Monday, May 11, 2009

Hari Paling Memenatkan...

Hari ni aku rasa penat sangat...mungkin kerana banyak keje atau...panas...Atau sebab cuaca yang mendung buat aku mengantuk..Padahal aku rasa dah cukup tido malam tadi...Mm...sebab aku gelisah hari aku ada appoinment dengan Carlifornia Club Fitness Gym . Aku kena jumpa trainer aku untuk melaksanakan program pengurusan badan aku yang dah lama aku nak buat tapi tak cukup simpanan lagi. bukannye apa...nak bagi husband sayang kat diri ini banyak-banyak...Lagipun badan ni dah macam kena pam..kena buat sesuatu...
Dalam aku nak kumpul duit gi gym..Suami dan anak aku hadiahkan pada aku sesi gym includes trainer sekali bagi tempoh setahun.. Aku?? Memang la suka teramat suka...Dah lama aku nak pun..Cuma tak cukup duit lagi. nak makan ubat-ubat herba aku tak berapa berani..Pasal ada kawan isteri suami aku yang dapat sakit kanser sebab makan ubat-ubat herba la. Terkenal la jugak jenama ubat kurus tu..Siap dapat pengesahan dari Dr yang ubat tu bagus..Alih-alih la ni dah sakit kena buat kemoterapi..Kos belanja hospital dgn ubat mahal gila.
Jadi dipendekkan cerita, suami aku tak bagi aku makan sebarang ubat herba pelansingan badan dan gi pusat-pusat pengurusan badan. So di daftarkan nama aku kat Carlifornia Club ni agar aku dapat nasihat mengurangkan berat berat secara teratur dan belajar senaman yang sesuai untuk kesihatan aku. So aku tak la pening kepala nak fikir macamana aku nak buat agar berat badan aku turun dengan kadar yang betul. Lambat takpe asalkan kesihatan aku terjamin. Boleh tahan la kos gi gym ni...Tapi bayarannya adalah secara lamsam untuk guna gym selama setahun.
Tq papa and VV..Mama love both of you so much...
Tunggulah kedatang Fariza yang baru dalam tempoh beberapa bulan ini...Doakanlah aku agar tidak berputus asa...