Wednesday, August 12, 2009

5 Ogos Harijadi Arwah Abahku.. 25 Ogos harijadi Emakku..

Abah...kalo la abah ada sekarang..tentu abah leh berbangga dengan apa yang kami adik-beradik ada sekarang. Anak sulungmu ini..sememangnya degil dari kecil hinggalah sekarang.Jangan risau, anakmu ini pandai menjaga dirinye sendiri termasuk keluarga yang telah dibina.Cucu sulung abah kina sudah 5 tahun..maknanya, genap sudah abah meninggalkan kami termasuklah emak..
Kesian emak, abah..satu-satunya tanah yang abah tinggalkan untuk emak, acik Atip dengan Acik Fuad nak rampas..kesian mak, mak kata itu la satu-satunya tanah sawah yang membawa kenangan manis buat mak..Walaupun mak terpaksa menyewa tanah tu dari nenek abah..tapi mak tetap sewa setiap musim..Mengapa adik-beradik abah ni, kejam sangat..Tanah dusun yang di kebun Kampung Gajah tu pun..abang abah Cikgu Shaari nak rampas..kenapa menyeksa mak sedemikian rupa..jenuh kami menyelesaikan masalah tanah tu abah..Emak terpaksa turun naik mahkamah, dah beribu duit mak habis..Anak abah ni pun diaorang halau dan diludah di rumah nenek abah 5 tahun dahulu...hinakah kami pada pandangan ahli keluarga abah..Paling kesian adalah emak..emak terlalu tabah..macam-macam hal adik-beradik yang lain buat sesudah abah tiada...Akak boleh rasakan yang emak terlampau menderita..kalaulah akak leh tolong emak..akak sendiri pun masih lagi..entah la..tapi akak tak pernah lupa akan mak..setiap kali emak minta tolong akak akan cuba selesaikan..cuma akak pening nak satukan semula adik-beradik lain yang semakin jauh di antara satu sama lain..macamana nak buat ye? Takpelah .. akak akan sabar buat masa sekarang,,akak akan tarik balik seorang demi seorang agar perhubungan keluarga tidak terputus..hanya dek kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing..Buat emak, tabahkanlah hatimu..akak sebagai anak sulung sentiasa mendoakan agar mak diberikan ketenangan dalam diri agar dapat menempuh dugaan yang tidak sudah-sudah ini..Jua kuucapkan selamat harijadi untuk mak yang bakal tiba pada25 Ogos ini..Selamat harijadi juga buat arwah abah pada 5 Ogos yang lepas..maafkan kesalahan anakmu ini dari kecil sehinggalah kini...halalkan jua makan minumku selama abah menanggung akak sewaktu hidup dahulu...Semoga roh arwah abah dicucuri rahmat, Al Fatihah...Amin..

