Saturday, October 11, 2008

Selamat Harijadi Ali

Menyambut hari jadi buat adik kedua dalam keluarga Mohd Azli Mohd Naser yang ke 26 tahun yang telah dilangsungkan di kediaman kelahiran kami.Tujuh beradik termasuk ibu dan nenek serta para menantu ibu berkumpul bersama menyambut hari kelahiran sambil bermesra dengan masakan BBQ yang dibuat dihalaman rumah pada malam hari raya ketiga.

Pusara Ayah tercinta

Telah menjadi rutin bagi diri ku ini setiap kali lebaran. Aku bersama suami dan anak akan menziarahi pusara ayah tersayang setelah pemergiannya pada ogos 2004.Kebiasaan setiap tahun apabila aku menziarahi pusara ayah, aku akan membersihkan pusaranya dan aku sedekahkan bacaan doa dan al-fatihah buat roh ayah semoga berada di tempat orang-orang yang beriman.Aku sentiasa berdoa buat ayah tercinta kerana tanpanya sudah tentu aku tiada dimuka dunia ini.

Al-Fatihah...

Lebaran Bersama Rakan Lama


Di lebaran ini aku berkesempatan mengunjungi sahabat lama masa zaman persekolahan.Lebaran yang amat bermakna bagi diri aku kerana setelah sekian lama tidak aku ketemui mereka.Antara yang dapat ku temui pada lebaran ini adalah Zul dan Sharif yang bertandang ke rumah ku pada hari raya kedua.Manakala Juliana dan Nazimah dapat aku bertemu pada hari raya ketiga di rumah mereka yang aku kunjungi.