Sunday, August 30, 2009

Saturday, August 29, 2009

*n* .......

Selalunya..aku adalah seorang yang periang..entah kenapa malam ini aku rasa seakan ada sesuatu yang tajam menucuk ke hati kecil ku..mungkin kebetulan aku period agaknye...he..he.. Tapi??? Entah lah..mungkin aku sendiri yang belum lagi memahami diri ini dengan sempurna. Aku rasa..aku nak gi holiday la, menenangkan jiwa yang tiba-tiba terasa koson...kalau dulu aku telah ke Sarawak...kini??? Aku nak ke Sabah la pulak yang penuh dengan alam flora dan fauna nye yang penuh minteri..Aku nak memanjat Gunung Kinabalu itu sendiri kalau boleh..Ye..aku akan usahakan jugak..walaupun hanya di kaki Gunung kinabalu itu sendiri pun sudah memadai..Di Semenanjung ini..tiada yang menarik hati aku..satu pun tidak..membuatkan aku semakin hari semakin jelik dan jelak dengan situasi aku hadapi di sini..Apa boleh buat?? Sudah menjadi lubuk mata pencarian aku dan suamiku juga..begitu juga dengan yang lain.. Dari dahulu aku memang meminati hutan yang sudah tentu berwarna hijau yang menjadi kegemaran ku untuk ketenangan..Bagi aku..jika kita tidak tenang, bagaimana kita hendak melakukan ibadah yang telah ditetapkan oleh Allah...itu hanya pendapat aku aje..namun aku bukanlah manusia yang sempurna..tapi aku tetap cuba berusaha..dari sehari ke sehari menjadi sempurna di mata orang yang ku sayang disekelilingku...menatap kesusahan mereka jua..tidak kusanggup melihatnya..apatah lagi tidak menghulurkan bantuan..namun alhamdulillah..buat setakat ini..aku bisa menghulurkan segala pertolongan mengikut kemampuan ku..Aku merasa kadang-kadang aku ini terlalu naif dengan kehidupanku..tapi aku masih kuat memperjuangkan keinginan dan kehendakku dalam satu..tanpa ada sesiapa yang boleh menghalang aku..Menaip blog pada malam ini pun..sudah boleh menenangkan aku buat sementara waktu. Aku masih bisa tersenyum dengan sesiapa sahaja..namun jauh sudut hatiku tiada siapa yang ingin berkongsi.. Kehidupan manusia ini pelik kan?? Kadang-kadang mengatakan yang dia boleh mengingati semua yang berlaku, namun yang diingiti hanyalah secebis critera sahaja..itu kebenaran yang harus diterima...Tiada siapa yang boleh  mengaku dirinya baik..aku sendiri tidak pernah mengaku baik..kerana aku bukan nabi atau orang alim yang boleh mengaku setiap perbuatanku adalah baik..Adalakanye..lidah yang tidak pandai berkata-kata pedas akan keluar jua bahasa yang tidak sepatutnya..namun mungkin terjadi kerana hilang pertimbangan diri kerana diri terasa seakan semakin dilupai di atas kewujudan yang ada di depan mata. Kelainan dalam kehidupan manusia begitu berbeda, tiada seiapa pun yang kan memahaminye..kerna ianya adalah rahsia yang hanya Allah sahaja tahu akan UmatNya.. Al-Quran sebagai pembawa di kala diperlukan..namun tiada pula di antara kita yang benar-benar faham disebalik tulisan Arab yang begitu misteri sejak sekian lamanya..Wallahualam..siapa yang tahu????

Friday, August 28, 2009

Menu hari ini 28/08/09


Ayam yang aku perap semalaman dengan bahan perap khas..he..he...resepi turun temurun keluarga aku..

Ayam percik yang baru nak di masak..

Ayam percik yang sedang aku panggang..he..he..

Ini la kesemua hasil air tangan ku...he..he..

Ayam percik bersama kuahnya..satu set tu..

Ayam percik buatan sendiri,ok la tu...

Ikan tenggiri masak sambal pedas, huh..menyelerakan
Sayur goreng kacang bertelur..sedapnye..

Thursday, August 27, 2009

Menu Istimewa Untuk Hari Ini Pulak..27/08/09

Hasil masakan yang ku sempat masak untuk keluarga ku hari ini..ok la tu...he..he..bukan ramai pun yang nak makan bertiga aje..aku, hubby dan vv anak kesayanganku..






