Tuesday, March 3, 2009

Suami Masih Di Kota Kinabalu Sabah (25/02-07/03/2009)

Mmm...kali ni aku rasa macam lama la pulak suamiku ke Sabah. Rasa tak sabar nak bertentang mata. Rindu di hati berkumpul-kumpul tak terbilang kurasa. Kali suami aku ke sana dalam 11 hari. Huh..tension la jugak. Sebab selalunya suami aku ada di sisi. kali ni, tiada la pulak. Aku dah jadi macam ibu tunggal pulak. Walaubagaimanapun, aku bersyukur kerana Allah telah memberi aku kesempatan merasai perasaan bagaimana tiada suami di sisi. Memang aku tidak biasa. namun aku rasa bertuah dapat memahami perasaan ini. Mungkin ini merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin dapatku lupakan sampai bila-bila.
Setiap kali malam menjelma kami sentiasa ym dan webcam untuk berhubung di antara satu sama lain. Kalo dah rindu sangat nak dengar suara kami main calling2 la pulak di samping ber webcam. Bukannya ape...Perasaan rindu dan sayang di antara kami semakin hangat. Rasa macam jatuh cinta sekali lagi macam dulu-dulu semasa mula berkenalan.
Anak aku pulak sentiasa rindu pada suami. Hari-hari mengadu kat papanya yang dia rindu sangat. Bila nak balik. VV rindu dengan papa, kata anak aku. Nanti VV nangis karang...Papa cepat la balik. He..he..aku dengan suami ketawa aje melihat keletah anak kesayangan kami tu. Ye la, mana pernah ditinggal papanya dalam tempoh masa yang lama. Aku pun mempunyai perasaan rindu yang teramat rindu sama seperti anak aku. Nasib baik la tak demam kitaorang. Lebih-lebih lagi sekarang ni kan musim hujan lebat.
Buat suamiku yang tersayang, jagalah dirimu di mana sahaja berada. Sentiasa ingat kepada Allah dan kami di sini. Semoga segala pekerjaan yang kau lakukan mendapat keberkatan dari yang Esa. Jangan lupa temujanji kita pada 7hb nanti ye....Ku sentiasa menyokong apa jua yang kau lalukan asalkan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum Allah...Selamat berkerja dengan hati yang tenang. Cuba banyakkan minum air ye, sebab kat sana kan panas. Jangan lupa makan ubat bila perlu. Bye...sayang...I Miss You So Much. I Love You....