Sunday, June 21, 2009

Sambutan Hari Bapa Di Restoren Khana Daun Pisang Jalan Gasing


Ini la rupa pinggan makanan kitaorang. Makan pakai daun pisang aje. Besar tau daun pisang tu...Selebar daun pisang yang muda tu. So, diaorang letak nasi berapa banyak yang kita mahu. Sayur leh pilih..ada sayur jelatah timun atau kobis. Papadum semestinya..penyeri dan kerangupannya menambah selera apabila menjamu selera. Sebelah papadum tu ada sayur kacang dal. Kuah pulak di letak dalam bekas khas. Tak sempat nak ambil gambar perut dah lapar...langsung tak ingat. Kuah dia ada 3 jenis, kari dal, kari ikan dan kari ayam. Ok la tu...Siap order ikan, ayam dan udang goreng lagi. Udang RM 6 untuk 100g. Jumlah keseluruhan makan bertiga termasuk air Cuma RM 24. Kira ekonomi la tu, termasuk dalam budget.




Kasih anak sampai nak bercium kat dalam kedai makan. Ini sudah lebih Mama nak merajuklah. Mama tolong tangkap gambar aje...Kena bayar gaji lebih ni...





Tengah sedap-sedap makan..tiba-tiba blackout...jadi candle light dinner la jawabnya...Romantik sikit sambut hari bapa malam ni. He...he....Susah nak dapat tu...Tapi kejap aje blackoutnya..entah apa yang short tah....???Confuse

No comments: