Thursday, October 30, 2008

DUIT

DUIT...semua orang memerlukannya untuk keperluan dalam kehidupan seharian. Tapi bagaimana untuk mendapatkannya. D = DOA..sememangnya perlu bagi semua manusia yang berpegang kepada agama masing-masing. Sentiasa ingat bahawa kita bukannya tuhan. Kita hanyalah mahkluk yang kerdil di muka bumi ini. Malah ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi yang bertuah ini olehNya. Janganlah lupa akan asal-usul kita dahulu. dari tanah terjadi ke tanah jualah kita kan pergi bila sudah sampai waktunya. U = USAHA...Wajib bagi kita berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan sampai selesai apa yang dilakukan dan dihajati. Tapi ingat! Perlu ikhlas dalam apa jua keadaan yang kita lakukan. Jika tidak...hasilnya....sendiri yang yang merana. I = IKHTIAR...Cari sampai dapat apa yang kita inginkan. Itu lah yang dikatakan sifat "RAJIN". Jangan malas mencuba. Ingat Pepatah melayu "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". T = TAWAKAL... Setiap benda atau tugas yang telah selesai dilakukan. Kita seharusya berserah dengan Tuhan Yang Maha Esa. Jangan lekas berputus-asa. Cari sahabat handai mahupun keluarga yang boleh memberi perangsang dan dorongan kepada kita. Itulah salah satu cara agar kita tidak tersesat dari jalan yang sepatutnya. Malu bertanya sesat jalan tau! DUIT....terima kasih sahabatku yang telah mengajar ilmu DUIT ini.