Wednesday, August 19, 2009

H1N1



Dalam sedar atau tidak, kita mungkin tidak perasan yang banyak telah diri kita mengalami perubahan. Dari menangis kepada ketawa, dari sedih kepada gembira, dari derita kepada bahagia dan yang penting dari gemuk kepada kurus kembali walaupun sedikit cuma, he..he..
Sewaktu ku menulis blog ku ini..aku bersendirian di temani anak kesayanganku tidur lena setelah pulang dari melihat adik ku Ikin demam hari ini.Risau jugak aku dengan keadaan demam yang dialaminya itu.Ye la..sekarang kan banyak kes kematian yang dicatatkan di dalam media cetak dan juga media elektronik..H1N1 kini menjadi sebutan malah digeruni oleh semua golongan tidak kira muda, tua mahupun bayi, jantina dan agama..Semakin hari semakin teruk wabak ini..malah dari cerita kawan-kawanku yang bertugas di hospital..penyakit ini banyak sekali dihidapi dikalangan masyarakat Malaysia hari. Tidakkah kerajaan malah PBT serta NGO mengambil berat akan isu wabak yang melanda hari ini. Sudahlah tiada vaksin..topeng muka yang dulunya x laku dijual di farmasi-farmasi atau pasaraya, kini sudah laku bak goreng pisang panas. Harga semakin meningkat tanpa menghiraukan golongan yang tidak berkemampuan.. Tidakkah kerajaan kasihan akan masyarakatnya sendiri?? Mahu mematikan semua rakyatkah?? Siapa yang rugi? Persoalannye..di mana kerjasama dari semua pihak yang sepatutnya membasmi wabak yang serius ini yang mampu meragut sesiapa sahaja..Aku sendiri..takut-takut untuk melakukan aktiviti luar apabila cuti ..takut akan berjangkit dengan penyakit ini..Walau apapun..aku berdoa agar aku, keluargaku, sanak-saudaraku dan tidak lupa kawan-kawanku agar koarang sentiasa diberikan kesihatan yang baik setiap masa..Amin..

Saturday, August 15, 2009

Sinar Cahaya Masih Ada Walaupun Sementara

Aku kini seakan melihat sinar cahaya yang cerah di mataku..namun tak tercapai jua. Walaupun hanya sementara cahaya yang ada, cukup untuk aku bertahan kembali. Adakah aku lupa pada sekelilingku..tapi hanya kegelapan yang melindungi aku..mujur ada cahaya yang hampir dan semakin hampir denganku. Menbantu ku dalam kegelapan hitam membuatkan aku lemas meraba-raba dalam penuh tanda tanya. Terima kasih ku lemparkan kepada cahaya yang hadir walaupun sementara cuma. Kerna aku masih lagi memerlukan cahaya untuk berusaha membaiki kelemahan dan kekurangan yang aku ada. Cahaya..kau ku ibaratkan penyelamat dan wiraku dikala ku memerlukan sinar..sinar yang boleh menunjukkan ku jalan yang terbaik ku pilih. Terima kasih kerana tidak pernah menghampakan aku..malah menyokongku dari belakang..menolak ku maju dan maju terus ke hadapan. Tidak lagi ku pandang ke belakang yang penuh kegelapan....

Konvo UPSI Adik Aku Norida 14 Ogos 2009








Wednesday, August 12, 2009

5 Ogos Harijadi Arwah Abahku.. 25 Ogos harijadi Emakku..

Abah...kalo la abah ada sekarang..tentu abah leh berbangga dengan apa yang kami adik-beradik ada sekarang. Anak sulungmu ini..sememangnya degil dari kecil hinggalah sekarang.Jangan risau, anakmu ini pandai menjaga dirinye sendiri termasuk keluarga yang telah dibina.Cucu sulung abah kina sudah 5 tahun..maknanya, genap sudah abah meninggalkan kami termasuklah emak..
Kesian emak, abah..satu-satunya tanah yang abah tinggalkan untuk emak, acik Atip dengan Acik Fuad nak rampas..kesian mak, mak kata itu la satu-satunya tanah sawah yang membawa kenangan manis buat mak..Walaupun mak terpaksa menyewa tanah tu dari nenek abah..tapi mak tetap sewa setiap musim..Mengapa adik-beradik abah ni, kejam sangat..Tanah dusun yang di kebun Kampung Gajah tu pun..abang abah Cikgu Shaari nak rampas..kenapa menyeksa mak sedemikian rupa..jenuh kami menyelesaikan masalah tanah tu abah..Emak terpaksa turun naik mahkamah, dah beribu duit mak habis..Anak abah ni pun diaorang halau dan diludah di rumah nenek abah 5 tahun dahulu...hinakah kami pada pandangan ahli keluarga abah..Paling kesian adalah emak..emak terlalu tabah..macam-macam hal adik-beradik yang lain buat sesudah abah tiada...Akak boleh rasakan yang emak terlampau menderita..kalaulah akak leh tolong emak..akak sendiri pun masih lagi..entah la..tapi akak tak pernah lupa akan mak..setiap kali emak minta tolong akak akan cuba selesaikan..cuma akak pening nak satukan semula adik-beradik lain yang semakin jauh di antara satu sama lain..macamana nak buat ye? Takpelah .. akak akan sabar buat masa sekarang,,akak akan tarik balik seorang demi seorang agar perhubungan keluarga tidak terputus..hanya dek kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing..Buat emak, tabahkanlah hatimu..akak sebagai anak sulung sentiasa mendoakan agar mak diberikan ketenangan dalam diri agar dapat menempuh dugaan yang tidak sudah-sudah ini..Jua kuucapkan selamat harijadi untuk mak yang bakal tiba pada25 Ogos ini..Selamat harijadi juga buat arwah abah pada 5 Ogos yang lepas..maafkan kesalahan anakmu ini dari kecil sehinggalah kini...halalkan jua makan minumku selama abah menanggung akak sewaktu hidup dahulu...Semoga roh arwah abah dicucuri rahmat, Al Fatihah...Amin..

