Wednesday, September 2, 2009

Ketenangan kembalilah...Padaku Segera..

Pada saat-saat begini..aku memerlukan ketenangan untuk bersendirian tanpa ada gangguan orang lain yang hadir dalam hidupku..cukuplah dengan masalah yang ada..tidak bisa lagi aku memahami semua itu..terlalu banyak tanggungjawab membuatkan seseorang itu jadi kaku dan membosankan adakalanya..sehingga terlupa siapa yang sentiasa ada disampingnya..yang pasti hanya ***** yang jelas kelihatan tanpa rasa bersalah atas kesilapan yang telah berlaku..Aku jadi serba salah..yang teramat sangat..Apa perlu aku lakukan bagi memuluhkan keadaan ini..aku terasa seakan disingkirkan ketepi..cuama aku memikirkan sedemikian ... aku masih cuba lagi untuk menjadi terbaik pada pandangan mata yang melihatku hari-hari..Disebalik kisah hidupku..aku lebih suka akan pada foto-foto yang ada berbanding realiti kehidupan sebenar..kerana ianya akan membuatkan aku gembira semula dari duka...menaikkan semula semangat yang hilang...menutup semua critera pilu...aku lebih suka akan kehidupan ku dahulu..mengapa aku perlu hadapi semua ini..ternyata takdirku telah tersusun begitu simbolik..dah payah untuk dimengertikan semuala..aku kangan dengan duniaku yang dahulu penuh pelangi melintas dia atas kepalaku..kini..hanyalah bebayang hitam yang muncul tatkala nur berlalu dan akhirnya pergi begitu sahaja..aku merasa seakan dperdaya oleh bayang-bayang ku sendiri. Adakah bayang ini kepunyaan ku..atau terpaksa berkongsi dengan penipuan yang telah diciptakan tanpa pengetahuan aku..Sesungguhnya..Allah itu Maha Esa..aku sentiasa cuba untuk merungkai..apa yang tersirat dan tersurat disebaliknya..Mungkin aku tidak patut merasa tertekan dengan keadaan ini..kerana ada insan lain yang lebih tertekan dan kehidupannya perit dari apa yang kurasa kini..Syukur..Alhamdulillah tidak dapat kubayangkan kalau aku terlalu menderita buat selama-lamanya..Mungkin aku belum sempurna..aku akan berusaha ke arah kesempurnaan itu tanpa rasa menyesal mahupun kecewa..kerana..aku adalah aku dan aku sahaja yang bisa merubah segala yang mungkin...Ya Allah...ampunilah dosa2ku dari dahulu hingga kini..aku memerlukan petunjuk dari Mu Ya Allah...

Air Batu Campur (ABC)

Rasa macam hari adalah hari yang paling teruk bagi aku macam-macam hal berlaku..pening kepala memikirkanya..Tapi apakan daya..masakan akan berlalu pergi dengan pantas tnpa disedari..Menahan amarah dalm diam rupanya terlalu sukar..namun aku suka akan keadaan begitu kerana mengajar aku erti kesabaran yang mendalam tanpa menyakiti orang lain disekelilingku..Hidup berkahwin..rupanya terlampau banyak misteri dan cabaran yang perlu dilalui..tidak semudah menguruskan badan rasanya..itu yang kufikirkan kini..kesabaran menangani stress yang datang dan pergi walaupun seketika, adakalanya memeritkan hati dan lebih-lebih jika hati dilukai dengan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut manusia yang tidak pernah mengenal erti diam seketika...jika terasa begitu banyak keluhan dan critera yang akan dihamburkan..mendatangkan lagi perit hati ini menahan seketika amarah bagi manusia seperti aku yang masih belum sempurna lagi mindaku..bukan untuk menyalahkan sesiapa..tteapi harus ditempuhi dengan kesusahan yang ada bercampur dengan kegembiraan yang sedikit kerana telah reda sementara ribut yang melanda dalam hati ini. Bagiku..tiada siapa yang bisa lagi membantu diri ini, kerna aku yang telah memilih jalanku sendiri..Mampukah aku menempuhi semua itu??Bisakah hati ini menahan dan menyimpan segala pedih yang ada di hati kecilku?? Kenapa pula tiada yang bisa membantuku dikala saat aku memerlukan pertolongan?? Apa yang pasti..aku akan terus mencuba dan cuba lagi bertahan setakat mana yang aku boleh..Ribut yang sementara hanya sedikit tempiasku rasa..tidak seteruk waktu kumenghadapi masalah yang lebih besar dari ini..Hanya kerana terdapat ego dalam diri manusia, maka amat susah untuk mengalah..bagi masing-masing yang asyik memikirkan hati masing-masing yang telah tercuit dengan jarum yang kecil...namun luka yang ada di sebelahnya tidak pula kelihatan..sedangkan  sakitnya lebih perit tak tertanggung..Ya Allah..aku bukan hambaMu yang baik seperti hamba2mu yang lain..namun aku memohon agar Kau berikanlah aku kekuatan minda yang positif..itu saja yang kupinta dariMu ya Allah..aku amat-amat memerlukan minda tersebut dikala ini..sebagai sokongan untuk ku bertahan sehingga nafasku yang terakhir...