Saturday, August 15, 2009

Sinar Cahaya Masih Ada Walaupun Sementara

Aku kini seakan melihat sinar cahaya yang cerah di mataku..namun tak tercapai jua. Walaupun hanya sementara cahaya yang ada, cukup untuk aku bertahan kembali. Adakah aku lupa pada sekelilingku..tapi hanya kegelapan yang melindungi aku..mujur ada cahaya yang hampir dan semakin hampir denganku. Menbantu ku dalam kegelapan hitam membuatkan aku lemas meraba-raba dalam penuh tanda tanya. Terima kasih ku lemparkan kepada cahaya yang hadir walaupun sementara cuma. Kerna aku masih lagi memerlukan cahaya untuk berusaha membaiki kelemahan dan kekurangan yang aku ada. Cahaya..kau ku ibaratkan penyelamat dan wiraku dikala ku memerlukan sinar..sinar yang boleh menunjukkan ku jalan yang terbaik ku pilih. Terima kasih kerana tidak pernah menghampakan aku..malah menyokongku dari belakang..menolak ku maju dan maju terus ke hadapan. Tidak lagi ku pandang ke belakang yang penuh kegelapan....

Konvo UPSI Adik Aku Norida 14 Ogos 2009