Sunday, January 4, 2009

Kes Kecurian Tahun Baru 2009 di Uitm Shah Alam

Ni, nak habaq 1 cite. Mesti korang terperanjat punya. Macam tak percaya pun ada tau. Baru-baru ni, adik aku yang menuntut di Uitm Shah Alam Selangor telah kehilangan komputer ribanya pada malam tahun baru 01/01/2009. Mungkin juga orang akan berkata yang adik aku ni cuai tinggalkan merata-rata komputer tu. Tapi hakikatnya, komputer tu ada diletak di dalam loker yang telah dikunci dengan mangga. Adik aku ni sebenarnya pada malam kejadian, pi la makan malam kat kedai makan di luar asrama Mawar. Bukannya jauh sangat. sebelah aje. Kolej Mawar ni adalah kolej paling top number 1 la kiranya kat sana. Tapi....aku pi tengok sendiri bilik asrama dan toilet kat Kolej Mawar ni, bukan main teruk...Macam tak reti nak jaga kebersihan langsung. Macam tak terurus betul kolej ni. Patut la banyak student Uitm sewa rumah kat luar aje. Pasal ape? Pasal Uitm HQ ni tak reti nak repair kemudahan asas asrama yang ada di Uitm tu. Cakap kat dalm paper dengan TV, yang Uitm ni paling bagus. Yang Terbaik, tapi....pekerja kat dalam Uitm tu pemalas sangat. Berbalik cite komputer adik aku yang hilang tu...bukan takat itu aje yang hilang...Baju pun dikebas!!!3 helai lagi siap pilih yang baru....Ha..Nampak tak? Yang Budak Kat asrama Mawar Uitm tu ada sesetengahnya berperangai tak baik. Tak boleh nampak orang lain senang sikit..Mula nak mencuri. Dulu adik aku duduk kat Uitm Sungaai Petani takde la pulak kes-kes kecurian yang teruk macam ni. Warden pun takde time kejadian tu. Ye la...mesti la nak buat report barang hilang, kena la bagitau kat warden tau pak Guard..Tapi Haram!!!! Sekor warden pun takde. Sampai sekarang takde buat spot check!!! Sebabnya...alasan yang warden bagitau yang takde jawatankuasa blok asrama. So takde la buat pemeriksaan di asrama tu. Mana la tau ada dikalangan budak2 asrama tu yang mencuri dan menyimpan komputer tu. Loker adik aku tu pecah kena kopak...Tapi yang best..pintu biliknya takde la pulak kena pecah. Macamana pulak almari loker adik aku tu kena kopak? Musykil????Pencuri tu agaknya orang kat dalam asrama tu jugak kot. Atau budak2 senior yang pernah duduk bilik asrama tersebut. Bukannya cantik sangat pun asrama tu. Berhabuk macam tak pernah cuci. Agaknya budak senior yang lama tu pengotor agaknya. Tak reti nak kemaskan tempat belajar sendiri. Kalu rumah aku sepah sikit pun, aku dah rimas. Rasa macam duduk dalam tong sampah tau!! Macamana la agaknya budak2 Uitm kat asrama ni tahun 2008 tido kat tempat yang kotor dan berhabuk? Nampak macam kemas budak2 ni, pakai tudung labuh-labuh...Baju kurung lagi mesti la ayu rasanya..Tapi kalau perangai dah tak senonoh..Walaupun pandai macamana pun..Tak guna sebab ada sikap mencuri. Sikap ini yang akan memusnahkan diri bila dah bekerja suatu hari nanti. Sebab dah sebati dalam diri asyik nak mencuri aje!!!!Penat mak bapak hantar belajar elok2 kat Uitm atau di mana saja...Tapi buat kerja mencuri barang orang. Habis semua pahala...Buat penat aje sembahyang dan beramal ibadat yang lain tapi MENCURI!! Aku tak kisah la barang yang hilang tu.. Boleh diganti balik walau susah macamana sekalipun!!!Rezeki ada di mana-mana. Yang penting kena usaha lebih sikit. Yang aku KECEWA SANGAT tu adalah kualiti student IPTA dan IPTS zaman sekarang yang terlalu mementingkan gaya kehidupan MEWAH..Sedangkan mak bapak bukan la tergolong dalam golongan yang berada. Anak orang yang berada pun tak ego macam si PENCURI ini. Cian...mungkin ada masalah kendiri dan mental kot. Orang takkan mencuri kalu hidup tak terdesak. Ini mesti kes nak bergaya aje ni. Tapi tak tak cukup duit. Mintak dengan mak bapak tak dapat! Lepas tu, apalagi...MENCURI la jawabnya. Semoga Allah dapat menunjukkan jalan yang benar kepada si PENCURI ini. Amin....