Ni nak cerita pasal kereta kereta suami aku kena On Tow semasa dalam perjalanan balik dari Teluk Intan Perak ke Kuala Lumpur. Huh...panik dan mendebarkan. Kereta suami aku ni dah memang buat hal masa hari Sabtu lagi. Kitaorang bercadang nak bawak kereta suami aku ni gi ambik adik aku si Nor Asyikin ni kat Uitm Sungai Petani Kedah yang dah habis belajar kat sana. Jadi dipendekkan cerita nak angkut la semua barang yang ada kat sana, kononnya... Tapi sebab kereta dah buat hal, terpaksa la tukar dengan kereta baru adik aku si Azli. Pesona tau. Besar sungguh dalamnya. Baru lagi! Jadi tersadai la kereta suami aku kat kampung. Otak dah pening ni. Mana la nak cekau duit kalau kereta tu rosak teruk. Rosak tang gear Box, mampusss!!! Cerita RM beribu la jawabnya. Tapi sebab takkan kacau mood nak gi Kedah, kitaorang dua laki bini buat-buat la gembira. Kesian pulak dengan mak dan adik yang tengah menunggu kat Kedah tu. Jadi oleh kerana tidak mahu menghampakan semua orang, kitaorang bertawakal sahaja. Mana tau ada keajaiban dari Tuhan ke. He...he... harap-harap la. Dah penuh kantung doa kalu nak di kira la. Bukan setakat pergi Kedah aje ambik si Nor Asyikin ni, tapi siap berjalan sakan gi rumah sedara, Along Fadillah dengan Along Mat. Jalan-jalan kat Pekan Rabu dengan diaorang. lepas sambung lagi gi Pulau Pinang. Siap naik feri dengan Jambatan terpanjang kat Malaysia. He...he..best sampai lupa masalah yang ada kat dalam kepala otak. Itu cerita hari Ahad. Masuk cerita hari Isnin. Huh...mula-mula kereta belum buat hal lagi. Tapi entah macamana anak kesayangan aku Si Farwizah(VV nama timangan) ni nak terberak katanya. So, suami aku berhenti la kat R&R Rawang. Kebetulan lalu kat situ. Kemudian bila dah selesai segala urusan (faham-faham sudah la) sempat jugak aku belikan anak aku aiskrim. Lepas tu, suami aku cuba start enjin kereta dan mula bergerak. Tapi, entah kenapa kereta suami aku berbunyi lain macam. Krekkk...krekkk... risau jugak aku. Bunyi tu pulak macam dekat je dengan tempat kerusi yang aku duduk. Aku duduk kat bahagian penumpang. Suami aku pun, aku tengok macam mengelabah semacam. Aku suruh suami aku parking kereta kat tepi jalan tapi masih ada kat dalam R&R Rawang lagi le. Suami aku turun tengok apa-apa yang patut. Aku pun sama. Siap tertonggeng-tonggeng aku nak tengok bunyi apa tadi. Kuat tau bunyi. Kebetulan aku perpaling ke kiri aku nampak ada Peronda Plus. Aku tahan minta tolong kat Brother dalam kereta Tarik Peronda Plus tu. Aku kata kereta rosak boleh tolong. Brother 2 orang tu pun cuba start enjin kereta suami aku. Bila tarik clutch dengan minyak ada bunyi bising. Katanya ada masalah dengan DRYERSHAP. Aku pun tak tau le apa ke benda tu. Nak eja pun tak tau. Ni pun entah betul ke idak aku belasah aje. Ala besi yang menggerakkan tayar kereta supaya boleh berjalan kereta. Itu yang rosak. Tak tau la samada dah patah atau terkeluar dari tayar. Apa lagi, kena tarik la kereta suami aku tu. Ha? Mesti korang tertanya macamana dengan aku, anak dan suami? Ala...Brother Plus tu kata naik je kereta kena ON TOW tu. Dia suruh duduk diam-diam dan jangan tekan minyak sebab enjin masih hidup. Enjin kereta hidup sebab nak pasang aircond la. Panas tau masa kejadian tu. Merasa jugak la aku naik kereta kena ON TOW. Seumur hidup tak pernah tau! Ini 1st time le kiranya. Aku siap buat lawak dengan suami aku. Sepanjang perjalanan ke Tol Rawang kitaorang dalam kereta asyik ketawa aje. Bukannya gila tapi kelakar. Tak pernah terjadi dalam seumur hidup. Suami aku pun kata ini 1st time kereta sendiri kena ON TOW. Ha...ha....padan muka kitaorang time tu. Tapi best. Sebab kenangan ini takkan boleh dijual beli. Tidak ternilai rasanya. Lepas sampai kat Tol Rawang, suami aku telefon abang dia, kitaorang panggil Abang Joi...(Abang Ipar aku le kiranya) minta tolong. Sebab rumah dia memang kat Bukit Beruntung. Kira dekat la dengan kes kitaorang ni. Itu pun jenuh jugak menunggu Abang Joi sebab dia ada kat Petaling Jaya nak masuk keje kat kilang Vitagen. Terus patah balik tolong kitaorang yang dah tersadai kat Tol Rawang ni. Setengah jam jugak la kitaorang tunggu. Sambil tunggu tu ada pulak mamat Cina usia dalam lingkungan 20an datang dengan kereta Kancil putih. Kata dia dia boleh tarik kereta kitaorang. Nak tau berapa dia caj? RM600 tau!!! Mahal!!!!Gila punya orang. Itu tak termasuk nak bawak kereta ke bengkel yang katanya terletak di Bukit Beruntung. Itu bermakna kereta rosak ni, kena patah balik le ke belakang, jauh tu....Dah la mahal. Melampau betul. tapi takde le suami aku cakap kasar dengan mamat Cina tu. Cakap elok-elok. Ye la takut nanti terjadi apa-apa. Udah le tersadai kat tempat orang. takkan nak buat kurang ajar pulak. Suami aku kata kat Mamat Cina tu kitaorang tengah tunggu abang. Abang kitaorang tu pun formen jugak. Kelentong suami aku. Tapi mamat Cina ni tak reti bahasa Melayu agaknya. Dia kata dia pun ada jual spare part jugak boleh order dengan dia. Geleng kepala kitaorang. Mamat Cina tu siap tunggu jugak kat dalam kereta Kancil dia. Mungkin dia tak percaya agaknya yang abang Suami aku tu nak datang. Tak lama lepas tu baru la abang Ipar Aku datang tengok kereta suami aku tu. Apa masalahnya. Mamat Cina tu pun siap menyibuk jugak nak mencelah. Ish...risau betul aku tengok gelagat Mamat Cina ni. Takut pun ada. Main serbu aje caranya. mendebarkan hati tau. Lepas tu aku tengok Mamat Cina tu blah. Kereta suami aku parking kat Tol Rawang. Malam Ahad tu baru tarik. Tak la Mahal sangat kena caj. Cuma RM150 je berbanding RM600 mamat Cina tu nak. Sekarang kereta suami aku ada tersadai kat rumah abang Ipar aku kat Bukit Beruntung. Ada sedara yang boleh formen kereta tu.Siap beli barang dengan upah RM200 aje. Semua orang kata, kalau kereta tu boleh bergerak lagi mungkin boleh accident kitaorang sekeluarga tau! Sebab DRYERSHAP yang tercabut tu boleh menyebabkan kereta terpelanting. Ye la...tayar depan dah tak boleh bergerak. Tayar belakang yang bergerak tu pulak boleh menyebabkan kereta terpelanting tau, walaupun kelajuan cuma 80km/jam. Syukur alhamdulillah...nasib baik takde apa-apa kejadian berlaku. Untuk pengetahuan korang, kereta suami aku tu baru je servis hari Jumaat yang sudah. Orang bengkel tu kata takde apa-apa masalah kereta tu. Suami aku dah jenuh bagitau yang kereta memang ada masalah, orang bengkel tu buat tak reti aje. Katanya chamber rosak lepas kena pasang skru tup.....tup...kena bayar RM200 lebih. Tu yang tak puas hati sampai sekarang ni. Benda yang penting macamana boleh terlepas pandang. Padahal hari-hari dia repair kereta orang. Betul tak? Bengkel tu pekerja dengan pemiliknya semuanya Cina. Hai...zaman sekarang semuanya nak cari untung yang banyak sehingga mengabaikan nyawa orang lain. Kalu Aku tau la pasal kereta tak payah hantar gi servis kat bengkel. Buang masa dengan duit aje!!! Yang penting keluarga aku semuanya selamat. Alhamdulillah....
Wednesday, November 12, 2008
Tuesday, November 11, 2008
Sehari Bersama Keluarga Along Fadillah dan Along Mat 09/11/08
Sehari bersama keluarga Along di Kedah sungguh menyamankan. Baik untuk mata malah kesihatan. kehidupan di Kedah sangat sederhana tetapi mendamaikan jiwa bukan macam di KL. Tidak tercemar udaranya. Angin yang bertiup lebih sedap dari penghawa dingin di rumahku, begitu juga dengan kipas angin. Di sana tidak payah pakai kipas walaupun matahari terik di atas kepala. Sejuk sungguh angin yang bertiup. Teringat pulak aku seketika di waktu kecil dahulu. Beginilah suasana desa di kampung Sungai Manik waktu aku masih kecil hinggalah meningkat remaja. Sekarang sudah tidak sama lagi. Kampungku sudah bertukar mengikut arus kemodenan yang dicanangkan oleh Kerajaan. Tapi kita tidak harus lupa yang suasana beginilah seharusnya kita terapkan dalam jiwa anak-anak kita agar tidak lupa asal-usul ibu bapa mereka. Sesekali ajarlah anak kita erti kehidupan orang lain yang lebih susah dari kita. Barulah timbul kesedaran dalam diri mereka secara tidak langsung agar suatu hari nanti mereka tidak mudah bermegah diri dengan apa yang dia ada. Along Fadillah sebenarnya adalah anak saudara emak aku. Waktu aku kecil dulu, dialah yang selalu menjaga aku. Bawa naik motor ke sana ke sini merewang kat kampung Sungai Manik dulu. Dulu Along Fadillah tinggal di Sungai Manik. Kini dia sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak (Sepasang = Lelaki & Perempuan). Kebetulan aku mengambil adikku Nor Asyikin yang habis belajar di UITM Sungai Petani. Kami sekeluargapun singgah sebentar ke rumah Along. Sikap peramah mereka 2 laki bini sangat tersentuh jauh di lubuk hati ini. Gelak tawa mereka menggambar mereka sangat bahagia. Walaupun hidup mereka penuh serba kekurangan namun, mereka masih lagi menghidangkan kami dengan MEE GORENG. Sedap!!! Rasa asli dari desa. Tak sama macam beli kat KL tau!!! Sendiri masak pun belum tentu dapat rasa keenakan yang sama macam Along masak. Rumahnya jauh di tengah-tengah sawah padi. Seakan-akan pondok yang usang namun penuh dengan kebahagiaan.Untuk melalui ke rumah Along, kami kena melalui satu jalan yang kecil benar laluannya. Jalan yang layak digelar denai adalah jalan utama ke rumahnya. Panik jugak kami dalam kereta nak lalu. Sempit betul jalan tu. Silap-silap boleh masuk bendang tayar kereta kitaorang. Huh...panik......panik gila!!!! Mampus la kalau kereta masuk bendang. Jenuh la kami sekeluarga nak tarik atau tolak kereta tu. Bukannya ada kren nak tarik kat sana. Apa pun aku berdoa agar Tuhan memberi rezeki yang melimpah-ruah buat keluarga Along sekeluarga. Biar miskin dan hina di dunia. Tapi di Akhirat golongan inilah yang dihormati dan disegani oleh Allah SWT. Insyaallah..... AMIN.... Buat kawan-kawan semua insaflah kita dari sekarang. Ada golong yang lebih susah dari sebenarnya. Janganlah bermegah dengan kemewahan yang kita miliki sekarang. Itu semuanya hanyalah sementara. Tidak salah kita hidup bersederhana asalkan kita bahagia di samping keluarga yang orang yang tersayang. Itu sebenarnya sudah memadai...jika ada rezeki yang lebih, apa salahnya kita mula dengan bersedekah dengan orang tua kita dahulu. Barulah bersedekah dengan insan yang lain. Orang tua kitalah yang mengajar kita erti kehidupan di DUNIA ini.



















