Monday, December 1, 2008

Makanan Restoren Mamak Mahal

Ini la resit yang aku dapat lepas makan kat Restoren Mamak di PJ. Ala, sebelah bank CIMB dengan HSBC tu. Tak tau jugak? Depan dengan Pejabat Pendaftaran Cawangan Petaling Jaya dan bangunan KIMIA. Ha...kat situ la. Punya mahal harganya. Kata Persatuan Mamak nak turunkan harga makanan. Takde la pulak. Aku rasa mahal ada la. Mee goreng yang suami aku makan tu mahal sungguh! Sampai RM5. Mengalahkan hotel punya makanan. Hotel punya makanan lagi sedap dan suasana lebih bagus ada penghawa dingin. Tapi kedai mamak ni, dah la kipas tak rasa apa! Kotor tu, ada la sikit. Tukang ambik order punya la lembap dan pemalas. Macam tak nak keje. Masa nak bayar, mintak resit pucat gila wajah cashier tu. takut ke...apa ke...entah la. Ada la tu buat salah. Biasa aku makan nasi lemak kat situ cuma RM2.50. Tup...tup dah naik RM3. banyaknya naik! Sampai RM0.50!!!Hishh...hish....rasa nasi tu tak la sedap sangat. Tak rasa macam nasi lemak pun? Aku dengan family gi makan kat restoren tu, sebab nak temankan suami yang baru balik dari bertugas Festival KLIFF 2008. Dia kata lapar. Petugas-petugas KLIFF takde di bagi makan walaupun air botol mineral sekalipun! Dah la kena keje masuk pukul 6 petang...habis pulak pukul 12 malam. Apa kes tu? Itu kes penderaan namanya. Udah la kena berdiri lama sebab nak menyambut tetamu VIP dengan VVIP. Makanan pulak tak dibagi pada petugas....Hish....teruk betul management KLIFF ni. Kata dapat RM600,000.00 dari FINAS! Takkan la nak beli air mineral untuk staf sendiri pun tak mampu. Ini makan duit lebih sorang-sorang ni...keje malas atau tak reti nak buat! Mengarah aje tau!!!!Teruk...teruk betul!

Ha..cite pasal harga makanan kat restoren mamak ni...Yang makan cuma aku dengan suami. Anak aku dah makan. Ye la..mana la dia nak makan, dah pukul 12.00 lebih (malam). Anak cuma oder ais kosong yang harganya RM0.30 dan coklat cadbury 6 ketul (RM0.10 setiap satu), itu aje! Alih-alih kena RM15.40. Kedai mamak yang lain aku makan tak le mahal macam ni. Siap anak aku order roti telur lagi. Tiga orang beranak makan baru bawah RM15.00 . Waktu malam jugak kitaorang makan. Restoren ni siap hidang makanan atas daun pisang lagi! Sedap tau...Cuma la korang try sekali....Order roti pun diaorang letak atas daun pisang. Lepas tak mahal la pulak harganya. Itu yang puas hati. Siap order ikan goreng lagi. Kalau la aku order ikan goreng kat restoren mamak yang mahal tu. Ceh! Mesti dia bagi maksimum harga kat dalam resit. So, korang berhati-hati la apabila memilih kedai makanan lepas ni. Walaupun dah biasa dengan sesebuah kedai makanan tu, namun kalau nak menipu ni bila-bila masa aje tau! Selamat menjamu selera.....

Saturday, November 29, 2008

Festival KLIFF 2008 Majlis Yang Paling Teruk Di Dunia!

