Wednesday, May 6, 2009

Selamat Harijadi Buat Ucu (Ikah) 5 Mei 1992

Hot and sexy girl...also naughty girl. Ini la wajah adik bongsu aku yang mana hari ini adalah harijadinya....Sorry tak takde hadiah nak pasal dah bawak gi tunggang gajah, dihumban dek gajah dan mandi bersama gajah di Pahang.
Happy Birthday to you....
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you Nor Atikah...
Happy birthday to you.....
Selamat harijadi dari akak, abang Hamzah dan VV sekeluarga..

Tuesday, May 5, 2009

Kura-kura Girl Anakku Mati Akibat Kepanasan Global 3/05/09

Inilah kura-kura "Girl" yang diberi nama oleh anak aku. Tapi sayang, baru-baru ini sudah mati akibat kepanasan global. Kesian aku tengok kura-kura ni, makanan cukup cuma panas aku tak dapat la nak control. Seekor lagi ada hidup lagi dalam kolam kat rumah aku. Asyik beremdam aje sebab panas. Nanti aku carikan la pasangan betina bila aku ada free time. Sekarang ni banyak kerja sikit...Anak aku pulak takde la nak nangis, cuma kadang-kadang dia tanya bila nak beli kura-kura lain pulak.....Mmm..lain kali ye sayang, mama papa kerja dulu cari duit lebih baru gi beli yang baru ok sayang...

Kedai Burger Paling Sedap di KL

Kat bawah ada gambar kitaorang 3 beranak sedang tunggu burger yang dijual berhampiran pintu masuk ke UM (menghala ke Bangsar). Lama la jugak tunggu...tapi tak kisah sebab burger orang tu buat memang sedap. Lecturer UM sendiri yang jual. Katanya duit gaji mengajar tak cukup so kena la bukak part-time jual burger malam-malam. Tapi, memang sedap tau burger tu...cubalah korang rasa sendiri. Tapi nak bagitau yang brother jual burger tu kadang-kadang aje bukak gerai burger. Kalau bernasib baik dapat la korang beli....Harga macam biasa aje. Standard la burger kat KL ni. Kalu mahal sangat takde orang nak beli. Kalu murah sangat nanti takde untung...










Dalam ekonomi yang serba gawat pada hari ini, kita kenalah merancang sumber pendapatan dan pengeluaran wang kita. Beringat apabila mendapat wang yang lebih untuk di simpan samada untuk hari tua atau pelajaran anak-anak kita. Terima kasih membaca tulisan aku hari ini. Sudah 2 bulan aku tak update sangat blog aku ni. Busy yang teramat busy...Tak tau nak cakap macamana penatnya menghadapi kerja yang banyak gaji boleh tahan aje....Yang penting ada sumber pendapatan.....

Makan Malam Di Restoren Upin dan Ipin 05/05/09











Kenduri Kahwin Sepupu Suami Di Sungai Besi 1/02/09

Ini gambar aksi-aksi vv dengan sepupunya. Kalau dah jumpa tak ingat dunia. Mama papa pun vv boleh lupa.





























































Monday, May 4, 2009

Makan Malam Bersama Family Di Nasi Lemak Antarabangsa 25/04/2009









Setelah penat bermain dengan gajah, beruang, ular dan lain-lain binatang liar di Lanchang Pahang, kitaorang sempat singgah makan malam di Restoren Nasi Lemak Antarabangsa berhampiran dengan tol UIA Gombak. Sedap jugak makan malam tu. Emak pesan nasi dengan lauk paru goreng, Aku, Ikin dan Ikah nasi dengan ayam merah, Suami aku nasi dengan sambal udang petai, Ida nasi dengan sambal sotong, Iwan cuma nasi dengan telur mata kerbau dan anak aku VV nasi dengan telur rebus tanpa sambal. Rata-rata mengatakan sedap, apa idaknya semua dah lapar sebab tengah tak makan apa-apa cuma minum air je yang banyak. Adik aku si Iwan dah pening lalat dalam kereta sebab tak biasa jalan jauh. muntah-muntah dia. Kesian jugak aku tengok...Nasib baik ada panadol spare dalam beg kitaorang. Itupun dah jumpa masa nak balik dari Pahang. Ingatkan emak aku cadang nak balik terus ke kampung Teluk Intan Perak malam tu. tapi memandangkan Iwan macam dah tak larat, terpaksalah bermalam di rumah aku. Esok pagi-pagi dalam pukul 7 pagi emak, Iwan dan Ikah balik kampung. Adik aku yang si Ida tinggal dulu kat rumah aku sebab nak tunggu adik aku yang lagi sorang di Johor (Cal) datang Khamis (30/04/09) atau Jumaat (1/05/09) datang ambik barang-barang yang balance tak muat dalam kereta kancil arwah abah yang emak bawak. Si Ikin aku dengan suami dan emak gi hantar malam tu jugak (25/04/09) hantar balik Uitm. Kesian...tengah busy exam final pulak tu. Good luck aje la ye.... Alhamdulillah segala-galanya dah selamat. Emak, Iwan dan Ikah dan sampai kampung, manakala Ida dengan Cal pun dah ada di kampung jugak bawak barang-barang Ida yang kitaorang ambik di pahang tempohari. Ikin...masih lagi struggle dengan examnya. Last paper katanya hari Ahad 10/05/09....





Breakfast di Oldtown White Coffee Bangsar South






Ini gambar kami 3 beranak di White Coffee, Bangsar di Kerinchi. Memang menjadi pilihan utama kami makan di sini sebab ada makanan yang menyihatkan. Kalu x mau makan makanan yang berat boleh makan roti bakarnya. memang sedap. White Coffee ini di buka dari jam 9 pagi hingga 2 pagi.