Udang sambal petai kegemaran ku dan hubby...enaknye..yummy..








Masak lemak ikan kembung masin dengan nanas..huh..sedapnye..tak sabar tunggu berbuka ni...he..he..







Ini ketam goreng je..dah penat..tak larat nak masak..hu..hu..lain kali aku masak sweet sour...he..he..;P



Jalan-jalan Dalam Kereta

  Mama smile : )
 
Vv & Mama


Mama dan VV sama comel.. 
Mama & VV ^_^










Vv sayang...;P

Wednesday, August 26, 2009

Koje..koje..koje..Hu..Hu..Banyaknye..

Adoi..banyaknye kerja nak dibuat..tapi alhamdulillah sebab Allah masih lagi memberikan aku kesempatan untuk bekerja berbanding orang lain yang tidak merasa seperti aku..So..tabah dan sabar ye..jangan lupa berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan. bukan mudah tau..tidak sama seperti belajar..bekerja memerlukan ketahanan diri yang kuat, tidak mudah mengaku kalah..terus menyahut cabaran yang telah diberikan sehingga selesai tugasan tersebut...


Ini lah student punye projek yang aku kasi kena balik semula kat aku untuk disemak..hu..hu..banyak tu...tebal gila..Apa la student aku..ingat kalu tebal2 ni leh dapat markah extra ke? Jangan mimpi la..kalo isi tu bercelaru lari dari apa yang aku minta...telur ayam = 0 la jawabnya..ha..ha..kejam ke aku?? Huh..tak..aku cuma mengajar diaorang agar faham dengan tugasan yang diberi dan menyelesaikannya dengan cara yang betul dan kreatif..Student zaman sekarang..skema..asyik bergantung buku aje..sedangkan otak kreatif yang diberi tidak digunapakai..so aku kena tunjukkan macamana nak menggunakan kreativiti yang ada pada diri mereka..Jangan asyik meniru apa yang ditulis dalam buku atau internet..aku tau!!! he..he..Buat student ku..jangan malas-malas yek...

Pengkhianat Moden Alaf baru..

Dalam dunia ini..ada macam2 perangai manusia disekeliling kita. Namun, manusia kadang-kadang saling bermusuhan di antara satu sama atas masalah yang begitu kecil sehingga ingin di perbesar-besarkan.Kita sebagai manusia harus tahu bagaimana untuk mengawal apa yang perlu di diri kita sebelum mengawal orang lain. Dengan cara mengawal orang tidak akan membawa faedah apa-apa dalam kehidupan kita sebenarnya..namun itu hanya pendapatku. Manusis ada banyak alasan dan sebab, suka meniru orang lain..sedangkan diri sendiri ada keistimewaan itu yang tidak di nampak dengan mata kasar. Tapi apa yang boleh ku katakan di sini..cuba renungi diri dan kehidupan kita, mengapa orang di sekeliling kita suka atau tidak suka pada kita. Kita yang membawa perwatakan kita sendiri..memanglah kita rasa yang diri kita ini yang bagus, namun tanggapan orang lain tidak sama akan kita. Orang nampak akan kejahatan kita..kebaikan yang ditunjukkan ditolak ke tepi.. Itulah silapnye kenapa orang Melayu terutamanya sering gagal dalam mencari siapa dirinya sendiri. Hanya mahu mengkritik orang lain, sedangkan diri kita sendiri belum tentu sempurna dan seindah yang difikirkan sendiri. Justeru itu...aku tetap aku..kerana aku lebih tahu akan diriku..tiada yang memahami melainkan yang Esa, tapi tidak lupa jua akan keluarga yang banyak memberi sokongan. Pengkhianatan zaman sekarang amat menakutkan lebih dari perbuatan zina mahupun membunuh..itu yang kurasakan kerana zaman kini lebuh terkenal dengan kekejaman yang teramat. siapa yang mengaku kalah ia akan tumpang..tiada siapa yang akan mempedulikannya..tapi, jika ada keyakinan dan mahu memperjuangkan apa yang difikirkan serta tidak mengaku kalah pada masalah yang sekecil kuman..maka insyallah kita kan berjaya walau di mana kita berada. Tidak lagi perlu gentir pada manusia lain..kerana mereka semua hanya manusia biasa seperti kita. Cuma pembawaan budaya keluarga kita dan kita sendiri yang telah membedakan kita dengan orang lain. Hidup ini kalau terlalu serius..kita kan menjadi lebih tua dari usia kita..kenapa harus dibazirkan masa kita yang masih muda dan sihat ini..memikirkan benda-benda yang tidak seberapa masalahnya..yang penting keluarga dan kawan-kawan yang ramai. Walaupun kita nampak bijak di mata sendiri, kita akan kekurangan kawan-kawan kerana mereka akan takut hendak berkawan malah bersahabat dengan kita secara tidak langsung. Jangan terlampau ada sempadan yang menyusahkan diri sendiri dengan peraturan yang dicipta sendiri. Jika begitu..aku bolehkan golongan ini telah menjadi Skema, sampai bila-bila pun akan jatuh..dan jatuh lagi..malah tidak sempat menikmati kehidupan yang sememangnya indah diberikan oleh Allah. Cuma kita yang menutup pintu hati itu agar masih berada di bawah kepompong sendiri dan terlalu mengharapkan orang lain. Lebih baik berdikari sendiri..baru tahu apa rasanya kebenaran hidup ini..jangan hanya melihat orang lain senang dia senang sebenarnya dan kegembiraan yang dicipta itu hanya untuk memotivasikan diri sendiri agar sentiasa berfikiran positif bukan negatif. Terlalu memikir negatif akan membuat diri semakin mundur ke belakang..percayalah kata-kata ku ini..kerana aku telah mengalami semua itu..jadi bergembira kita dan bersedih bila perlu jangan terlalu bersedih kerap sangat ia akan membuatkan muka kita nampak tua tau..Kalau senyum kita hanya menggunakan 15 otot sahaja. Tapi kalu sedih dan muram muka kita akan menggunakan otot lebih dari 15...senyum sebenarna bagus tau untuk senaman wajah sebenarnya..

