Tuesday, December 2, 2008

Lesen Kereta 02/11/08

Semalam aku ambik cuti setengah hari sebab nak hidupkan lesen aku. Dulu aku pakai lesen P, ha...ha...sekarang dah Pass punya. Tapi cuma boleh renew 1 tahun aje. Bukannya mahal, cuma RM30 setahun ok pe. Diam tak diam aku dah dua tahun mempunyai lesen kereta. Aku tak pernah nak bermimpi mempunyai lesen mahupun sebuah kereta. Walaupun kereta kancil aje tapi sudah cukup puas buat hati ini. Kerana aku beli dengan hasil titik peluhku. Ye la...penat-penat keje takkan nak puaskan hati sendiri pun tak boleh. Dengan kereta ni la, aku dah bawak emak, adik-adik dan anak aku ke sekolah. Suami aku pun, aku pernah hantar ke tempat keje dengan kereta kancil ni. Ye la, itupun sebab suami aku sakit mata tak boleh bawak kereta dia.Kereta suami aku ni manual, aku mana la reti sangat bawak kereta manual. So, aku tolong la dia. Apa salahnya kan? Kalau suruh aku bawak kereta manual. Mampus...dah lama tak praktis tu..mau enjin kereta mati tau. Ha..kereta aku senang sikit...Sebab, auto...senang aje. Tekan brek turunkan handbreak, pilih gear yang naik (biasanya D la) tekan minyak. Ha..apalagi jalan la kereta tu. Apa susah-susah? Semua benda zaman sekarang kan nak yang mudah aje. Jimat masa dan selamat. Aku syorkan kereta auto ni untuk kaum-kaum wanita sebab senang nak bawa. Mahal sikit harganya takpe tapi selamat. Tak banyak step pun, macam yang aku terangkan tadi. Lelaki pun zaman sekarang minat dengan kereta auto ni sebab jimat minyak dan spare partnya tak la mahal sangat (untuk Kancil aje) tau. Kalau jalan jem senang....tak la sakit kaki nak memijak clucth aje! Letih oooo....bila nak mengadap jalan jem. Macam-macam rasa yang timbul...Marah ada, mengantuk ada, nak menangis pun ada tau! Sebab takut lambat sampai office ataupun rumah. Badan pulak dan letih sana sini, semua anggota badan dah berbunyi, he..he...Walau bagai manapun, kuucapkan tahniah buat diriku sendiri, he...he.. jangan marah sebab berjaya menamatkan lesen P tanpa sebarang saman. Alhamdulillah..Semoga berterusan begini buat selama-lamanya. Yang belum ada lesen....apalagi! Cepat la mendaftar sekarang...bukannya mahal sangat. Usaha la kumpul duit dari sekarang. Bila lagi? Takkan nak tunggu kita dah tua baru nak ambil lesen. Tengah usia sedap ni la patut ambil. Tak susah pun nak test. Asalkan kita ada minat dan sentiasa berhemah di jalan raya. Insyallah..tiada apa yang berlaku jika diizinkan tuhan. Bye....