Selamat Hari Jadi ke 33 buat suamiku. Semoga kau sentiasa bersama ku dan anak sepanjang hayatku. Kudoakan agar kau diberikan rezeki yang halal senantiasa dan badan yang cergas agar kau dapat melakukan apa jua kerja yang ingin dilakukan. Diharap kau sentiasa sabar dan tabah dalam mengharungi tahun 2009 yang penuh onak dan duri. Pelbagai rintangan telah dihadapi, suka dan duka sentiasa bersama. Gurau dan senda menjadi penawar dikala berduka. Kuharap dengan kehadiran ku dan jua anak tersayang dapat mengubat penderitaanmu dikala hati susah. Selamat Hari Jadi......
Buat kawan-kawan yang mengenali diri ini. Kuucapkan Selamat Tahun Baru 2009 buat semua. Semoga kalian dapat mengejar apa jua impian yang diingini selama ini. Jika belum lagi, tidak salah untuk bawa impian tersebut ke tahun 2009. Yang penting, semoga dikurniakan rezeki halal, isteri@suami@anak@kekasih@sahabat yang terbaik buat semua. Jaga diri baik-baik agar kita sama-sama dapat mengejar impian yang kita inginkan. Insyallah.......
Hidup ini penuh bermakna kalau kita menghargai orang disekeliling kita. Waspada dan berhati-hati mesti sentiasa ada agar kita tidak terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Hargailah Keluarga, Sahabat dan Haiwan kerana semuanya adalah mahkluk yang Allah jadikan bersama.