Wednesday, October 29, 2008

Berbuka Puasa Di Hotel Singgahsana PJ (25/09/2008)







Keluarga Yang Kusayang


Koleksi Foto Kesayanganku











My Pets


Ini la haiwan kesayangan anak dan Aku. Warna putih tu Nyo-nyo dan kelabu tu Junior. Dua-dua jantan. Sudah lebih 3 tahun Aku menjaga Nyo-nyo. Manakala Junior baru nak masuk 2 tahun. Ikan emas tu takde nama. Tapi Aku sayang sangat. Lemah-lembut kalau berenang. Kuat makan. Pantang bagi makan mesti dia datang punya.









Terasa Tua

Kadang-kadang...pabila bersendirian sambil melihat gambar anak yang dulunya kecil kini sudah dewasa. Terasa pulak diri ini sudah tua. Anda bagaimana? Ha...mesti sama jugakkan! Tu la...cepat betul masa berlalu dengan pantas. Terfikir jua akan diri...adakah ajalku akan sampai tidak lama lagi? Mana tidaknya, tup...tup...umur ku kini dah 28 tahun. Tahun depan dah 29 tahun. Entah esok..lusa, tolat dan tonggeng he...he...cakap orang Banjar macam tu la cara mengira. Ala macam siji, telo, luru, papat, limo, nam-nam...mmm entah apa lagi dah lupa. Ye la dah tua la katakan. Tapi hidup yang sementara ini, sememangnya mencabar kewibawaan dan mental serta fizikal. Apatah lagi bila hidup bersendirian. Sememangnya membosankan, betul tak? Cari-cari la sekeliling tu. Mesti ada punya! Tapi jangan la pulak lupa bagitau Aku. Nanti Aku cari korang samapai dapat tau! Mana aci kahwin sembunyi-sembunyi. Tengok dah mengarut cerita lain pulak. Ha...cerita pasal tentang tua...ni yang lemah kepala lutut ni. Ye la..apa tidaknya, yang lelaki makin hensom bila dah naik umurnya. Ni yang perempuan! Alih-alih badan dah berisi, muka dah berkedut sana kedut sini. Tu yang tengah risau ni. takut cari yang lain. Putih mata la pulak. Walau apa pun jua fizikal kita, yang penting hati mesti la ikhlas, jujur dan bertanggungjawab dalam setiap apa yang kita lakukan. kalo korang nak tau, Anak Aku sekarang dah berusia 4 tahun tau. Cepat betul masa berlalu. Tak sedar langsung rasanya! Nak jugak cari mesin masa (ala yang macam cite Doraemon tu. Setiap hari Sabtu 7.30 malam) he...he... Baru la best. Boleh balik ke masa lepas. Banyak betul yang boleh dibuat kalo dapat gi masa lepas kan? Tapi itu semua hanya la angan-angan. Kita mesti teruskan jua hidup ini walau apapun yang berlaku. Macam cite Lailaisabella tu "hidup ini mesti diteruskan". Pandai-pandai la kome cari cite tu ye. Aku dah penat ni nak taip banyak-banyak bukannya korang nak baca pun. So, Aku blah dulu. Assalamualaikum semua...Salam sejahtera...

Koleksi Anakku Sayang Sewaktu Kecil









Kenangan Indah Semasa Anak Kecil Lagi Di Bukit Tinggi Resort Pahang