Wednesday, August 19, 2009

H1N1



Dalam sedar atau tidak, kita mungkin tidak perasan yang banyak telah diri kita mengalami perubahan. Dari menangis kepada ketawa, dari sedih kepada gembira, dari derita kepada bahagia dan yang penting dari gemuk kepada kurus kembali walaupun sedikit cuma, he..he..
Sewaktu ku menulis blog ku ini..aku bersendirian di temani anak kesayanganku tidur lena setelah pulang dari melihat adik ku Ikin demam hari ini.Risau jugak aku dengan keadaan demam yang dialaminya itu.Ye la..sekarang kan banyak kes kematian yang dicatatkan di dalam media cetak dan juga media elektronik..H1N1 kini menjadi sebutan malah digeruni oleh semua golongan tidak kira muda, tua mahupun bayi, jantina dan agama..Semakin hari semakin teruk wabak ini..malah dari cerita kawan-kawanku yang bertugas di hospital..penyakit ini banyak sekali dihidapi dikalangan masyarakat Malaysia hari. Tidakkah kerajaan malah PBT serta NGO mengambil berat akan isu wabak yang melanda hari ini. Sudahlah tiada vaksin..topeng muka yang dulunya x laku dijual di farmasi-farmasi atau pasaraya, kini sudah laku bak goreng pisang panas. Harga semakin meningkat tanpa menghiraukan golongan yang tidak berkemampuan.. Tidakkah kerajaan kasihan akan masyarakatnya sendiri?? Mahu mematikan semua rakyatkah?? Siapa yang rugi? Persoalannye..di mana kerjasama dari semua pihak yang sepatutnya membasmi wabak yang serius ini yang mampu meragut sesiapa sahaja..Aku sendiri..takut-takut untuk melakukan aktiviti luar apabila cuti ..takut akan berjangkit dengan penyakit ini..Walau apapun..aku berdoa agar aku, keluargaku, sanak-saudaraku dan tidak lupa kawan-kawanku agar koarang sentiasa diberikan kesihatan yang baik setiap masa..Amin..