Cara Membuat Jeruk Pelam Secara Traditional Oleh Aku..

Buah pelam yang baru dikupas kulitnya..Masih bergetah lagi..nasib baik tak melepuh kulit aku..1 guni beras tu aku kopek sorang-sorang..hu..hu..








Pelam yang sudah siap di basuh dengan kapur dan tinggal letak gula dengan garam aje..Mmm..yum..yum...yum..







Pelam yang dibasuh dengan air kapur dan direndam buat beberapa jam.








Buang air basuhan pelam tadi..








Pelam dicuci dengan air yang banyak supaya hilang getahnye..








Pelam yang sudah siap dipotong.

Lauk ku Masak Untuk Berbuka 25/08/09

Kuih nie mak mertua aku yang buat..pasal dia meniaga..dia kasi..aku ambil..he..he..rezeki jangan ditolak..







Ini telur dadar ikan bilis dan udang kering masak sambal pedas. kegemaran hubbyku..aku pun suke gak..he..he..bukan susah sangat nak masak..campak..campak je kat dalam kuali..siapa dah, he..he..






Sayur campur berudang..nie kegemaran aku dengan anak kesayanganku VV..







Ikan kembung comel dan cute digoreng ..sedap tu..he..he..gemuk la aku puasa ni...


Monday, August 24, 2009

Siang ikan di kg Sg Manik..(lupa nak upload, he..he..)















Berbuka sendirian bersama anak hari ini rupanye, Hu..hu..


He..he..melaram sat dengan dress..he..he..dah tak tau nak wat pe..

Mcm ni punya lawa pun x tau la..he..he..agak2 suami sayang tak kat kite??he..he..

MMM...lamanya nak tggu buka pose ni..posing dulu..ha...ha..


Adus..buat penat pakai lawa-lawa, ingat nak makan dengan husband. Dah janji nak balik makan sama..Last minute call kata ada keje..hu..hu...







Biarla aku makan sorang-sorang..hu..hu..muka still control ayu.he..he..












Masih boleh tersenyum lagi..baru lepas kecewa..terkilan, husband ada keje last minute..hu..hu..i want to cry right now..still...control for the beauty, he..he..








 
Dah lama tunggu...bosan punya pasal..ambik gambar tuk realease tension, hu..hu...happy go happy Fariza...he..he..;P