Ha...nak tau kenapa aku letak tajuk macam tu? Ni aku nak pi cite. Aku ada tiket nak gi Festival KLIFF 2008. Dalam Kad tu tak letak pun yang kanak-kanak tak boleh pegi malah masuk sekalipun. Tup...tup..aku tengok siaran langsung di Astro Kirana kul 9.00 malam sampai 11.00 malam (29/11.08) aku ternampak la beberapa tempat duduk yang membawa kanak-kanak di dalam dewan PWTC tu. So, aku rasa confuse la sikit. Awat la, beruk-beruk tu boleh bawak masuk kanak-kanak kat dalam tu ye? Tang aku nak bawak anak aku tak leh la pulak. Anak aku 4 tahun. Besar pe. Bukannya dia jenis pandai menangis. Tapi kat siaran langsung yang aku tengok tadi, huh!!!!Sikit punya banyak budak-budak dapat masuk siap ada kerusi khas lagi. Bagi tiket percuma tapi orang biasa tak dibagi masuk. Anak orang kementerian boleh pulak dilanggar protokol majlis kerajaan yang tak boleh bawa kanak-kanak bawah 12 tahun! Ni yng pening ni????? Hish...hish..menyampah!!! Menyampah betul!!!! Usah la kome nak kerja kerajaan nanti lembap pemikiran yang dah elok-elok ada tu. Itu pendapat aku aje. Berapa sangat la pencen yang kerajaan bagi. Aku tengok yang dah pencen merempat jugak. Tak cukup katanya. Itu berdasarkan pengalaman aku bergaul dan bersembang dengan jiran-jiran dan kawan-kawan yang dah pencen. Siap kena jadi jaga (ala Pak Guard lah!) bagi yang lelaki (kebanyakannya la) dan yang perempuan jadi cleaner. Apa cite tu. So, next time..tak payah la kome nak sangat gi majlis-masjlis yang macam ni. Aku dah banyak kali pergi macam-macam majlis, tapi ini yang paling teruk. Kalau korang nak tau, Mat Saleh2 datang nak masuk kat majlis KLIFF ni siap pakai seluar pendek dibagi masuk tau! Adil ke? Ha, nampak tak...yang kita ini sebenarnya masih lagi dijajah oleh bangsa asing. Tapi, itu semua tak penting. Yang penting aku dah meluahkan perasaan ku ini dalam tulisan blog aku ni. Bukannya apa...saja nak bagitau korang. Festival KLIFF tu sebenarnya kelam kabut tau di belakang tabirnya. Macam sewel la pulak aku tengok. nak tau kenapa? Sebab...suami aku ada tugasan dengan KLIFF tu sikit. Ala...jadi penyambut tetamu VVIP dengan VIP. Tak best pun....Kata suami aku. Aku dah memang agak dah. Kalu korang nak tau. Suami aku dapat buat majlis ilmu dengan FDAM, FINAS dan KLIFF. Tapi dikacau oleh Wafa and the Gang. Kenal tak? Ala bekas pelakon yang tak sekolah tinggi tu!!! Siapa la tak kenal WAFA!! Perempuan ni siap curi suami aku punya contact (student Uitm Shah Alam). Sanggup bagi rasuah RM50 pada budak2 Uitm ni. Kerja budak-budak ni senang aje. Tepuk tangan then sorak lebih-lebih. dah Dapat Upah RM50, siapa la yang taknak. Betul tak? Tapi kalau setakat curi contact orang aku tak respect! Pasal apa, pasal suami aku dan team dia (UM) dan buat keje siang malam sampai suami aku naik tekanan darah dia yang sememangnya dia ada penyakit tu. Lebih mata suami aku pulak sakit. Sampai merah-merah sebab tak cukup tidur! Apa ke idaknya. Pagi dah keluar...lewat malam baru balik. Kadang-kadang tu sampai subuh baru balik tau. Apa pendapat korang? Kejamkan makhluk2 manusia tu? Aku ni bukannya apa. Cuma kesian kat Suami aku. Time dia dan team buat keje orang kacau. Itu tak kena ini tak kena. Tapi kesalahan pihak sendiri tak nampak. Itu la sebabnya, Agama Islam tidak menggalakkan perempuan menjadi ketua dalam apa jua keadaan. Haru biru sebenarnya. Perempuan ni kan ada sifat pedendam, suka menjatuhkan orang lain kalu tak suka seseorang, kejam dan lain-lain lagi. Alhamdulillah la aku bukan golongan perempuan macam tu. Jahanam hidup aku nanti. Tapi bukan la semua, aku cuma merujuk apa yang ada di depan mata aje. Itu pendapat aku. Korang usah la ikut macam aku. Inikan luahan hati aku. Walau apapun yang terjadi, sebenarnya ada hikmah disebaliknya kan? So waspada la korang dengan orang disekeliling korang. Walaupun muka nampak cantik dan berseri tapi sebenarnya ada yang berhati busuk. Walaupun muka hodoh dan tak cantik, tapi hatinya bersih. Itu la yang dinamakan kuasa tuhan. ALLAH MAHA BESAR....Bukan la aku nak menyokong atau membidas mana pihak. Tapi kenyataan tetap kenyataan!!! Malah jauh dari sudut hati ini nak memihak mana-mana pihak. Buat hal sendiri lagi bagus...Asalkan kita tau asal-usul kita cukuplah. Dan tidak menganiya sesama manusia dan juga hidupan yang Tuhan jadikan sudahlah!!!Bye...selamat malam aku gi rehat. Penat dah nak tulis luahan hati. Dah takde idea ni sebenarnya. Cukuplah untuk hari ini. Bye :)

Selamat Hari Raya Aidiladha 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha yang akan tiba pada 8 Desember 2008 tidak lama lagi. Ku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana setia melihat perkembangan blogku ini. Diharap agar korang semua berhati-hati dalam perjalanan balik ke kampung nanti sempena hari raya kelak. Bagi yang tidak dapat pulang ke kampung pulak. Janganlah susah hati, Malaysia ni kan banyak cuti dalam setahun. Apa la nak dikenangkan sangat jika perlu bertugas. Jangan marah ye....ini sekadar 1a pendapat dari aku je. Walau di mana kita berada. Berhati-hatilah senantiasa agar orang yang kita sayang dapat melihat wajah dan diri kita seadanya, betul tak? Ingat 1 lagi pesanan aku, janganlah kome makan daging banyak sangat time raya karang. Sikit-sikit takpe, bukannya apa. Sekadar menyahut seruan Kementerian Kesihatan, "Jagalah Kesihatan Anda. Amalkan Pemakanan Yang Seimbang". Jangan main bedal aje tau. Bila dah sakit. Siapa yang susah? Faham-faham sendiri sudah la! Kita kalau boleh, jangan menyusahkan orang lain. Selagi badan kita masih sihat, hargailah kesihatan yang kita ada kini. Maintain kan aje....Tak payah la nak teruk-teruk sangat jaga kesihatan. Asalkan berpantang cara pengambilan makanan dan bersenam dalam 3 minit sehari cukuplah. Turun naik tangga pun dah dikira bersenam la jugak tu. Ok pe! Kita tengah bekerja ni mana la ada masa nak berjoging hari-hari, betul tak? Tup...tup...sampai rumah dah malam. Pagi-pagi nak kena bangun awal la pulak. Nanti jalan jem lambat pulak sampai office. So, bila nak bersenam ni??? Buat aje la apa-apa yang patut.

Jadi, berbalik pada Hari raya Aidiladha, aku nak mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dalam penulisan aku di ruangan blog ini. Aku harap, korang semua sihat-sihat belaka dan dimurahkan rezeki senantiasa. Jaga la keluarga korang masing-masing. Itu sebenarnya yang penting dalam matlamat hidup kita jika nak tau...Siapa lagi la kita nak sayang....orang di samping kita la yang kita nak sayang...Betul tak?? Selamat Hari Raya Aidiladha dan Maaf Zahir Batin dari aku (Fariza@Ija, Suamiku@Hamzah dan Anakku(Farwizah), Bye.....Jumpa lagi di tulisan akan datang..

Friday, November 28, 2008

Yuran Smart Reader KIds 2009 "Mahal Sangat!"

Semalam aku melihat beg sekolah anak aku. Ku temui beberapa helai kertas putih yang tertulis"Payment of Fees of January 2009 Term". Fuhhh!!! Melihat isi di dalam surat tersebut, rasa macam nak gila jugak rasanya la. Apa ke idaknya? Jumlah tertera yang kena bayar sebelum 31 December 2008 = RM1203.80. Itu belum termasuk buku tambahan, school trip, gambar, dan lain-lain lagi la. Kalau nak dikira keseluruhan bayaran untuk tempoh 1 tahun adalah RM3000 setahun tau!!!Nasib baik la aku dengan suami ada anak sorang je. Kalau ada lebih dari 1, mampus!!!!Mana la nak menanggung diaorang, itu pelajaran, belum lagi makan, minum, tempat tinggal, kesihatan, keperluan, huh...banyak lagi nak difikirkan. Mmmm...jenuh la aku dengan suami cari duit. Itu belum lagi hutang-piutang nak dibayar. Macam-macam kes nak kena selesai. Hidup kalo tak hutang bukan manusia namanya. Lepas tu, jadi pemalas sebab takde apa yang nak kena bayar. Jadi pemalas la seumur hidup. kalu ada hutang, kena la rajin sikit bekerja sebab nak langsaikan hutang. Betul tak?? Tipu la kalau kome takde hutang. Kaya betul korang takde hutang. Pinjam duit sikit boleh? Ha...cerita pasal yuran sekolah anank aku ni. Tahun lepas 2007 dengan tahun ni tak la mahal sangat. Masih boleh lagi la nak menyekolahkan anak aku yang sorang ni. Kini...huh!!!Melampau betul. Minyak dah turun! Nak naik yuran pulak. Ape ke halnye? Ni yang nak marah ni. Mesti korang tertanya kenapa aku tak hantar aje anak aku kat Tadika Kemas betul tak? Ye la...nak menyahut seruan Kerajaan la kononnya. Nak bagi anak aku ni mahir bertutur Bahasa Inggeris. Alih-alih HQ Smart Reader Kids ambik kesempatan la pulak naikkan yuran. Nak mengadu dengan siapa ye? Badan Berkanun? Kerajaan? Pihak Berkuasa Tempatan? Semua tak boleh pakai la!!! Lembap!!Buat keje sikit...Mesyuarat aje yang banyak. Bila lagi nak habiskan duit kerajaan betul tak? Kalu buat mesyuarat mesti ada jamuan ringan tapi sebenarnya bukan ringan tapi berat. Sebab apa berat sebab ada order macam-macam makanan siap buat catering lagi. Aku dah merasa keje dengan kerajaan ni. Itu la dia....tak berubah pun. Sama aje. Rakyat disuruh berjimat dan cermat. Tapi......mmmm fikir la korang sendiri. Bukan nak mengutuk tapi itu hakikat yang aku dah alami.

Jadi dipendekkan cerita....aku dengan suami bagitau la kat anak aku si Farwizah ni. Itu pun sekadar bergurau aje. Kitaorang bagitau, yang yuran sekolah dia mahal sangat. Macamana nak sekolahkan dia. So aku kata kat dia (Farwizah) berhenti aje la. Mama dengan Papa tak mampu nak bayar yuran tu mahal sangat. Tapi sebenarnya memang MAHAL pun!!! Korang pun belum tentu mampu. Banyak budget lari tau semata-mata nak menyekolahkan anak. Korang belum rasa lagi kot? Atau Orang Tua yang tolong sara? He...he...biasa la tu. Kita bukannya orang kaya. Kita ni golongan yang hidup sederhana aje. Betul tak? Tapi Aku dengan Suami bersyukur. Kitaorang tak pernah pinjam sesen pun duit orang tua masing-masing. Cari la sendiri walau macamana susah sekali pun. Yang penting rezeki masih halal. Tak sanggup la nak pinjam dengan orang tua. Diaorang pun nak makan jugak. Kesian la diaorang kan? Kadang-kadang tu ada jugak orang tua aku bagi duit. Bukan la banyak mana. Aku ambik la jugak sebab nak jaga hati orang tua. Lepas tu, aku masukkan duit tu kat dalam akaun anak aku. Baru la adil betul tak? Jadi, aku dengan suami pun buat la lawak bodoh tempatan. Anak aku dah tak boleh sekolah lagi, yuran sekolah mahal sangat! He...he..nak tau apa jadi lepas tu? Anak aku gi la ke sekolah macam biasa keesokkan harinya. Tak sangka, rupa-rupanya apa yang dikatakan oleh aku dengan suami malam semalam (Khamis 27/11/08) diceritakan kembali oleh anak aku pada Teacher Taman dia (Favourite Teacher anak aku). Nak tau apa dia kata? Mengikut kata Teacher Taman, anak aku marah kat Teacher Taman. Kenapa surat semalam MAHAL SANGAT? Papa Mama kata mahal. Nanti VV(nama timangan anak aku) tak boleh gi school.He....he....Aku dah nak ketawa dah sebenarnya. Tapi masih boleh control la time tu. Sebenarnya bangga jugak dengan anak aku ni. Sebab dia berani menyuarakan suara hatinya. 1 lagi sebab...dia faham dengan kedudukan ekonomi kedua orang tuanya. Bukan senang kan? Nak dapat anak yang faham masalah orang tuanya. Nampak aje badannya kecil dan umurnya yang baru 4 tahun. Tapi fikirannya matang dan kreatif. Mmmm.. berbalik pada Teacher Taman dia tadi. Teacher Taman kata dia tak tau nak explain kat anak aku kenapa mahal sangat? So dia suruh la anak aku gi jumpa Miss Chang (Pengetua sekolah anak aku). Korang tau apa jadi lepas tu? Memang anak aku pergi jugak tanya kat pengetua dia. Tanya Kenapa Mahal sangat? Pengetua dia kata Ok...Ok..nanti Miss Chang Explain kat Parents Ok....So, begitu la ceritanya. Anak aku ni berani, tapi aku mesti mendidik dia dengan cara yang betul. Agar dia tidak menyalahgunakan keberanian yang dia ada. Begitu jugak dengan anak-anak korang tau! Bukannya apa. Anak kita masih tidak tahu yang betul dan salah. Mereka cuma meniru gaya orang tuanya sahaja. Itu sebab kita kena tunjukkan sikap yang baik pada anak-anak kita. Sebab...kita adalah role model di mata mereka....Teacher Taman kata anak aku ni bijak boleh jadi Lawyer satu hari nanti. Amin....Mudah-mudahan. Sekurang-kurangnya aku dan suami boleh tumpang gembira di atas setiap kejayaan anak aku satu hari nanti.

Kalau bukan sebab nak anak aku jadi yang terbaik bukannya bijak tapi berkualiti kena la bayar. Agak-agak boleh complaint ke? Ha... Jadi kalu nak hitung jumlah yang aku dengan suami nak kena bayar adalah RM1473.80 (2009), tahun 2007 & 2008 cuma RM1086.00, naik RM387.80 . Ha...ha..Mahal tak? Ini punya bayaran cuma takat sampai bulan March aje. Pengetua sekolah anak aku ada telefon explain yang diaorang dipaksa oleh HQ. Kalau tak buat lesen franchise kena tarik la (terminate). Tak patut betul kan? Macam ni punya syarikat pun ada kat dunia ni. Kejam sangat semoga tuhan membukakan pintu hati mereka agar nampak kesusahan orang lain. Jangan mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Sekarang mungkin senang. Tengok la 1 hari nanti, tapi yang pasti bukan sekarang. Isu minyak turun, kini bukan persoalannya dah sekarang. Tapi benar-benar jujurkah mereka yang berniaga ini? Begitu jugak dengan yang makan gaji. Untung sedikit takpe asalkan orang masih percaya dengan perkhidmatan yang diberikan. Namun...kalau sebaliknya? Tuhan saja yang tahu....Tuhan itu Maha Mengetahui..... Diharap para-para franchise Samart Reader Kids bersabar ye. Bukan senang untuk berjaya. Begitu jugak dengan para ibu bapa. Semoga cekal menghadapi dugaan tahun akan datang (2009). Selamat berjaya kuucapkan.

