Tuesday, March 10, 2009

2 H 1 M di Kg Sungai Manik Perak (8/03-9/03/09)

Lepas aje suami aku pulang dari Sabah. keesokan harinya suami aku ajak gi balik kampung. Aku? Ok aje. Tapi entah macamana...perut aku memulas-mulas pagi ttu. Cirit-birit dengan muntah-muntah. Banyak kali dah gi toilet. Rasa macam nak pengsan dah tak larat nak buang air besar lagi dah. Ini mesti la kes keracunan makanan. Hari Sabtu malam kelmarin memang la aku ada beli nasi beriani berlaukkan ayam masak kicap dengan jelatah. Memang datang satu set RM4.50. Masa malam malam tu takde la rasa apa-apa yang pelik. Tapi!!!Rupa-rupanya makanan yang aku beli kat pasar malam di Pantai Dalam hari Sabtu tadi memang tak bersih agaknya. Aku kena keracunan makanan. Mujur la tak masuk hospital. Aku memang sentiasa standby ORS (ubat cirit-birit) dengan 100Plus kat rumah. Itu la penawar sedikit sebanyak buat perut aku yang meragam ni. Kesian pulak anak dengan suami aku yang dah beria-ia nak gi balik kg dan sebeluk sampai kg nak singgah dulu main air kolam air panas kat Sungai Klah Hot Springs. Nampak gayanya...memang tak pergi pun. Kami bertolak lewat petang. Tempat tu dah tutup la agaknya...

Anak aku pulak asyik tanya papa dia. Mama dah sihat dah? Bila nak gi Cee (Main air), kata dia. Apa lagi, Suami aku kata kalo Mama tak sihat lagi lain kali gi cee... Monyok muka anak aku. Dia dan suami aku dah planning dekat 2 minggu nak gi main air panas dah tu. Alih-alih kena duduk kat kg aje.

Perut aku ni pulak meragam tak kena time. Rasa marah tu memang la ada. Tapi aku rasa redha dengan kesakitan yang tuhan berikan ini. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian sakit perut ini. Nenek aku pulak suruh letak ubat minyak sakal puntung. Ok la sikit sebab prut dengan pinggang tu berasa angin je. Rasa selesa la jugak. Tapi aku masih lagi nak terkucir...Ni yang malas ni. Tak berhenti gi toilet. Selang 15 minit mesti ada rasa macam nak terkucir. Tak boleh jadi ni. Aku pesan suami aku kalo tak baik jugak kes cirit-birit ni, aku mintak bawakkan ke klinik mana2 kat Teluk Intan keesokan paginya. Emak aku pulak bagi koyok buat tampal kat perut yang sakit. Mmmm....boleh tahan jugak..Kurang lagi la...sakit yang kurasai setiap masa tu. Dicampur dengan minyak sakal puntung rasa macam aku lebih selesa dengan perut aku yang meragam tu. Suami aku pulak ada bagi aku minum air teh Sabah yang dia beli kat Sabah tem[ohari. Itupun emak aku yang cadangkan minum air teh panas untuk legakan cirit-birit aku tu. Macam-macam cara pengubatan traditional dan moden untuk hilangkan sakit perut akibat keracunan makanan ni.

Terima kasih semua yang menyayangi aku.....Aku hanya berdoa agar kalian mendapat keberkatan dengan limpah kurnia dari Allah SWT...Amin....Juga diberikan kesenangan dan keselesaan setiap saat dalam kehidupan....

Saturday, March 7, 2009

Kepulangan Suami Tersayang 07/03/2009 (Sabtu)

Hari ini akan tiba hari yang di nanti-nanti buat aku, suami dan anakku farwizah. Apa tidaknya, hari adalah hari kepulangan suamiku dari Kota Kinabalu Sabah. sekejap lagi aku akan mengambilnya di KL Sentral. Tak tau la pukul berapa baru sampai. Tapi suami aku memang dah sampai kat Lapangan Terbang LCCT pukul 12.30 malam tadi. Ni tinggal nak ambik dia aje la. Anak aku pulak tengah tido lena. 1 hari suntuk dia tak tidur siang tadi. Agaknya dah tak sabar nak tunggu papa di pulang ke rumah agaknya.
Walaubagaimanapun, suami aku akan pergi lagi ke Sabah buat kali ketiga awal bulan April ni. Mmm...nampaknya kena tinggal lagi aku dengan anak aku kat KL ni. Kata orang -orang tua, kalau sayangkan isteri kena tinggal-tinggalkan. Aku tak kisah sangat, yang penting suami aku pulang dalam keadaan sempurna seperti yang aku nampak sekarang. Sempurna pada mata aku adalah sihat walafiat sebagaimana aku hantar suamiku sebelum menaiki kapal terbang. Bila dah balik ke KL ni pun, aku nak yang sama jugak. Aku sentiasa mendoakan agar suamiku dijauhi pengaruh syaitan dan sihat sejahtera senantiasa hendaknya. Mana la tau, kalu dah ada kat tempat oarang ni, macam-macam godaan dan dugaan. Tidak kira la lelaki mahupun perempuan. Sama aje dugaan yang Tuhan berikan sebagai ujian, kerana itulah kita dipanggil "Hamba ALLAH" bagi yang beragama Islam.
Eee...dah tak sabar rasanya aku nak jumpa suami aku tu. Sudah 11 hari aku takjumpa. Rindu....

Tuesday, March 3, 2009

Suami Masih Di Kota Kinabalu Sabah (25/02-07/03/2009)

Mmm...kali ni aku rasa macam lama la pulak suamiku ke Sabah. Rasa tak sabar nak bertentang mata. Rindu di hati berkumpul-kumpul tak terbilang kurasa. Kali suami aku ke sana dalam 11 hari. Huh..tension la jugak. Sebab selalunya suami aku ada di sisi. kali ni, tiada la pulak. Aku dah jadi macam ibu tunggal pulak. Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana Allah telah memberi aku kesempatan merasai perasaan bagaimana tiada suami di sisi. Memang aku tidak biasa. namun aku rasa bertuah dapat memahami perasaan ini. Mungkin ini merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin dapatku lupakan sampai bila-bila.
Setiap kali malam menjelma kami sentiasa ym dan webcam untuk berhubung di antara satu sama lain. Kalo dah rindu sangat nak dengar suara kami main calling2 la pulak di samping ber webcam. Bukannya ape...Perasaan rindu dan sayang di antara kami semakin hangat. Rasa macam jatuh cinta sekali lagi macam dulu-dulu semasa mula berkenalan.
Anak aku pulak sentiasa rindu pada suami. Hari-hari mengadu kat papanya yang dia rindu sangat. Bila nak balik. VV rindu dengan papa, kata anak aku. Nanti VV nangis karang...Papa cepat la balik. He..he..aku dengan suami ketawa aje melihat keletah anak kesayangan kami tu. Ye la, mana pernah ditinggal papanya dalam tempoh masa yang lama. Aku pun mempunyai perasaan rindu yang teramat rindu sama seperti anak aku. Nasib baik la tak demam kitaorang. Lebih-lebih lagi sekarang ni kan musim hujan lebat.
Buat suamiku yang tersayang, jagalah dirimu di mana sahaja berada. Sentiasa ingat kepada Allah dan kami di sini. Semoga segala pekerjaan yang kau lakukan mendapat keberkatan dari yang Esa. Jangan lupa temujanji kita pada 7hb nanti ye....Ku sentiasa menyokong apa jua yang kau lalukan asalkan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum Allah...Selamat berkerja dengan hati yang tenang. Cuba banyakkan minum air ye, sebab kat sana kan panas. Jangan lupa makan ubat bila perlu. Bye...sayang...I Miss You So Much. I Love You....

Wednesday, February 25, 2009

Sekitar gambar suami di Kota Kinabalu Sabah 11/02-14/02/2009 dan Ucapan Terima Kasih Hadiah Yang Tidak Terhingga (25/02/2009)




















Ini wajah suamiku yang kepenatan di perantauan di Kota Kinabalu Sabah kerana ada urusan kerja yang perlu dilakukan di sana. Lama jugak la suamiku pergi. Tapi kali ni suami aku akan pergi ke Sabah buat kali ke dua selama 10 hari. Huh...lama tu..Dulu ada la jugak 4 hari. Tapi kini 10 hari rasa macam nak pengsan mendengarnya. Mana la pernah suami aku berenggang lebih dari seminggu dengan aku dan anak. Lewat petang tadi aku hantar suami kesayangan aku kat Kl Sentral. Hujan lebat betul. Banyak jalan jem dan bertakung dengan limpahan air hujan. Risau jugak aku...takut tersangkut dalam banjir. Mm...mampus..dah la suami jauh kat Sabah kalau ada apa-apa hal kan susah. Tapi walau bagaimanapun, aku doakan agar suami aku selamat pergi dan balik. Suami aku tanya nak apa-apa hadiah tak? Aku kata pada dia, aku cuma nak dia sampai rumah di KL dengan selamat. Macamana aku hantar suami aku dalam keadaan sihat macam tu jugak la aku nak sewaktu dia balik ke KL nanti. Itu aje. Hadiah tak penting. Yang penting kehadiran suami di sisi ini adalah amat penting kerana aku dan anak sangat-sangat sayang pada dia. Sebelum di pergi ke Sabah, sempat pula dibelikannya hadiah sempena Hari Kekasih yang sudah. Nak tau apa dia hadiah tu? Sebuah komputer riba "Aspire One Netbook (Aspire AOA150-B) bernilai RM 1499". Aku terkedu...Walaubagaimanapun, terima kasih sayang. Hadiah ini amat bermakna untuk ku dan boleh digunakan bersama. Tiada kata seindah bahasa yang boleh kulafaz untukmu, hanya I Love Sayang....Terima kasih kerana sudi menerimaku sebagai seorang suri di hatimu....Thanks...