Sunday, June 21, 2009

Wajah Baru Selepas Berkampung Di Gym




Muka dah ada surut tang pipi...he..he.. Lawa lagi kan??? Suami sayang lagi dengan aku . Berat badan dah kurang dari 64kg kepada 62kg...dalam 1 bulan. Tengah cuba nak maintainkan yang ada baru tambah otot dan kurus semulajadi...Badan pun dah ada cutting 8. Kalu dulu...hampeh atas besar...bawah pun besar...nasib baik sempat kurus balik. Kalu tidak, alamat gemuk gedempul la aku...







Banyak lagi yang nak diturunkan terutama punggung, pinggang dan lengan. Semuanya ada selulit yang degil..Tengah berusaha, doakan aku berjaya. Perempuan memang susah sikit nak kurus. Aku kena tambah stamina dan otot baru leh bakar lemak dalam badan ni..Bukan makan macam-macam ubat pelangsing. Biar lambat asal kesihatan terjaga. Buat pe nak kurus cepat sangat, merosakkan sistem dalam badan aje...terkejut badan menerima tekanan leh bawa penyakit tau...

Kaki Bengkak 31/05-10/06/09


Kaki bengkak..teruk la jugak. Balik dari latih dengan trainer kat gym. Terus bengkak dan jalan jengkang-jingkut. Naik dan turun tangga amat payah. tapi biasa latu...Dah lama tak exercise...memang la akan terjadi sebegini rupa. Dapat jugak aku rehat dalam 2 minggu. Jangan risau, sekarang dah okey, sipa main skipping lagi dengan berenang kat kolam renang gym dengan pusat komuniti Pantai Hill Park. Bukannya apa, kata suami aku nak lembutkan balik urat dan otot-otot yang dah terlampau tegang tu...Aku suka gak gi renang. Sebab selama ni tak pernah berenang. Pesanan aku pada yang nak berenang tu, pakai la baju renang yang disyorkan. Jangan pakai T-Shirt sebab nanti leh lemas tau. Sebab baju tu berat...Simpan sikit duit beli baju renang yang bekualiti. Bukannya apa yang murah zipnya cepat rosak. Aku punya baju renang elok lagi dah lebih 3 tahun aku pakai. Elok lagi...Mahal sikit tak salah tapi tahan lama dan berkualiti...Percayalah cakap ku ini..he...he..

Potong Kek Hari Bapa Di Rumah 21/06/09




Anak kesayangan Papa dan Mama = Farwizah@Vv
Nakal dan manja..Penat melayan karenahmu sayang....










Comel lagi rupanya Mama VV nie... lambat lagi baru leh kurus badan. Yang banyak cuma otot la pulak...Takpe lambat yang penting sihat dan kurus secara semulajadi.... Tapi sempat la aku nak bergaya dengan kebaya raya tahun nie.He...he...








He...he...Pasangan romantik dari belum kahwin sampai la sekarang..Dua-dua dah susut sikit badan...Kami mengamalkan kehidupan sihat...Rehatlah sebentar bersama keluarga, pasti kurang rasa tekanan dalam diri...



Dah kurus gi makan kek lagi..Tapi takpe, kek coklat banyak khasiat kalu pandai makan mengikut sukatannya...Coklat juga adalah salah satu agen merendahkan tekanan/tension dalam diri kita...kata buku la..Juga sebagai simbol seks...Panas...Panas... Sesuai di baca oleh 18sx ye..





Minum VV jangan tak minum...Nanti haus tercekik kek la pulak... Macam tengah minum susu botol la Mama tengok... Dah besar dah..tak leh minum susu dalam botol lagi...5 tahun ma...






Mm...sedapnya kek Mama dan VV betul tak Papa..Sehingga menjilat jari....Rasanya pun sedap kan???







Cepat Papa makan, kata VV. Jangan tak makan nanti kek tu jatuh VV pegang tak kuat pasal kek tu lembut sangat. Aa.....bukak mulut...






Kek Yang Mama dan VV pilihy khas untuk Papa. Cantik dan simple aje. Yang penting rasanya sedap...










Selamat Hari Bapa...Selamat Hari Bapa...Papa VV
Selamat Hari Bapa...(Lagu birthday diubahsuai) He..he..

Sambutan Hari Bapa Di Restoren Khana Daun Pisang Jalan Gasing


Ini la rupa pinggan makanan kitaorang. Makan pakai daun pisang aje. Besar tau daun pisang tu...Selebar daun pisang yang muda tu. So, diaorang letak nasi berapa banyak yang kita mahu. Sayur leh pilih..ada sayur jelatah timun atau kobis. Papadum semestinya..penyeri dan kerangupannya menambah selera apabila menjamu selera. Sebelah papadum tu ada sayur kacang dal. Kuah pulak di letak dalam bekas khas. Tak sempat nak ambil gambar perut dah lapar...langsung tak ingat. Kuah dia ada 3 jenis, kari dal, kari ikan dan kari ayam. Ok la tu...Siap order ikan, ayam dan udang goreng lagi. Udang RM 6 untuk 100g. Jumlah keseluruhan makan bertiga termasuk air Cuma RM 24. Kira ekonomi la tu, termasuk dalam budget.




Kasih anak sampai nak bercium kat dalam kedai makan. Ini sudah lebih Mama nak merajuklah. Mama tolong tangkap gambar aje...Kena bayar gaji lebih ni...





Tengah sedap-sedap makan..tiba-tiba blackout...jadi candle light dinner la jawabnya...Romantik sikit sambut hari bapa malam ni. He...he....Susah nak dapat tu...Tapi kejap aje blackoutnya..entah apa yang short tah....???Confuse

Selamat Hari Bapa 21 jun 2009



Selamat Hari Bapa Sedunia Papa..Terima kasih kerana masih lagi bersama Mama dan Vv untuk menyambut hari yang istimewa buat Papa. Dalam tak sedar sudah 5 tahun Papa menjadi seorang bapa di dunia ini. Semoga mendapat keberkatan dalam setiap jua perkerjaan yang dilakukan sekarang dan akan datang. Jaga diri dan kesihatan agar kita masih lagi bersama mengecapi kebahagiaan dan kesenangan di dunia ini selagi masih bernyawa. Tiada hadiah yang istimewa dari Mama..melainkan kata-kata ucapan I Love You So Much dan Terima Kasih kerana sudi menjadi bapa yang paling penyayang dan tegas buat anak kita Farwizah@Vv yang semakin hari semakin nakal dan manja. Mama abadikan ucapan Happy Father Day khas buat Papa yang tersayang di mana jua berada, walaupun sekarang ni tengah kepenatan tidur baru balik dari pelancaran kat Klang...Tentu penat, ciannn....