Wednesday, February 25, 2009

Sekitar gambar suami di Kota Kinabalu Sabah 11/02-14/02/2009 dan Ucapan Terima Kasih Hadiah Yang Tidak Terhingga (25/02/2009)




















Ini wajah suamiku yang kepenatan di perantauan di Kota Kinabalu Sabah kerana ada urusan kerja yang perlu dilakukan di sana. Lama jugak la suamiku pergi. Tapi kali ni suami aku akan pergi ke Sabah buat kali ke dua selama 10 hari. Huh...lama tu..Dulu ada la jugak 4 hari. Tapi kini 10 hari rasa macam nak pengsan mendengarnya. Mana la pernah suami aku berenggang lebih dari seminggu dengan aku dan anak. Lewat petang tadi aku hantar suami kesayangan aku kat Kl Sentral. Hujan lebat betul. Banyak jalan jem dan bertakung dengan limpahan air hujan. Risau jugak aku...takut tersangkut dalam banjir. Mm...mampus..dah la suami jauh kat Sabah kalau ada apa-apa hal kan susah. Tapi walau bagaimanapun, aku doakan agar suami aku selamat pergi dan balik. Suami aku tanya nak apa-apa hadiah tak? Aku kata pada dia, aku cuma nak dia sampai rumah di KL dengan selamat. Macamana aku hantar suami aku dalam keadaan sihat macam tu jugak la aku nak sewaktu dia balik ke KL nanti. Itu aje. Hadiah tak penting. Yang penting kehadiran suami di sisi ini adalah amat penting kerana aku dan anak sangat-sangat sayang pada dia. Sebelum di pergi ke Sabah, sempat pula dibelikannya hadiah sempena Hari Kekasih yang sudah. Nak tau apa dia hadiah tu? Sebuah komputer riba "Aspire One Netbook (Aspire AOA150-B) bernilai RM 1499". Aku terkedu...Walaubagaimanapun, terima kasih sayang. Hadiah ini amat bermakna untuk ku dan boleh digunakan bersama. Tiada kata seindah bahasa yang boleh kulafaz untukmu, hanya I Love Sayang....Terima kasih kerana sudi menerimaku sebagai seorang suri di hatimu....Thanks...