kepenatan vs Aktif

Aktif Penat

Kalo dilihat dari mata kasar, aku rasa muka dalam gambar tu sama aje...Penat ke Aktif ke..sama aje..
Macamana ye nak buat?? Persoalannye??? Adakah aku benar-benar penat? Bagimana hendak menghilangkan semua ini? Walau apapun persoalan itu..aku tetap aku...tiada siapa yang boleh ubah.. Biasa la duduk di bandar besar ini, banyak dugaannye.. betul tak kawan-kawan..Yang penting aku masih boleh lagi bertahan sampai bila-bila...Masih ada keluarga yang prihatin akan diriku..malah kawan-kawan sentiasa memberiku
sokongan..terima kasih..tak dapat kubalas jasa-jasa yang korang telah berikan pada aku..Sememangnya aku nampak tabah dan kuat dari mata kasar ku sendiri..malah ada juga beberapa insan yang memahami akan diri ini..Namun aku masih lagi belajar..belajar agar tidak lagi membuat kesilapan yang dahulu..Tidak lagi memilih jalan yang salah..kekuatan ku hanya pada hati...minda ku masih lagi mencari..hatiku keras sekeras batu...aku manusia yang masih ada kekurangan dalam diri ini..tidak sempurna seperti insan2 yang lain..aku redha..aku harus bekerja keras ke arah jalan yang lurus dihadapanku..terima kasih buat semua..aku sedar, kini aku perlukan waktu untuk kembali semula kepada asal-usul ku..Siapakah aku di matamu...Adakah aku zalim pada diriku sendiri..Tanggungjawabku berat...aku perlu menyusuri sungai yang penuh dengan binatang yang zalim..hanya menunggu untuk aku lemah untuk dijadikan mangsa..Ya Allah..Kau berikanlah kekuatan padaku, agar dapat menempohi semua ini...Berikanlah aku kesempatan untuk menebus dosa-dosaku yang lalu...Kasihan ni lah aku...aku cuma mahu berlindung di bawah mu Allah....
Mungkin jua disebabkan usiaku yang semakin hari semakin bertambah..bersediakah aku?? Cukupkah ilmu dalam diriku ini?? Persoalan demi persoalan sentiasa bermain difikiran..ku lihat disekelilingku..masih lagi ada insan yang tidak pernah kenal erti syukur yang sebenarnya..apakah yang mahu dicari lagi jika rezeki yang diberi hanya setakat itu sahaja...Takut ku melihat kematian di mata kecil ku ini..Tapi, aku seolah-olah ingin pula merasai kematian itu sendiri..bagaimanakah rasanya...Seringkali ku mendengar mati hidup semula...sesuatu yang menyakitkan dan menakutkan..Mengapa aku tidak dipilih sedemikian rupa...aku sudah penat..jauh sungguh ku berjalan..merangkak dan berlari...Apa yang aku ingin kejari?? Perlukah aku mencari harta yang banyak di dunia ini? Bahagiakah aku? Atau sengsarakah aku?? Masih lagi mencari jawapan itu..walaupun ku sudah tahu yang tersurat dan tersirat..aku lebih suka berteka-teki dengan diriku ini..Tiada yang memahamiku..melainkan orang itu terbuka hatinya merenung aku dari setiap sudut ku lakukan..Berjayakah menembusi hati yang keras ini?? Sudah lama batu ini tidak merekah?? Bolehkah aku tolak ia ke tepi..??? Walau apapun..masih ada yang menyayangi diri ini..ku ikuti perjalanan hidup ini..walau terpaksa berkongsi dengan orang lain..Aku redha dan bersyukur..kerana aku mampu tersenyum dan ketawa berbanding orang lain yang sentiasa dihurung kesedihan dan kekesalan berpanjangan...ku tak mahu begitu..aku sanggup di dera hingga titisan airmata terakhir sekalipun..asal tiada kekesalan dalam diri ini..kerana ini adalah jalan yang telah kupilih..dan aku harus terus ke hadapan agar mata yang memandangku mampu melihat aku mengecapi bahagia berpanjangan hingga nafasku yang terakhir.....


Monday, August 10, 2009

.Syukur...


Kadang-kadang melihat hari ini lebih menakutkan dr semalam.... aku lebih suke akan hari esoknye..kerana hari esok lebih bermakna dari semalam. Bermimpi atau tidak..kena juga kutempuhi agar tiada siapa yang berkecil hati dan terguris..tetapi..hatiku pula yang terguris sekian lamanye..
Menatap pilu jauh di lubuk sanubari ini...melihat aku seakan gembira seakan sedih aku sendiri tidak pasti yang mana satu sebenarnye yang telah ku pilih..Kekadang, ku tidak menyedari apa yang telah kulakukan..adakah aku yang bersalah atau sebaliknya..jika kupujuk hati kecilku...aku tersinggung..jika kubiar hati ku..aku derita yang tak tertanggung..mampukah aku berdepan semua itu...
Tidakkah ada rasa kasihan padaku bagi mereka yang melihatku yang sebenarnya..selalu terjatuh dan tersungkur setiap detik dan ketika ku baru mula merangkak...Untuk ku mengundur langkah..mampukah aku kembali semula pada masa yang telah berlalu...Mata yang memandang, kadangkala penipuan yang muncul di titik hitam tu, namun jika buta..hilang pula keindahan yang acapkali dinikmati..tanpa rasa ragu..kakiku masih lagi melangkah memilih..pintu-pintu mana yang harus ku buka, ku pilih dan kusimpan......
Sekian lama..masih lagi menunggu pintu-pintu rezeki yang telah disediakan untuk ku..cuma memilih saja aku masih lemah dan longlai tanganku cuba membuka pilihan yang ada..Ya Allah...Berikanlah aku kekuatan agar aku sentiasa bersamaMu dan mengingatiMu..Jika ku hamba kepunyaanMu, aku rela dengan takdirNya...walaupun diri ini masih belum cukup ilmu di dada...Saban hari, aku masih menunggu, melihat, merasa apa itu kehidupan yang manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada...

