Thursday, May 14, 2009

Suami Di Cherating 14/05/09-15/05/09

Hari ini, pukul 6 petang tadi suami aku bertolak dari KL ke Cherating Pahang kerana kerja yang perlu di buat di sana. Keje apa?? Ha...keje berkaitan event untuk Hari Pelancaran Akauntan Negara.

Baru setengah hari aku dah rasa rindu...Apalah...time ada dekat taknak nak rindu-rindu.. Bila dah jauh baru la nak datang rasa sayang teramat sayang, rasa rindu teramat rindu...Hmmm macam-macam lagi la. Itukan semuanya datang dari Allah...Aku ni manusia kan?? Tu pasal la ada banyak perasaan dan perasan sorang-sorang.

Walauapapun, aku doakan agar suami aku balik dengan selamat ke Kl dan berjaya dalam melaksanakan tugasnya dengan cemerlang...Amin

Monday, May 11, 2009

Hari Paling Memenatkan...

Hari ni aku rasa penat sangat...mungkin kerana banyak keje atau...panas...Atau sebab cuaca yang mendung buat aku mengantuk..Padahal aku rasa dah cukup tido malam tadi...Mm...sebab aku gelisah hari aku ada appoinment dengan Carlifornia Club Fitness Gym . Aku kena jumpa trainer aku untuk melaksanakan program pengurusan badan aku yang dah lama aku nak buat tapi tak cukup simpanan lagi. bukannye apa...nak bagi husband sayang kat diri ini banyak-banyak...Lagipun badan ni dah macam kena pam..kena buat sesuatu...
Dalam aku nak kumpul duit gi gym..Suami dan anak aku hadiahkan pada aku sesi gym includes trainer sekali bagi tempoh setahun.. Aku?? Memang la suka teramat suka...Dah lama aku nak pun..Cuma tak cukup duit lagi. nak makan ubat-ubat herba aku tak berapa berani..Pasal ada kawan isteri suami aku yang dapat sakit kanser sebab makan ubat-ubat herba la. Terkenal la jugak jenama ubat kurus tu..Siap dapat pengesahan dari Dr yang ubat tu bagus..Alih-alih la ni dah sakit kena buat kemoterapi..Kos belanja hospital dgn ubat mahal gila.
Jadi dipendekkan cerita, suami aku tak bagi aku makan sebarang ubat herba pelansingan badan dan gi pusat-pusat pengurusan badan. So di daftarkan nama aku kat Carlifornia Club ni agar aku dapat nasihat mengurangkan berat berat secara teratur dan belajar senaman yang sesuai untuk kesihatan aku. So aku tak la pening kepala nak fikir macamana aku nak buat agar berat badan aku turun dengan kadar yang betul. Lambat takpe asalkan kesihatan aku terjamin. Boleh tahan la kos gi gym ni...Tapi bayarannya adalah secara lamsam untuk guna gym selama setahun.
Tq papa and VV..Mama love both of you so much...
Tunggulah kedatang Fariza yang baru dalam tempoh beberapa bulan ini...Doakanlah aku agar tidak berputus asa...

Saturday, May 9, 2009

Selamat hari Ibu Sedunia 10 Mei 2009


































Bagi semua para-para ibu di Malaysia, kuucapkan Selamat Hari Ibu.....hari ini merupakan satu hari yang menghargai pengorbananmu bagi setiap titik peluh, usaha, korban yang telah dicurahkan kepada keluarga masing-masing. Walaupun perit menjadi ibu pada zaman kini yang serba penuh cabaran, namun tahniahku ucapkan kerana anda semua merupakan ibu yang solehah dan tabah dalam mengharungi pahit-maung menghidupkan keceriaan warna pelangi dalan keluarga masing-masing....
Buat Suamiku dan anakku yang tersayang. Terima kasih kerana sudi membawa Mamamu ini ke Spa ikan di Midvalley hari ini 9 Mei 2009. Mahal la jugak bagi dewasa RM38/jam. Kanak-kanak bawah 12 tahun RM12/jam dan Kanank-kanak 4 tahun ke bawah Free Of Charge (F.O.C). Bawak lagi gi makan kat The Garden....Habis duit papa....Walaubagaimanapun....I Love Both Of You....sebab masih sayang lagi Mama yang comel ni....Thank you for every thing....For this day...The day of Happy Mother Days.....
Terasa la geli-geliman kat kaki sebab digigit oleh ikan-ikan yang banyak tu. Ikan yang bersaiz kecil rasa masa kena renjatan elektrik sikit la. bukannya banyak...Tapi bila masuk kolam yang ikan sebesar ikan sepat kat kampung...Huh!!!!Mak oi.....ganas gila ikan tu. Rasa macam kena cakar aje kat kaki. mulut aku pulak tak habis-habis asyik menjerit sebab gelinya tuhan aje yang tau...Kalo kome berani meh la cuba spa ikan kat midvalley ni...Puas hati oo...lepas tu kaki rasa licin dan putih....putih melepak macam mat saleh tu....

Wednesday, May 6, 2009

Selamat Harijadi Buat Ucu (Ikah) 5 Mei 1992

Hot and sexy girl...also naughty girl. Ini la wajah adik bongsu aku yang mana hari ini adalah harijadinya....Sorry tak takde hadiah nak pasal dah bawak gi tunggang gajah, dihumban dek gajah dan mandi bersama gajah di Pahang.
Happy Birthday to you....
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you Nor Atikah...
Happy birthday to you.....
Selamat harijadi dari akak, abang Hamzah dan VV sekeluarga..

Tuesday, May 5, 2009

Kura-kura Girl Anakku Mati Akibat Kepanasan Global 3/05/09

Inilah kura-kura "Girl" yang diberi nama oleh anak aku. Tapi sayang, baru-baru ini sudah mati akibat kepanasan global. Kesian aku tengok kura-kura ni, makanan cukup cuma panas aku tak dapat la nak control. Seekor lagi ada hidup lagi dalam kolam kat rumah aku. Asyik beremdam aje sebab panas. Nanti aku carikan la pasangan betina bila aku ada free time. Sekarang ni banyak kerja sikit...Anak aku pulak takde la nak nangis, cuma kadang-kadang dia tanya bila nak beli kura-kura lain pulak.....Mmm..lain kali ye sayang, mama papa kerja dulu cari duit lebih baru gi beli yang baru ok sayang...

Kedai Burger Paling Sedap di KL

Kat bawah ada gambar kitaorang 3 beranak sedang tunggu burger yang dijual berhampiran pintu masuk ke UM (menghala ke Bangsar). Lama la jugak tunggu...tapi tak kisah sebab burger orang tu buat memang sedap. Lecturer UM sendiri yang jual. Katanya duit gaji mengajar tak cukup so kena la bukak part-time jual burger malam-malam. Tapi, memang sedap tau burger tu...cubalah korang rasa sendiri. Tapi nak bagitau yang brother jual burger tu kadang-kadang aje bukak gerai burger. Kalau bernasib baik dapat la korang beli....Harga macam biasa aje. Standard la burger kat KL ni. Kalu mahal sangat takde orang nak beli. Kalu murah sangat nanti takde untung...










Dalam ekonomi yang serba gawat pada hari ini, kita kenalah merancang sumber pendapatan dan pengeluaran wang kita. Beringat apabila mendapat wang yang lebih untuk di simpan samada untuk hari tua atau pelajaran anak-anak kita. Terima kasih membaca tulisan aku hari ini. Sudah 2 bulan aku tak update sangat blog aku ni. Busy yang teramat busy...Tak tau nak cakap macamana penatnya menghadapi kerja yang banyak gaji boleh tahan aje....Yang penting ada sumber pendapatan.....

Makan Malam Di Restoren Upin dan Ipin 05/05/09











Kenduri Kahwin Sepupu Suami Di Sungai Besi 1/02/09

Ini gambar aksi-aksi vv dengan sepupunya. Kalau dah jumpa tak ingat dunia. Mama papa pun vv boleh lupa.