Monday, November 24, 2008

Semalam Di Restoren Tupai-Tupai KL 22/11/2008

Ini la wajah-wajah yang telah kekenyangan disebabkan makan steambot secara bufet. Boleh tambah berapa banyak yang kita nak. Sebenarnya saja je bawak emak dengan adik gi makan kat Restoren Tupai-Tupai. Siapa yang tak kenal dengan nama restoren ini. Rancangan Jalan-jalan Cari Makan kat TV3 kan ada siarkan restoren ni. Kalo korang ingat la. Lagipun ini first time emak dan adik makan steambot. Sampai pening kepala emak sebab tak tahan makan steambot dengan pencicahnya. Kata Emak rasa pencicahnya macam minyak angin. Sebenarnya tak la. Cuma emak tak biasa. Pencicah tu ada letak daun pudina. Tu yang berasa angin bila sampai kat tekak. Bukan emak aje yang tak tahan. adik aku si Asyikin (Ikin) pun sama jugak tak tahan. Apalagi. Emak dengan Ikin bedal la kacang yang ada siap terhidang kat atas meja makan tu. Katanya boleh hilang sikit pening yang ada. Emak aku saja turun KL jalan-jalan bawak adik aku sempena cuti sekolah ni. Tengah ada rezeki lebih ni, apa salahnya kita belanja orang tua dan ahli keluarga kita makan kat tempat yang selesa. Betul tak? Bukan selalu orang tua kita datang KL. Itu pun jenuh cari time nak jalan-jalan. Duduk kat kampung aje....bila lagi nak upgred otak yang sedia ada ni, ye tak! Tak mau la jadi macam katak bawah tempurung aje, betul tak! Emak aku ni advanced tau. Macam-macam dia tau. Ye la...apa ke taknya. Anak-anaknya boleh dikatakan banyak yang duduk di perantauan. Jadi macam-macam la cerita datang dari anak-anaknya. So enjoy la dengan gambar kenangan kami sekeluarga walaupun tak cukup corum!!!!! Bagi 5 bintang untuk restoren Tupai-Tupai yang terletak berhampiran dengan Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) di KL. Apa lagi ditunggu-tunggu...bawak la satu family anda ke restoren ini. Cuba jangan tak cuba rugi tau. Sedapnya mengalahkan ayam KFC yang hingga menjilat jari tau!! Rambang mata nak pilih makanan yang ada. Bak kata Astro...macam-macam ada. Bukat setakat bufet steambot aje tapi makanan yang lain pun ada (a la carte).




Thursday, November 13, 2008

Wajah Adik-Beradik Masa Kecil 7 Orang Semuanya

Dari kiri Azli, Ahmad Faisal, Norida, Fariza (Aku) dan tengah tu Nor Asyikin. Depan dari kiri Nor Atikah dan Azwan. Semua anak arwah Mohd Naser Bin Haji Dahalan dengan Puan Noraini Binti Mansor. Bahagia sungguh waktu kecil-kecil dulu. He....he...

Wajah Arwah Abahku dan Kenanganku 2004


Ini wajah arwah abah kesayangan kami sekeluarga. Sudah jenuh beliau membanting tulang membesarkan kami 7 orang beradik termasuk dengan emak. Arwah abah dulu bekerja sebagai Pegawai Pertanian di RISDA Tapah, Perak. Arwah abah meninggal dunia disebabkan penyakit "Septicemia" kata Doktor ada racun dalam darahnya. Masa tu aku tengah mengandung 8 bulan. Tak lama lagi nak bersalin. Kira menunggu hari je la lagi. Aku masuk wad bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya Kuala Lumpur pada 30/07/2004 dan anak aku lahir 31/07/2004 pukul 12.04 tengahari. Keadaan Arwah abah masa aku bersalin tu dia masih lagi ok, suami aku sempat telefon bagitau yang aku selamat bersalin anak perempuan. Arwah abah siap tanya dalam telefon katanya bila nak balik kampung. Masa tu, arwah abah memang dah sakit-sakit. Selalu mengadu dengan emak yang dia takkan hidup lama lagi. Aku pulak tension sebab anak aku tu kena tahan kat wad sebab kena KUNING, 4 hari la duduk kat dalam wad yang membosankan. Bukannya ada orang temankan. Suami aku tu pulak busy banyak keje. Keluarga mertua aku pulak sibuk sebab diaorang meniaga kuih. Jadi aku la terkontang-kanting, sorang-sorang uruskan anak aku. Bila ada time melawat, suami aku ada la lawat sekejap itu pun kadang-kadang terlewat datang sampai habis waktu melawat. Kena la halau dengan nurse. Nurse kat PPUM tu garang gila. Menyampah aku tengak. Budi bahasa langsung takde. tapi bukan semua la. Cuma yang shift malam aje. Shift siang, nurse ok la pulak. Pening aku melihat karenah nurse-nurse yang ada, mujur la aku tak jadi nurse. Kalau tak! Banyak la yang kena maki dengan aku. Tu la pasal aku takleh jadi nurse kot! Aku ni orangnya tegas dan berdisiplin sikit dalam semua hal. Selepas 4 hari kat wad. Aku stay kat rumah 1 hari baru balik kampung. Emak telefon katanya arwah abah masuk ICU Hospital Teluk Intan, Perak. Apalagi, kelam-kabut aku bagitau suami aku, aku kata aku nak balik kampung jugak.Nak balik jugakkk!!!! Nak tengok arwah abah. Umur anak aku masa baru 5 hari dah aku bawak pulak dalam kereta gi ambik adik aku si Norida kat Matrikulasi Gopeng, Perak. Dia pun nak balik tengok arwah abah jugak. Tapi takde siapa yang yang nak ambikkan. So aku dan suami la gi pick-up dia. Kecik-kecik lagi dah anak aku berjalan jauh. Aku yang masih dalam pantang pun sama. Time tu dah tak rasa sakit dah. Yang penting cepat sampai kampung nak jumpa arwah abah yang ada kat ICU. Mujur la aku tak dapat penyakit gila meroyan. Memang tension time tu. Kalu korang duduk kat tempat aku time tu, agaknya macamana perasaan korang kan? Hati berdebar-debar bila aku sampai kampung. Aku tengok ahli keluarga aku kat dalam rumah kampung macam tension. Aku? Lagi la tension. Aku tak sabar nak tunjuk anak sulung aku pada arwah tapi wad ICU tu tak bagi budak masuk pulak. Aku asyik menangis je time tu. Rasa macam nak marah semua orang. Itu la satu-satunya cucu sulung dalam keluarga. Abih tu, arwah abah takleh tengok la pulak! Marah!!!Marah!!! Sungguh aku dalam hati. Aku pun tak dibagi jengok arwah abah tau masa tu. Katanya orang dalam pantang tak boleh berjalan sangat. Jangan keluar malam. Macam-macam lagi la. Aku ni jenis kepala degil sikit. Bukan...bukan...Banyak kot. Aku telefon suami aku malam tu, nak jugak tengok arwah abah kat ICU. Tak kira, apa nak jadi...jadi la! Sakit dalam pantang bukannya boleh mati pun. Itu yang kufikirkan masa tu. Suami aku pun bawak la aku gi tengok arwah abah. Nak masuk wad ICU tu kena pakai dengan baju khas yang disediakan. Bilik wad tu sejuk sangat. Bila kaki aku melangkah masuk...hati dah berdebar-debar. Di satu sudut sebelah kiri aku, aku terpandang wajah yang ku kenal. Ya...wajah arwah abah yang kusayang. Badannya dipenuhi wayar yang bermacam warna dan pelbagai mesin yang mengeluarkan pelbagai bunyi. Teruk sungguh wajah arwah abah time tu. Kurus badannya seolah-olah macam bukan arwah abah. Aku jenuh nak tahan nangis. Memang dah tertahan sebenarnya. Aku basuh tangan ku dengan paip air yang disediakan. Aku pegang tangan arwah abah. Kataku kepadanya...arwah abah kena bertahan jugak. Nanti boleh tengok cucunya yang baru lahir. Muka arwah abah time tu kulihat