Saturday, March 7, 2009

Kepulangan Suami Tersayang 07/03/2009 (Sabtu)

Hari ini akan tiba hari yang di nanti-nanti buat aku, suami dan anakku farwizah. Apa tidaknya, hari adalah hari kepulangan suamiku dari Kota Kinabalu Sabah. sekejap lagi aku akan mengambilnya di KL Sentral. Tak tau la pukul berapa baru sampai. Tapi suami aku memang dah sampai kat Lapangan Terbang LCCT pukul 12.30 malam tadi. Ni tinggal nak ambik dia aje la. Anak aku pulak tengah tido lena. 1 hari suntuk dia tak tidur siang tadi. Agaknya dah tak sabar nak tunggu papa di pulang ke rumah agaknya.
Walaubagaimanapun, suami aku akan pergi lagi ke Sabah buat kali ketiga awal bulan April ni. Mmm...nampaknya kena tinggal lagi aku dengan anak aku kat KL ni. Kata orang -orang tua, kalau sayangkan isteri kena tinggal-tinggalkan. Aku tak kisah sangat, yang penting suami aku pulang dalam keadaan sempurna seperti yang aku nampak sekarang. Sempurna pada mata aku adalah sihat walafiat sebagaimana aku hantar suamiku sebelum menaiki kapal terbang. Bila dah balik ke KL ni pun, aku nak yang sama jugak. Aku sentiasa mendoakan agar suamiku dijauhi pengaruh syaitan dan sihat sejahtera senantiasa hendaknya. Mana la tau, kalu dah ada kat tempat oarang ni, macam-macam godaan dan dugaan. Tidak kira la lelaki mahupun perempuan. Sama aje dugaan yang Tuhan berikan sebagai ujian, kerana itulah kita dipanggil "Hamba ALLAH" bagi yang beragama Islam.
Eee...dah tak sabar rasanya aku nak jumpa suami aku tu. Sudah 11 hari aku takjumpa. Rindu....