Kenangan Bersama Keluarga di Pulau Pinang 09/11/2008
Inilah wajah-wajah keletihan setelah sampai di Pulau Pinang. Sempat berposing depan kamera buat kenangan. Merasa jugak makan pasembur tapi mahal sangat la harga sepingan. Kami terpaksa bayar sehingga RM 70 untuk 2 pinggan pasembur. Bukannya sedap sangat. Lain kali sesiapa yang nak berkunjung ke Pulau Pinang makan pasembur. Hati-hati sebab peniaga di sana main kira je harga makanan yang pelancong makan. Sotong kembang dengan kangkung pun di caj sampai RM 16. Mahal gila!!!! Takkan ku pergi lagi ke Pulau Pinang untuk makan. Tapi sekadar singgah untuk jalan-jalan naik feri ok le. Lepas naik feri, kereta Pesona adikku Azli pulak buat hal. Tak boleh naik handbreak kereta. Mau gelabah kitaorang dalam kereta. Mana tidaknya. Kereta tu dah la pinjam malah kereta baru lagi tau. Baru beberapa bulan keluar. Panikk!!!! Nasib baik la dah ok, bila suamiku mula gerakkan kereta untuk pulang ke kampung Sungai Manik. He....he... syukur alhamdulillah.... Kat Pulau Pinang kitaorang sudah sampai nak dekat malam jadi tak jumpa le dengan jeruk. Ingat nak beli jeruk buah pala. Haram...satu gerai pun takde yang jual. Kat tepi jalan pun takde. Hah...beli kat KL lagi senang. Sama aje. Buat susah-susah badan je nak cari. Hidup mesti gila kentang!!!!!























Thursday, November 6, 2008
Kesusahan vs Keselesaan

Jika kita merasa susah, pasti ada orang lain lagi yang lebih susah dari kita. Oleh itu jangan mudah berputus asa dalam segala hal dan keadaan yang kita alami. Demi menjaga keluarga yang kita ada, hati-hatilah agar tidak tersalah langkah dan cepat-cepat berpatah kembali ke jalan yang benar agar tidak tersesat jalan. Asalkan kita dan keluarga selesa itu susah memadai dalam kehidupan yang penuh dugaan ini. Lebih-lebih lagi ekonomi negara kita yang semakin merundum tidak lama lagi. Biarlah dari sekarang kita bersiap sedia, jangan pula disebabkan kegawatan ekonomi keluarga kita tidak makan dan anak-anak terbiar serta tidak bersekolah. Berkahwin memang senang tapi bila sudah mempunyai anak, janganlah lupa pula pada tanggungjawab menyekolahkan anak. Memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak kita adalah aset yang besar bagi kita tau. Bagi yang belum lagi berumahtangga atau masih bujang trang...tang-tang... sediakan payung sebelum hujan sebab tanpa DUIT macamana nak bergerak betul tak?Sunday, November 2, 2008
Berehat Seketika
Subscribe to:
Posts (Atom)