berseri-seri seakan faham dan dengar apa yang kukatakan padanya. Aku tak tahan dah melihat arwah abah time tu. Betul-betul sedu dan penuh sebak dalam hati ini. Rasa macam tak adil sungguh mengapa Tuhan nak ambil arwah abah secepat itu. Biarlah dia dapat melihat cucunya walau 1 saat sekalipun. Tapi itu tak mungkin berlaku. Memang tak berlaku pun. Esok harinya aku demam panas sekejap. Mungkin letih dan terperanjat kot. Suami aku balik ke KL. Ada kerja yang perlu diselesaikan katanya. Lepas suami aku gi KL aku dapat berita yang arwah Abah dah meninggal dunia kat ICU. Aku macam tak percaya!!!!Aku dah takde airmata sebenarnya nak menangis. Tapi aku gagah dan tabah jugak sebab tak nak adik-adikku yang lain tengok kakaknya sedih. Diaorang pun tentu lagi sedih. Apatah lagi dengan emak. Lagi la.....Aku hanya melihat sekujur mayat arwah abah di ruang tamu depan rumah. Aku dan anak aku siap tidur lagi dekat dengan arwah Abah. Takde apa-apa pun kejadian yang tidak diingini. Wajah arwah abah seakan macam dalam tidur dengan wajah yang bersih. Aku rasa macam tenang melihatnya. Orang tua-tua tak bagi aku tengok. Katanya tak elok. Takde!!!!!Aku dengan kedegilan aku tak mungkin kudengar itu semua. Kalau tak tengok. Bila lagi aku nak tengok. Esok dah nak dikebumikan. Cakap sedap mulut aje. Macam boleh tengok arwah abah lagi. Padahal tak......Aku masa kenduri arwah abah siap angkat barang itu barang ini. Ye la. Siapa lagi nak tolong, semuanya asyik nak duduk bersembang aje. Nak nangis aje. Apa ke hal!!! Kabinet besar pun aku tolak sendiri dalam berpantang tu. Orang lain kalau berpantang mana boleh jalan. Duduk diam-diam...Dekat dengan anak. Betul tak? Aku idak...aku ni jenis macam yang dah dibagitau tadi. DEGIL!!!!! Aku basuh pingan-mangkuk lepas kenduri, kemas rumah, basuh kain dan macam-macam lagi la. semua aku buat sendiri. Korang mesti tak pernah alami kan? Aku berpantang pun ikut dan. Makan aje apa yang ada. Takde nak cerewat punya. Oarang kata jangan makan buah, aku makan. Pakai sarung kaki, aku tak pakai. Apa lagi....ubat pun kejap makan kejap tak. Aku kata kalau Tuhan nak bagi sakit Aku Redha....lagipun time tu aku sebenarnya tengah sedih. Macamana la aku nak bagi semangat kat ahli keluarga aku. Adik-adik aku 5 orang masih bersekolah time tu. AKu pulak tak bekerja. Takkan la nak susahkan suami. Dia pun....mmmm....cukup-cukup makan la kiranya. Ye la baru kahwin tentu la susah sikit. Pening kepala aku memikirkan semua tu. Tapi syukur alhamdulillah ketabahan emak membesarkan dan menyekolahkan adik-adikku cukup terpegun kurasakan. Takkan ada emak lain yang terbaik selain emak aku ni. Cayalah EMAK!!!!Emak la yang selalu menjadi sumber inspirasi aku tatkala aku dan adik-adik lain dalam kesusahan mahupun senang. Sentiasa berkongsi pendapat itu la yang membuatkan keluargaku kini bahagia. Aku kini sebagai pengajar dalam bidang Pelancongan. Adikku no 2 si Azli (Ali) sudah berkahwin bakal menerima cahayamata tidak lama lagi. Dia kini bekerja di Canselor UKM Bangi. Isteri dia Guru Sekolah menengah di Terengganu. Adik no 3 si Ahmad Faisal (Cal) ada di Johor kini bekerja sebagai juruteknik. Adik aku no 4 Norida (Ida), kini belajar di UPSI Tanjung Malim, Perak bakal menjadi guru tidak lama lagi. Adik no 5 Nor Asyikin (Ikin) baru aje habis belajar kat Uitm Sungai Petani dan kini ada di kampus Induk Uitm Shah Alam dalam jurusan Undang-undang bakal jadi Lawyer suatu hari nanti. Adik no 6 Azwan (Iwan), kini tengah mengambil peperiksaan SPM 2008. Yang terakhir iaitu no 7 Nor Atikah (Ikah) baru selesai habis PMR. Alhamdulillah. Semoga kami adik-beradik berjaya dan terus berjaya suatu hari nanti. Suami aku Lecture kat UM. Dulu Uitm Shah Alam dalam bidang yang sama iaitu Editing dan Brocasting & Film. So...macamana agaknya ye? Kalau arwah abah masih hidup. Mesti dia gembira melihat anak-anaknya dan cucunya membesar. Mungkin arwah abah kini tersenyum melihat kearaban kami sekelurga kini. Macam-macam karenah yang ada. Anak ku pun dah berusia 4 tahun. Itu bermakna 4 tahun jugak la arwah abah sudah pergi meninggalkan kami. semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya, dan diletakkan bersama dengan orang-rang yang beriman. Amin...Al-Fatihah....