Mu vs M'sia








Kawan Lame..


Ini la gambar kawan kite yang dah lama menghilang diri..Iszuan Shah..aku ingat lagi nama dan rupanye masih lagi segar dalam ingatan ini..mana mungkin aku akan lupa dengan kawan sekelasku dahulu..rupanye jauh nun di atas perlis dan kelantan..jauh betul ko di sane...camne la ku dan kawan2 lain nak jumpe ko?? Kat sebelah dia tu mesti korang kenal kan...tentu la emak kesayangan Wan..
Teringat pulak aku masa dulu2..di Sekolah Menengah Sungai Manik, alangkah indahnya kalu dapat kembali semula ke zaman tu..banyak urusan yang tertangguh dapat diselesaikan..namun apakan daya..masa itu tetap emas dan berlalu begitu aje...tanpa ku sedari sudah 12 tahun rupanye aku meninggalkan dunia persekolahan aku..Lama tu...terasa macam baru semalam..aku melangkah ke dunia dewasa yang penuh dugaan dan cabaran ini...Adakah korang semua merasai apa yang aku rasa kini...aku rasa seolah-olah terlampau jauh sudah aku berjalan berseorangan melalui hidup ini..dengan penuh rasa rendah diri..aku masih belum sempurna menjadi manusia di muka bumi ini..
Merenung masa hadapan..lagi hebat cabaranye..mampukah aku bertahan..Kini, aku masih lagi terumbang-ambing mencari kebenaran dalam diri yang tak mampu aku rungkaikan sendiri..masih adakah sisa-sisa jawapan kepada persoalan dalam kepala ku ini...Jika ada..Ya Allah ku pohon kepadamu..tunjukkan kan lah petunjuk buat hambamu yang lemah ini...Aku masih lagi mencari siapa aku yang sebenarnya.....
Buat kawan-kawan, janganlah berputus asa..begitu juga aku...pesanan ini bukan hanya untuk korang namun turut kuingati bersama kalian...Kita adalah harapan keluarga..Benarkan diri kita maju dan maju lagi ke hadapan...Jika ku terjatuh...berikanlah ku sokongan dan doa dari kalian..agar tidak terus terjerumus ke lembah yang lebih dalam....Ku doakan jua agar korang semua sentiasa bahagia seperti mana aku merasai kebahagiaan kehidupan sebagai manusia di muka bumi ini..Bukanlah niat ku berfalsafah..namun hati kecilku meronta agar mengeluarkan rasa hati yang terpendam ini..Sekian lama aku menderita dalam mencari kebenaran hidup di dunia ini..namun masih lagi aku tercari-cari, apakah yang ada di sebalik yang tersurat dan tersirat...Doakan aku berjaya seperti mana korang berjaya mencari kebahagiaan...di dunia malah di akhirat..Aminn...
Selamat melihat wajah kawan kite ni..hensom lagi kan...maintain aje..aku pun dah lain..camne ko maintain ha..jeles aku...he..he..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..

Buat kwn2 ku..yg mengenaliku..kuucapakan selamat menyambut bulan ramadhan yg mulia tidak lama...Semoga sentiasa sihat dalam menjalani ibadah puasa nanti..Jaga la kesihatan agar sentiasa segar dan selesa semasa berpuasa nanti..jgn lupa..pada keluarga di kampung..pulang la seketika bertemu ayah mahupun ibu..bersama-sama menjalani ibadah puasa dan memeriahkan lagi suasana berbuka puasa..itu sahaja yang mereka pinta..walaupun hanya sekejap sahaja..tidak salahkan??