kepenatan vs Aktif

Aktif Penat

Kalo dilihat dari mata kasar, aku rasa muka dalam gambar tu sama aje...Penat ke Aktif ke..sama aje..
Macamana ye nak buat?? Persoalannye??? Adakah aku benar-benar penat? Bagimana hendak menghilangkan semua ini? Walau apapun persoalan itu..aku tetap aku...tiada siapa yang boleh ubah.. Biasa la duduk di bandar besar ini, banyak dugaannye.. betul tak kawan-kawan..Yang penting aku masih boleh lagi bertahan sampai bila-bila...Masih ada keluarga yang prihatin akan diriku..malah kawan-kawan sentiasa memberiku
sokongan..terima kasih..tak dapat kubalas jasa-jasa yang korang telah berikan pada aku..Sememangnya aku nampak tabah dan kuat dari mata kasar ku sendiri..malah ada juga beberapa insan yang memahami akan diri ini..Namun aku masih lagi belajar..belajar agar tidak lagi membuat kesilapan yang dahulu..Tidak lagi memilih jalan yang salah..kekuatan ku hanya pada hati...minda ku masih lagi mencari..hatiku keras sekeras batu...aku manusia yang masih ada kekurangan dalam diri ini..tidak sempurna seperti insan2 yang lain..aku redha..aku harus bekerja keras ke arah jalan yang lurus dihadapanku..terima kasih buat semua..aku sedar, kini aku perlukan waktu untuk kembali semula kepada asal-usul ku..Siapakah aku di matamu...Adakah aku zalim pada diriku sendiri..Tanggungjawabku berat...aku perlu menyusuri sungai yang penuh dengan binatang yang zalim..hanya menunggu untuk aku lemah untuk dijadikan mangsa..Ya Allah..Kau berikanlah kekuatan padaku, agar dapat menempohi semua ini...Berikanlah aku kesempatan untuk menebus dosa-dosaku yang lalu...Kasihan ni lah aku...aku cuma mahu berlindung di bawah mu Allah....
Mungkin jua disebabkan usiaku yang semakin hari semakin bertambah..bersediakah aku?? Cukupkah ilmu dalam diriku ini?? Persoalan demi persoalan sentiasa bermain difikiran..ku lihat disekelilingku..masih lagi ada insan yang tidak pernah kenal erti syukur yang sebenarnya..apakah yang mahu dicari lagi jika rezeki yang diberi hanya setakat itu sahaja...Takut ku melihat kematian di mata kecil ku ini..Tapi, aku seolah-olah ingin pula merasai kematian itu sendiri..bagaimanakah rasanya...Seringkali ku mendengar mati hidup semula...sesuatu yang menyakitkan dan menakutkan..Mengapa aku tidak dipilih sedemikian rupa...aku sudah penat..jauh sungguh ku berjalan..merangkak dan berlari...Apa yang aku ingin kejari?? Perlukah aku mencari harta yang banyak di dunia ini? Bahagiakah aku? Atau sengsarakah aku?? Masih lagi mencari jawapan itu..walaupun ku sudah tahu yang tersurat dan tersirat..aku lebih suka berteka-teki dengan diriku ini..Tiada yang memahamiku..melainkan orang itu terbuka hatinya merenung aku dari setiap sudut ku lakukan..Berjayakah menembusi hati yang keras ini?? Sudah lama batu ini tidak merekah?? Bolehkah aku tolak ia ke tepi..??? Walau apapun..masih ada yang menyayangi diri ini..ku ikuti perjalanan hidup ini..walau terpaksa berkongsi dengan orang lain..Aku redha dan bersyukur..kerana aku mampu tersenyum dan ketawa berbanding orang lain yang sentiasa dihurung kesedihan dan kekesalan berpanjangan...ku tak mahu begitu..aku sanggup di dera hingga titisan airmata terakhir sekalipun..asal tiada kekesalan dalam diri ini..kerana ini adalah jalan yang telah kupilih..dan aku harus terus ke hadapan agar mata yang memandangku mampu melihat aku mengecapi bahagia berpanjangan hingga nafasku yang terakhir.....