Wednesday, December 17, 2008

Bulan Disember Yang Panjang (2008)

Bulan ni rasa macam lama la pulak. Dah macam-macam kerja dan tugasan yang aku dah buat. Penatnya...usah dicerita. Dah lama aku tak mengadap blog aku ni. Bukannya apa, banyak sangat kerja-kerja yang perlu aku selesaikan. Tapi, sempat jugak aku bawak anak aku gi main kat taman permainan di Taman Tasik Perdana berhampiran dengan bangunan Parlimen tu. Saja...kesian pulak aku kat si kecil ni yang asyik dok tengok tv aje. Apa salahnya aku gi bawak jalan-jalan kat tempat yang tak menggunakan duit yang banyak. Boleh la budget sikit. Bulan ni nak pakai duit banyak. Macam-macam nak dibayar. Boleh gila kalau difikir hari-hari. Gi kat taman boleh la ku merehatkan minda yang dah penat ni. Walaupun seketika, tapi boleh menyihatkan tubuh dan minda untuk jangka masa panjang. Tengah ekonomi gawat ni, kena la pandai mencari pelbagai alternatif bagi menjimatkan apa-apa yang patut. Tapi tak la sampai mendera diri sendiri dan juga keluarga. Ok la buat di sini. Aku ada banyak tugas nak dibuat. Ini pun curi-curi time yang ada. Bye...jumpa lagi di tulisan yang akan datang. Salam hormat buat semua kawan-kawan.