Monday, December 29, 2008

Percutian Bersama Keluarga di Genting Theme Park 29/12/2008

Ini la sedikit gambar yang sempat di ambil semasa di Genting Highland bersama keluarga aku. Yang pergi Aku, suami, anak aku si VV, Emak, Faisal (Cal), Norida (Ida), Nor Asyikin (Ikin) dan Nor Atikah (Ikah). Itu pun sebab si Cal yang belanja main. Tapi tak sempat main banyak sebab ramai sangat la orang. Naik main satu permainan kena beratur sampai lebih 1 jam. Penat tunggu daripada main. Dah la nak naik skyway cable car tu lembap! Beratur panjang gila! Nak main 1 game pun...Huh!!! Beratur lagi. Gi toilet pun, beratur panjang lagi. Gi beli makanan pun, beratur panjang jugak.Sakit hati. Ini bukan percutian yang merehatkan minda. Bebal kepala otak. Sakit semua sendi-sendi kaki. Tiket mahal gila. Aku cuma beli tiket indoor package aje. Mahal jugak RM30 Dewasa dan kanak RM28. Mahal kan? Tempat untuk orang-oarang kaya yang tak reti nak menghabiskan duitkan bolehlah. Aku ni golongan sederhana. Tak mampu la nak naik Genting lagi. Cepat betul duit habis. Rasa menyesal pergi. Kalo bukan sebab adik aku si Cal yang ajak. Tak mau la aku gi. Dulu 7 tahun yang sudah aku dengan suami dah pegi jalan-jalan kat Genting ni. Aku rasa sama aje. Takde yang best pun. Bukan untuk jiwa yang macam aku ni kot! Jiwa sentimental dan jiwang-jiwang...He...he...Kat Genting ni, gerak sikit duit! Main sikit duit. Masuk mana-mana pun duit. Makanannya pulak...jangan cite la. Mahal gila. makan burger kat Burger King, sampai RM23 satu set. mampuss!!! KL tak la pulak mahal sampai macam tu sekali. Koman-koman pun RM 12 lebih la satu set. Bagi korang yang nak pergi Genting. Hati-hati la kat sana. Macam-macam penipuan yang ada. Ye la....tempat orang berjudi la katakan. Theme park tu cuma satu alasan untuk menutup kegiatan judi di sana. Itu pandangan aku aje. Terutama tangkap gambar semasa beratur nak naik cable car. Ingatkan free. Alih-alih kena RM30 tau. Aku sekeluarga tak kena sebab dah tau. Suami aku dah warning awal-awal. Kawan-kawan dia yang bagitau. Tu yang tak kena pow tu...He...he..selamat bercuti buat semua...Kalo nak tau, anak aku kata boring la gi Genting! Kat school lagi best. Ada concert dan macam-macam game. Kat Genting tak best! Tak nak gi lagi....He..he..anak aku ada kata lagi tau. Nak main aje kena beratur panjang...penat dah VV. Vv tak larat la. Balik rumah lagi best boleh tengok tv. Itu la yang anak aku kata sepanjang berada di Genting. Perkataan boring sentiasa keluar dari mulutnya. Walaupun dah di ajak main game kat sana. Tapi dia macam tak suka. Agaknya, anak aku ni ikut macam mama dan papa dia agaknya. Sukakan suasana yang tenang, mendamaikan serta relaxing. He...he...
















No comments: