Thursday, November 13, 2008

Wajah Adik-Beradik Masa Kecil 7 Orang Semuanya

Dari kiri Azli, Ahmad Faisal, Norida, Fariza (Aku) dan tengah tu Nor Asyikin. Depan dari kiri Nor Atikah dan Azwan. Semua anak arwah Mohd Naser Bin Haji Dahalan dengan Puan Noraini Binti Mansor. Bahagia sungguh waktu kecil-kecil dulu. He....he...

Wajah Arwah Abahku dan Kenanganku 2004


Ini wajah arwah abah kesayangan kami sekeluarga. Sudah jenuh beliau membanting tulang membesarkan kami 7 orang beradik termasuk dengan emak. Arwah abah dulu bekerja sebagai Pegawai Pertanian di RISDA Tapah, Perak. Arwah abah meninggal dunia disebabkan penyakit "Septicemia" kata Doktor ada racun dalam darahnya. Masa tu aku tengah mengandung 8 bulan. Tak lama lagi nak bersalin. Kira menunggu hari je la lagi. Aku masuk wad bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya Kuala Lumpur pada 30/07/2004 dan anak aku lahir 31/07/2004 pukul 12.04 tengahari. Keadaan Arwah abah masa aku bersalin tu dia masih lagi ok, suami aku sempat telefon bagitau yang aku selamat bersalin anak perempuan. Arwah abah siap tanya dalam telefon katanya bila nak balik kampung. Masa tu, arwah abah memang dah sakit-sakit. Selalu mengadu dengan emak yang dia takkan hidup lama lagi. Aku pulak tension sebab anak aku tu kena tahan kat wad sebab kena KUNING, 4 hari la duduk kat dalam wad yang membosankan. Bukannya ada orang temankan. Suami aku tu pulak busy banyak keje. Keluarga mertua aku pulak sibuk sebab diaorang meniaga kuih. Jadi aku la terkontang-kanting, sorang-sorang uruskan anak aku. Bila ada time melawat, suami aku ada la lawat sekejap itu pun kadang-kadang terlewat datang sampai habis waktu melawat. Kena la halau dengan nurse. Nurse kat PPUM tu garang gila. Menyampah aku tengak. Budi bahasa langsung takde. tapi bukan semua la. Cuma yang shift malam aje. Shift siang, nurse ok la pulak. Pening aku melihat karenah nurse-nurse yang ada, mujur la aku tak jadi nurse. Kalau tak! Banyak la yang kena maki dengan aku. Tu la pasal aku takleh jadi nurse kot! Aku ni orangnya tegas dan berdisiplin sikit dalam semua hal. Selepas 4 hari kat wad. Aku stay kat rumah 1 hari baru balik kampung. Emak telefon katanya arwah abah masuk ICU Hospital Teluk Intan, Perak. Apalagi, kelam-kabut aku bagitau suami aku, aku kata aku nak balik kampung jugak.Nak balik jugakkk!!!! Nak tengok arwah abah. Umur anak aku masa baru 5 hari dah aku bawak pulak dalam kereta gi ambik adik aku si Norida kat Matrikulasi Gopeng, Perak. Dia pun nak balik tengok arwah abah jugak. Tapi takde siapa yang yang nak ambikkan. So aku dan suami la gi pick-up dia. Kecik-kecik lagi dah anak aku berjalan jauh. Aku yang masih dalam pantang pun sama. Time tu dah tak rasa sakit dah. Yang penting cepat sampai kampung nak jumpa arwah abah yang ada kat ICU. Mujur la aku tak dapat penyakit gila meroyan. Memang tension time tu. Kalu korang duduk kat tempat aku time tu, agaknya macamana perasaan korang kan? Hati berdebar-debar bila aku sampai kampung. Aku tengok ahli keluarga aku kat dalam rumah kampung macam tension. Aku? Lagi la tension. Aku tak sabar nak tunjuk anak sulung aku pada arwah tapi wad ICU tu tak bagi budak masuk pulak. Aku asyik menangis je time tu. Rasa macam nak marah semua orang. Itu la satu-satunya cucu sulung dalam keluarga. Abih tu, arwah abah takleh tengok la pulak! Marah!!!Marah!!! Sungguh aku dalam hati. Aku pun tak dibagi jengok arwah abah tau masa tu. Katanya orang dalam pantang tak boleh berjalan sangat. Jangan keluar malam. Macam-macam lagi la. Aku ni jenis kepala degil sikit. Bukan...bukan...Banyak kot. Aku telefon suami aku malam tu, nak jugak tengok arwah abah kat ICU. Tak kira, apa nak jadi...jadi la! Sakit dalam pantang bukannya boleh mati pun. Itu yang kufikirkan masa tu. Suami aku pun bawak la aku gi tengok arwah abah. Nak masuk wad ICU tu kena pakai dengan baju khas yang disediakan. Bilik wad tu sejuk sangat. Bila kaki aku melangkah masuk...hati dah berdebar-debar. Di satu sudut sebelah kiri aku, aku terpandang wajah yang ku kenal. Ya...wajah arwah abah yang kusayang. Badannya dipenuhi wayar yang bermacam warna dan pelbagai mesin yang mengeluarkan pelbagai bunyi. Teruk sungguh wajah arwah abah time tu. Kurus badannya seolah-olah macam bukan arwah abah. Aku jenuh nak tahan nangis. Memang dah tertahan sebenarnya. Aku basuh tangan ku dengan paip air yang disediakan. Aku