Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa 21 jun 2009



Selamat Hari Bapa Sedunia Papa..Terima kasih kerana masih lagi bersama Mama dan Vv untuk menyambut hari yang istimewa buat Papa. Dalam tak sedar sudah 5 tahun Papa menjadi seorang bapa di dunia ini. Semoga mendapat keberkatan dalam setiap jua perkerjaan yang dilakukan sekarang dan akan datang. Jaga diri dan kesihatan agar kita masih lagi bersama mengecapi kebahagiaan dan kesenangan di dunia ini selagi masih bernyawa. Tiada hadiah yang istimewa dari Mama..melainkan kata-kata ucapan I Love You So Much dan Terima Kasih kerana sudi menjadi bapa yang paling penyayang dan tegas buat anak kita Farwizah@Vv yang semakin hari semakin nakal dan manja. Mama abadikan ucapan Happy Father Day khas buat Papa yang tersayang di mana jua berada, walaupun sekarang ni tengah kepenatan tidur baru balik dari pelancaran kat Klang...Tentu penat, ciannn....

Friday, June 5, 2009

Kenduri Di Ipoh Sedara Sebelah Suami 23/05/09




Sebahagian sedara sebelah suami aku yang hadir majlis perkahwinan di Ipoh.







He...he..tak habis-habis dengan tulang ayam tu...Mat Nafi...Mat Nafi....wat lawak tengahari buta la pulak. Tak larat nak ketawa dah...penatt!!!







Suami bersama dengan Pakcik Ramli dari Puchong. Dah jadi XXXL la pulak bila digabungkan bersama...Ok le tu...Nanti leh pinjam baju dan seluar d-l-m....Jangan mare!!






3 gadis pingitan dari bandar....Tapi yang kecik tu nak dikira anak dara jugak ke???Confuse....confuse...







Mm...macam la si VV ni pulak yang jadi pengantin. Tak kena langsung!!! Walaubagaimanapun...tetap comal macam Mama dan Papanya jugak. Anak siapa la ni...






Wajah aku ni nampak sembab sebab dok menahan kepanasan tahap ultra.....man he...he...Woo..wo...panas tuhan aje yang tau time tu. Apa macam?? Nampak perubahan tak, kat penampilan aku?? Muka aku dah tak tembam...yahooo...program menguruskan badan telah berjaya walaupun sedikit baru...





Wajah-wajah kesayanganku yang telah kepenatan dek menahan bahang panas yang teramat panas di khemah pengantin. Mujur la ada sikit laluan angin yang di kira ok la jugak...syukur alhamdulillah..Kalo tak jadi ikan kering kitaorang. Leh jual kat Pulau Pangkor...Bukannya jauh...sikit lagi dari Ipoh ke Setiawan.





He..he...sempat juga si Papa VV ni ambik gambar kitaorang yang tengah tunggu ketibaan pengantin datang...







Ini muka adik lelaki suami aku si Daus@ Pak lang si VV. Muka penat pasal baru sampai dari KL ke Ipoh. Panas pulak tu...mesti la penat gila...





Mat Nafi ni kalo makan tak ingat dunia. Tulang ayam panggang pengantin punya pun di kebasnya. He..he..lapar le tu.. Bersungguh-sungguh dengan penuh perasaan macam makan KFC sehingga menjilat jari







Ini gambar anak perempuan aku bersama sepupunya Mat Nafi (anak abang ipar aku) sebaya dengan VV 5 tahun. Tapi kenapa Mat Nafi nampak kecik je??? Tapi Mat Nafi yang lahir dulu...kenapa ye???





Ini satu lagi anak abang ipar aku (Abang Zul), tapi yang sulung cuma panggil Kakak sebab dah ada 2 adik. Kalu jumpa...macam tak tentu hala anak aku dibuatnya. Huh..huh...lasak gila....sabar aje la...






Tarian trasional juga turut dipersembahkan di depan pasangan pengantin dan para tetamu yang hadir. Terhibur la jugak walapun dalam keadaan kepanasan tahap maksimum...






Pengantin mula duduk di pelamin yang disediakan di khemah khas. Terdapat juga pelamin di dalam rumah pengantin perempuan. Tak sempat nak ambil gambarnya sebab nak balik rumah kampung di Teluk intan.






Pengantin diarak bersama bunyian alatan muzik tradisional. Jarang ada pengantin zaman kini inginkan sebegini. Walau apapun Selamat Pengantin Baru diucapkan...








Pasangan pengantin tiba dan disambut meriah oleh para tetamu dan sanak saudara serta sahabat andai.

Thursday, June 4, 2009

Sekitar Kenduri Mendan (Sepupu Suami) Bagan Datoh, Perak 31/05/2009




Golongan bapa-bapa bermesyuarat bawah rumah...Sapa la giliran nak kemas pinggan mangkuk periuk belanga yang kotor tu nanti?






Yang tak pakai tudung tu la emak mertua aku....sibuk nak membungkus makanan yang berlebihan nak bagi tetamu yang hadir.








Ini Kakak dan Abang ipar aku. 2 laki bini la katakan....Romantik sampai ke tua...







Bergaya pulak si 2 pingatan anak dara ni. Macam diaorang pulak yang bersanding kat pelamin tu. Lambat lagi tau....













