Thursday, May 14, 2009

Suami Di Cherating 14/05/09-15/05/09

Hari ini, pukul 6 petang tadi suami aku bertolak dari KL ke Cherating Pahang kerana kerja yang perlu di buat di sana. Keje apa?? Ha...keje berkaitan event untuk Hari Pelancaran Akauntan Negara.

Baru setengah hari aku dah rasa rindu...Apalah...time ada dekat taknak nak rindu-rindu.. Bila dah jauh baru la nak datang rasa sayang teramat sayang, rasa rindu teramat rindu...Hmmm macam-macam lagi la. Itukan semuanya datang dari Allah...Aku ni manusia kan?? Tu pasal la ada banyak perasaan dan perasan sorang-sorang.

Walauapapun, aku doakan agar suami aku balik dengan selamat ke Kl dan berjaya dalam melaksanakan tugasnya dengan cemerlang...Amin