak lawa, rupanya cantik jugak...Ye la asyik hari2 duduk kat rumah sendiri mana taknya rasa macam sama aje rumah ni...Bila ditangkap gambar....Tuh..tuh..cantik macam pusat pameran perabot He...he...



Ini tv kat ruang tamu depan. Biasa aje la. Rumah aku pun macam orang bujang walaupun dah kahwin
Ok pe...ada la tempat untuk berteduh walaupun rumah merpati kata emak aku la...Ala..rumah apartment aje..





Ini ruang tamu aku kat depan pintu masuk rumah. Tu yang bergaya separuh bogel tu la anak perempuan kesayangan aku dan keluarga.










Ini ruang makan kat rumah aku. Ringkas aje. Dekat dengan peti ais. Senang nak ambil air. He..he.. mana la tak berisi badan aku sekeluarga. Kat di sebalik langsir kuning tu la bilik air utama. rumah aku ni ada 3 bilik dan 2 bilik air 1 dapur kering dan 1 ruang sidai pakaian. ok le tu...buat warga kota yang ada di bandaraya yang serba moden dan ringkas.




Ini la katil tidur anak aku yang tersayang...Farwizah. Tapi malangnya masih tidur dengan papa dan mama lagi. kacau daun aje. Tidur lasak!!Berpusing macam jam. Pening aku dibuatnya...









Hadapan katil aku ada televisyen. Ala tv lama tak mampu nak beli yang LCD punya. Insyallah...satu hari nanti coming soon.....Amin



Tepi yang warna coklat tu la almari aku. Macam2 khazanah ada tau....


Sambil tidur boleh baca buku/novel. Tu..kat atas rak buku tu la koleksi novel aku. Nak pinjam??Kena call aku dulu ye...










Inilah wajah bilik utama di rumahku. Biasa aje tapi seronok bila dah dapat tidur kat atas katil. he...he...


Monday, March 23, 2009

Gambar Suzana dan Din Terkini 21/03/2009

Ini gambar aku dengan Suzanna dan anak tunggal perempuannya. Comelkan?






Ini la gambar Suzanna yang terbaru aku jumpa kat kenduri perkahwinan anak Chu Amat aku di Kajang baru-baru ini.






Jangan terkejut. Yang pakai baju hijau muda dibelakang tu la Din, suami kepada Suzanna. Dia cepat sangat nak balik. Tak sempat nak posing dengan dia. Bersembang pun tak sempat. Yang pakai baju melayu tu la Chu Amat aku. Anak dia la yang kahwin. Buat kat dewan Penjara Kajang lagi. Meriah....