Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Al-Mubarak

Setahun sudah kita menjalani kehidupan seperti biasa kini tiba masa bulan yang paling mengembirakan seluruh umat islam.Ramadhan bulan yang paling mulia buat semua umat islam kerana pada bulan ini seluruh ibadah kita dapat dilakukan dengan sempurna.Siang kita berpuasa malam pula kita menunaikan solat tarawih yang hanya dapat kita nikmati pada ramadhan sahaja.

Bulan ramadhan satu bulan yang kita boleh menikmati berbagai hidangan juadah berbuka puasa.Berbagai makanan yang boleh kita dapati pada bulan yang tidak boleh kita perolehi pada bulan lain.Tapi harus kita ingat bahawa janganlah kita berbuka dengan hawa nafsu syaitan.Berbukalah dengan penuh keimanan.

Dengan penuh keimanan dan ketaqwaan saya mengucapkan selamat berpuasa dengan penuh kesabaran.Hindarilah dengan pekara-pekara yang boleh membatalkan puasa kita.Tingkatkan amalan keagamaan demi memenuhi ibadah kita dibulan yang mulia ini.Janganlah kita berpuasa demi menunggu Aidilfitri kerana hari lebaran itu hanya kita dapat kita kecapi kesoronokannya hanya sementara berbanding bulan ramadhan dimana kita akan kecapi keseronokan sepanjang bulan.

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA....