Tuesday, October 28, 2008

Pesanan Buat Kawan2 Yang Kusayangi

Assalamualaikum...Buat semua insan yang mengenali diri ini. Kuucapkan terima kasih kerana melawat blog ini. Sekiranya ada gambar mahupun tulisan yang kutaip terdahulu dan kini pernah menyinggung korang semua. Harap maaf dipinta. Terdetik di hati ini..untuk melihat wajah korang semua dengan kedua belah mata ini sendiri. Namun pasti lambat lagi untuk kupenuhi impian itu. Oleh yang demikian. ku sediakan ruang blog ini untuk korang tatap wajah terbaru ku dengan keluarga yang kumiliki kini. Doakan kami agar bahagia sentiasa. Sekiranya ada kawan-kawan lain yang mengenali diri ini. korang bagitau la blog ini, http://ijakaklong.blogspot.com ye. Jangan lupa! Kini ku tengah berusaha untuk mencari kawan-kawan yang lain. Bukannya apa...ku terkenangkan kisah lama sewaktu bersekolah dahulu. Tersangat indah bila dikenang selalu. Terlalu banyak manis, duka dan pahit yang telah ditempuhi bersama. Terima kasih jua ku ucapkan yang tidak terhingga kerana masih lagi mengenali diri ini. Mmuah...sayang kat korang. Dalam tak sedar, rupanya kita sudah meningkat usia. Masing-masing sudah berkeluarga dan yang belum ku doakan agar kalian bakal bertemu jodoh yang terbaik akan datang. Cari duit banyak-banyak tau! Bukan senang nak kahwin anak dara orang. Bagi yang perempuan pulak...start la dari sekarang bukak buku resepi dan cara-cara menghadapi rumahtangga ye...Bukannya apa. Bak kata orang tua dulu-dulu. Sediakan payung sebelum hujan. Mental fizikal mesti la kuat dan stabil. Banyak dugaan sewaktu berumahtangga ni. Ala...yang berkasih tu pun..sama jugak. Jaga diri baik-baik. Ku harap......ku doakan agar kalian semua murah rezeki, kesihatan yang baik dan berbahagia selalu. Selamat melawat blog ku ini.

Bukit Peninjau, Ampang (Lokasi Penggambaran Sembilu Kasih) 26/10/2008



Sekitar Kenduri Kahwin 26/10/2008 PJ









Bergambar Bersama Emak Dan Adik Di Majlis Perkahwinan







Sekitar Kenduri Kahwin Anak Sepupu Emak 26/10/2008 (PJ)