pegang tangan arwah abah. Kataku kepadanya...arwah abah kena bertahan jugak. Nanti boleh tengok cucunya yang baru lahir. Muka arwah abah time tu kulihat berseri-seri seakan faham dan dengar apa yang kukatakan padanya. Aku tak tahan dah melihat arwah abah time tu. Betul-betul sedu dan penuh sebak dalam hati ini. Rasa macam tak adil sungguh mengapa Tuhan nak ambil arwah abah secepat itu. Biarlah dia dapat melihat cucunya walau 1 saat sekalipun. Tapi itu tak mungkin berlaku. Memang tak berlaku pun. Esok harinya aku demam panas sekejap. Mungkin letih dan terperanjat kot. Suami aku balik ke KL. Ada kerja yang perlu diselesaikan katanya. Lepas suami aku gi KL aku dapat berita yang arwah Abah dah meninggal dunia kat ICU. Aku macam tak percaya!!!!Aku dah takde airmata sebenarnya nak menangis. Tapi aku gagah dan tabah jugak sebab tak nak adik-adikku yang lain tengok kakaknya sedih. Diaorang pun tentu lagi sedih. Apatah lagi dengan emak. Lagi la.....Aku hanya melihat sekujur mayat arwah abah di ruang tamu depan rumah. Aku dan anak aku siap tidur lagi dekat dengan arwah Abah. Takde apa-apa pun kejadian yang tidak diingini. Wajah arwah abah seakan macam dalam tidur dengan wajah yang bersih. Aku rasa macam tenang melihatnya. Orang tua-tua tak bagi aku tengok. Katanya tak elok. Takde!!!!!Aku dengan kedegilan aku tak mungkin kudengar itu semua. Kalau tak tengok. Bila lagi aku nak tengok. Esok dah nak dikebumikan. Cakap sedap mulut aje. Macam boleh tengok arwah abah lagi. Padahal tak......Aku masa kenduri arwah abah siap angkat barang itu barang ini. Ye la. Siapa lagi nak tolong, semuanya asyik nak duduk bersembang aje. Nak nangis aje. Apa ke hal!!! Kabinet besar pun aku tolak sendiri dalam berpantang tu. Orang lain kalau berpantang mana boleh jalan. Duduk diam-diam...Dekat dengan anak. Betul tak? Aku idak...aku ni jenis macam yang dah dibagitau tadi. DEGIL!!!!! Aku basuh pingan-mangkuk lepas kenduri, kemas rumah, basuh kain dan macam-macam lagi la. semua aku buat sendiri. Korang mesti tak pernah alami kan? Aku berpantang pun ikut dan. Makan aje apa yang ada. Takde nak cerewat punya. Oarang kata jangan makan buah, aku makan. Pakai sarung kaki, aku tak pakai. Apa lagi....ubat pun kejap makan kejap tak. Aku kata kalau Tuhan nak bagi sakit Aku Redha....lagipun time tu aku sebenarnya tengah sedih. Macamana la aku nak bagi semangat kat ahli keluarga aku. Adik-adik aku 5 orang masih bersekolah time tu. AKu pulak tak bekerja. Takkan la nak susahkan suami. Dia pun....mmmm....cukup-cukup makan la kiranya. Ye la baru kahwin tentu la susah sikit. Pening kepala aku memikirkan semua tu. Tapi syukur alhamdulillah ketabahan emak membesarkan dan menyekolahkan adik-adikku cukup terpegun kurasakan. Takkan ada emak lain yang terbaik selain emak aku ni. Cayalah EMAK!!!!Emak la yang selalu menjadi sumber inspirasi aku tatkala aku dan adik-adik lain dalam kesusahan mahupun senang. Sentiasa berkongsi pendapat itu la yang membuatkan keluargaku kini bahagia. Aku kini sebagai pengajar dalam bidang Pelancongan. Adikku no 2 si Azli (Ali) sudah berkahwin bakal menerima cahayamata tidak lama lagi. Dia kini bekerja di Canselor UKM Bangi. Isteri dia Guru Sekolah menengah di Terengganu. Adik no 3 si Ahmad Faisal (Cal) ada di Johor kini bekerja sebagai juruteknik. Adik aku no 4 Norida (Ida), kini belajar di UPSI Tanjung Malim, Perak bakal menjadi guru tidak lama lagi. Adik no 5 Nor Asyikin (Ikin) baru aje habis belajar kat Uitm Sungai Petani dan kini ada di kampus Induk Uitm Shah Alam dalam jurusan Undang-undang bakal jadi Lawyer suatu hari nanti. Adik no 6 Azwan (Iwan), kini tengah mengambil peperiksaan SPM 2008. Yang terakhir iaitu no 7 Nor Atikah (Ikah) baru selesai habis PMR. Alhamdulillah. Semoga kami adik-beradik berjaya dan terus berjaya suatu hari nanti. Suami aku Lecture kat UM. Dulu Uitm Shah Alam dalam bidang yang sama iaitu Editing dan Brocasting & Film. So...macamana agaknya ye? Kalau arwah abah masih hidup. Mesti dia gembira melihat anak-anaknya dan cucunya membesar. Mungkin arwah abah kini tersenyum melihat kearaban kami sekelurga kini. Macam-macam karenah yang ada. Anak ku pun dah berusia 4 tahun. Itu bermakna 4 tahun jugak la arwah abah sudah pergi meninggalkan kami. semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya, dan diletakkan bersama dengan orang-rang yang beriman. Amin...Al-Fatihah....