Saturday, October 11, 2008

Selamat Harijadi Ali

Menyambut hari jadi buat adik kedua dalam keluarga Mohd Azli Mohd Naser yang ke 26 tahun yang telah dilangsungkan di kediaman kelahiran kami.Tujuh beradik termasuk ibu dan nenek serta para menantu ibu berkumpul bersama menyambut hari kelahiran sambil bermesra dengan masakan BBQ yang dibuat dihalaman rumah pada malam hari raya ketiga.

Pusara Ayah tercinta

Telah menjadi rutin bagi diri ku ini setiap kali lebaran. Aku bersama suami dan anak akan menziarahi pusara ayah tersayang setelah pemergiannya pada ogos 2004.Kebiasaan setiap tahun apabila aku menziarahi pusara ayah, aku akan membersihkan pusaranya dan aku sedekahkan bacaan doa dan al-fatihah buat roh ayah semoga berada di tempat orang-orang yang beriman.Aku sentiasa berdoa buat ayah tercinta kerana tanpanya sudah tentu aku tiada dimuka dunia ini.

Al-Fatihah...

Lebaran Bersama Rakan Lama


Di lebaran ini aku berkesempatan mengunjungi sahabat lama masa zaman persekolahan.Lebaran yang amat bermakna bagi diri aku kerana setelah sekian lama tidak aku ketemui mereka.Antara yang dapat ku temui pada lebaran ini adalah Zul dan Sharif yang bertandang ke rumah ku pada hari raya kedua.Manakala Juliana dan Nazimah dapat aku bertemu pada hari raya ketiga di rumah mereka yang aku kunjungi.


Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Al-Mubarak

Setahun sudah kita menjalani kehidupan seperti biasa kini tiba masa bulan yang paling mengembirakan seluruh umat islam.Ramadhan bulan yang paling mulia buat semua umat islam kerana pada bulan ini seluruh ibadah kita dapat dilakukan dengan sempurna.Siang kita berpuasa malam pula kita menunaikan solat tarawih yang hanya dapat kita nikmati pada ramadhan sahaja.

Bulan ramadhan satu bulan yang kita boleh menikmati berbagai hidangan juadah berbuka puasa.Berbagai makanan yang boleh kita dapati pada bulan yang tidak boleh kita perolehi pada bulan lain.Tapi harus kita ingat bahawa janganlah kita berbuka dengan hawa nafsu syaitan.Berbukalah dengan penuh keimanan.

Dengan penuh keimanan dan ketaqwaan saya mengucapkan selamat berpuasa dengan penuh kesabaran.Hindarilah dengan pekara-pekara yang boleh membatalkan puasa kita.Tingkatkan amalan keagamaan demi memenuhi ibadah kita dibulan yang mulia ini.Janganlah kita berpuasa demi menunggu Aidilfitri kerana hari lebaran itu hanya kita dapat kita kecapi kesoronokannya hanya sementara berbanding bulan ramadhan dimana kita akan kecapi keseronokan sepanjang bulan.

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA....

Friday, August 15, 2008

FORASENI ASASINEMA








Foraseni Asasinema yang berlangsung di Auditorium Fakulti Sastera dan Sains Sosial pada 12 ogos 2008 dengan panel yang terlibat Dato'A Rahman Hassan dan Dato' Aziz Satar.

Friday, August 1, 2008

Majlis Hari Jadi Farwizah (Vee-Vee) 31 Julai 2008 di Smart Reader Pantai Hill Park

Hari jadi anak ija pada 31 julai 2008 yang telah diadakan di sekolahnya di Smart Reader Pantai Hill Park.Hari yang k3 4 tahun telah disambut dengan begitu meriah bersama -sama rakan-rakannya.