Wednesday, March 11, 2009

1 Malam Di Felda Residence Hot Springs (9/03-10/03/09)

Dalam perjalanan pulang dari kampungku Sungai Manik, Perak...Suamiku singgah sebentar di Felda Residence Hot Springs Trolak, Perak. Kira-kira 1 jam perjalanan la dari kampungku. Aku ingat suamiku nak bawak gi mandi di kolam air panas je kat sini. Alih-alih dah di bookingnya bilik untuk 1 malam. Apalagi..melonjak la anak aku yang dah lama tak tidur kat resort sambil jalan-jalan. Terutama tempat yang dia suka iaitu kolam mandi. Tak kisah la air sejuk ke atau air panas.

Masa masuk bilik kat resort di Felda Residence Hot Springs ni, aku terpegun jugak dengan hiasannya, susunatur perabut dan bilik airnya ada bath tub. Memang kesemua ciri-ciri ini aku suka sebab aku kan dalam bidang hospitaliti. Completed!!! Menarik betul. Siap ada WIFI lagi, tv dengan aircorn tu dah biasa dah. Yang paling penting harganya biliknya murah. 1 malam cuma RM220nett untuk (Weekend/Public Holiday) dan RM180nett (Weekday) Murahkan??? Pakej untuk bayaran keseluruhan termasuk la tiket masuk ke Hot Springs Pool setiap seorang (2 hari boleh guna tau!! Dibuka dari 8pagi sehinggalah 10 malam. Ok pe!!!Malam pun leh mandi air panas woo....) , breakfast untuk 2 orang dan bilik saiz standard deluxe. Tapi yang susah sikit adalah makan malam kena keluar atau kalo banyak duit gi la makan kat restoren di resort ni. Ok la jugak cuma mahal 2 kali ganda dari makanan di kedai luar. Tapi suasana di tempat makan ni (restoren) cantik dan kemas.

Aku pulak..terpaksa la ambik cuti emergency sebab masih ada lagi kat Perak. Nasib baik bos tak marah.He...he..kalo tidak kena potong gaji la aku. Memang aku ada lagi cuti tahunan. Tak la banyak tapi takat 1 hari ok lagi....Terima suamiku yang sentiasa memahami kehendak kami anak beranak. Apatah lagi bawakkan gi jalan-jalan dan tidur di resort untuk menenangkan badan yang dah keletihan seharian buat kerja-kerja di pejabat. Lagipun suami aku mesti penat la jugak sebab baru balik Sabah dah gi Perak pulak. Nasib baik la kolam air panas ni boleh menghilangkan letih dan lenguh di seluruh badan. Berbaloi la jugak...Dah penat setiap masa cari duit untuk keselesaan keluarga apa salahnya guna sedikit duit yang ada tu untuk merehatkan badan dan minda secara positif. Terima kasih suamiku...tak mampu ku balas jasamu yang ada hanyalah doaku agar kau sentiasa mendapat kesenangan dan keselesaan di dunia dan akhirat kelak Amin.....