Ha?? Cuba teka siapa ni?? Ini la adik-beradik perempuan aku. Nak berkenalan?? Kena tanya emak dulu. he...he... Siapa yang cun-melecun... Sapa lagi?? Tentu la aku dulu...Ha...ha..












Ni...nak sangat kahwin la ni. Ha...cepat-cepat la datang meminang adik aku yang sorang ni...Bakal Lawyer tau...Nak tau Lawyer ape? Loyer burukkkk.......









Makanan pengantin paling popular...udang panjat..Tapi?? kenapa udang ni rendah aje...gayat ke??









Kakak dan VV@anak kesayangan papa dan mama.. Mat Nafi pun ada kat belakang tu...Tengah tunggu pengantin baling gula-gula la tu...Dah tak sabar-sabar...rasanya..







Emak, Ikah dan Ikin @ kedua-dua adik perempuan aku yang cantik ni pun turut serta dalam acara kenduri kahwin sepupu suami aku. Terima kasih kerana bagi sokongan....memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini. Cantikkan??? Mana lagi lawa? Tentu la emak aku, then aku last-last baru la yang kat kiri dan kanan tu. He...he... jangan mare....nanti GEMUKkkk....



Yang saiz XL tu suami aku...Yang smart pakai baju melayu tengahari buta tu...adik lelaki suami aku. Mana lagi hemsom...
Tentu la suami aku...pasal aku yang kahwin dengan dia..Bukan adik suami aku. Ha...ha... Buruk betul aku ketawa....Maintain....maintain comel...






Berpeluh-peluh pengantin lelaki...panas la katakan...memang panas pun. Apa lagi?? Belasah la makanan di depan mata... Seumur hidup sekali tau makan beradap dengan isteri yang tersayang.






Yang baju biru tua tu la abang ipar aku... Yang kat sebelah dia tu??? Tak berapa nak cam... Ni kes nak merasa berkat pengantin baru la ni... Kan dah kahwin dulu-dulu...Awat???Kempunan nak jadi pengantin sekali lagi ke???he...he...







Hamdan@Mendan dengan isterinya membuka bungkusan coklat dan gula-gula untuk di tabur kepada kanak-kanak. Tabur dik oi...jangan tak tabur....nanti bersemut gula-gula tu.







Pasangan yang ideal .... sama padan sama comel. Selamat pengantin baru...

Thursday, May 14, 2009

Suami Di Cherating 14/05/09-15/05/09

Hari ini, pukul 6 petang tadi suami aku bertolak dari KL ke Cherating Pahang kerana kerja yang perlu di buat di sana. Keje apa?? Ha...keje berkaitan event untuk Hari Pelancaran Akauntan Negara.

Baru setengah hari aku dah rasa rindu...Apalah...time ada dekat taknak nak rindu-rindu.. Bila dah jauh baru la nak datang rasa sayang teramat sayang, rasa rindu teramat rindu...Hmmm macam-macam lagi la. Itukan semuanya datang dari Allah...Aku ni manusia kan?? Tu pasal la ada banyak perasaan dan perasan sorang-sorang.

Walauapapun, aku doakan agar suami aku balik dengan selamat ke Kl dan berjaya dalam melaksanakan tugasnya dengan cemerlang...Amin

Monday, May 11, 2009

Hari Paling Memenatkan...

Hari ni aku rasa penat sangat...mungkin kerana banyak keje atau...panas...Atau sebab cuaca yang mendung buat aku mengantuk..Padahal aku rasa dah cukup tido malam tadi...Mm...sebab aku gelisah hari aku ada appoinment dengan Carlifornia Club Fitness Gym . Aku kena jumpa trainer aku untuk melaksanakan program pengurusan badan aku yang dah lama aku nak buat tapi tak cukup simpanan lagi. bukannye apa...nak bagi husband sayang kat diri ini banyak-banyak...Lagipun badan ni dah macam kena pam..kena buat sesuatu...
Dalam aku nak kumpul duit gi gym..Suami dan anak aku hadiahkan pada aku sesi gym includes trainer sekali bagi tempoh setahun.. Aku?? Memang la suka teramat suka...Dah lama aku nak pun..Cuma tak cukup duit lagi. nak makan ubat-ubat herba aku tak berapa berani..Pasal ada kawan isteri suami aku yang dapat sakit kanser sebab makan ubat-ubat herba la. Terkenal la jugak jenama ubat kurus tu..Siap dapat pengesahan dari Dr yang ubat tu bagus..Alih-alih la ni dah sakit kena buat kemoterapi..Kos belanja hospital dgn ubat mahal gila.
Jadi dipendekkan cerita, suami aku tak bagi aku makan sebarang ubat herba pelansingan badan dan gi pusat-pusat pengurusan badan. So di daftarkan nama aku kat Carlifornia Club ni agar aku dapat nasihat mengurangkan berat berat secara teratur dan belajar senaman yang sesuai untuk kesihatan aku. So aku tak la pening kepala nak fikir macamana aku nak buat agar berat badan aku turun dengan kadar yang betul. Lambat takpe asalkan kesihatan aku terjamin. Boleh tahan la kos gi gym ni...Tapi bayarannya adalah secara lamsam untuk guna gym selama setahun.
Tq papa and VV..Mama love both of you so much...
Tunggulah kedatang Fariza yang baru dalam tempoh beberapa bulan ini...Doakanlah aku agar tidak berputus asa...