Thursday, January 29, 2009

Cuti Tahun baru Cina di Hot Springs Trolak, Perak (25/01/09)









































Generasi Baru Sekarang Teruk Tatasusila

Bercerita pasal generasi baru sekarang. memang menyakitkan hati. Ni nak dijadikan cerita. Memang kisah benar pun, pada 28 Januari 2009 aku tolong la suami aku angkat phone. Dia kata malas nak cakap dengan si budak yang namanya NAZRUL..Akun pun bukan la kenal sangat dengan budak. Budak Uitm Shah Alam baru habis belajar dalam bidang seni media kot. Yang pasti berkaitan dengan EDITING la habis cite.

Aku baru pi hantar adik aku si Norida kat perhentian bas Pekeliling. Dia nak balik ke tempat praktikal (mengajar) di Temerloh Pahang. So kebetulan aku dan suami masih cuti aku ambik la kesempatan yang ada untuk menghidupkan roadtax kete aku yang nak mampus tu kat Maybank Subang. Dalam perjalanan, telefon suami aku ni asyik berdering aje. Menyampah aku mendengarnya. Mengikut kata suami aku, si budak NAZRUL ni banyak cakap tak reti bahasa dan kurang ajra bahasanya. Bakat dalam EDITING ada. Tapi entah di mana silapnya. Kurang AJAR sangat bagi pendapt aku la.

Aku pun jawab la panggilan telefon tersebut. Bukan sekali tau si budak ni telefon. Dekat berpuluh kali la. Sakit jugak telinga aku mendengarnya. Membunuh mood aku yang tengah ok time. Bersemangat nak gi bayar roadtax kete. Mood dalam cuti pun habis dek sebab si budak ni la!!! Nak tau apa dia kata dalam telefon. Salam pun tak dibaginya. Kurang ajar betul. Nama Islam tapi bagi salam dalam telefon pun dah reti. Ucap selamat tengahari pun takpe la. Kita faham...tapi dengan si budak ni, HAMPEH!!! Dia tanya mana suami aku? Aku saja la tipu dia. Yela dah sakit hati aku, cakap bahasa nada tinggi dan kasar pulak tu. Tak kuasa aku nak layan elok-elok. Aku buat-buat do no aje la... aku kata suami aku gi outstation aku baru hantr dia. Ni nak gi hantar hantar anak ke sekolah. Aku susun la ayat tipu aku nak menguji siapa budak ni sebenarnya? Nak tau dia kata apa? Dengan bahasa yang kesat dan banyak cakap dia kata suami aku janji nak bayar cek kat dia hari ini. Aku memang dah tau yang suami aku reject job yang dia buat. Macam video orang kahwin. Client anak video korporat dibaginya,,entahlah!!! Aku ada tengok sikit hari tu, memang teruk yang teramat teruk pun. Yelah. Mata aku ni dah tengok macam editing yang berkualiti suami aku dah buat. Suami aku ni editor iklan tv (komersial) dan filem. Aku tau la pa yang suami aku inginkan dalam setiap job editing dia dapat.

Berbalik cite budak muda tadi. Aku kata pada dia, tunggu la suami aku balik nanti baru bincang. Dia tak puas hati jugak. Dia kata suami aku dah janji nak jumpa dia. Ni yang nak buat aku naik darah. Udah bahasa tinggi dalam telefon sakit telinga kau mendengarnya. Kalau korang dengar mesti korang kata budak ni BUDAK GILA!!! Aku kata dengan dia elok-elok, aku tak tau apa urusan bisnes antara dia dengan suami aku. Bincang la dengan suamia aku bila dia balik dari outstation nanti. Budak ni gi maki-maki aku dalam telefon dan banyak cakap pulak tu. Tak berapa jelas telinga aku mendengarnya. Sebab dia bersuara kuat dalam telefon, mana la aku nak dengar. Lagi pun aku dalam kete. Suami aku dah geleng kepala. Memang budak ni ada something wrong kot! Patut la suami aku malas nak bercakap dengan dia.

Aku tanya pada suami yang betul ke ada janji nak bagi duit atau cek dengan budak. Keje tak siap lagi dah mintak duit. Client reject pulak tu! HAMPEH!!! Suami aku kata, dia cuma cakap dengan si NAZRUL yang hari Rabu ni nak jumpa bukan bagi duit atau cek. Jumpa sebab nak tengok apa yang dia dah buat dengan editing video korporat tu. Katanya dalam telefon kat suami aku, dah siap sikit grafik dan editing. Yang suami aku janji hanyalah kalau keje editing tu dah siap habis dan dah present kat client. Client suka baru la bagi payment tu. Belum-apa-apa dah mintak duit. Keje tak buat dan main-main pulak tu hasil keje dia nak lebih-lebih.

Suami aku yang bagi job tu tapi dimaki hamunnya pulak. Apa dah jadi dengan budak zaman sekarang. Di mana tatasusila yang mak ayah dah ajar masa kecil-kecil dulu. Baik mati aje lah manusia macam ni. menyusahkan aja. Dah la pulak tu nak pinjam lagi duit RM 5,000 kat suami aku nak buat satu keje yang dia dapat dari company lain. Orang bagi job, buat main-main lepas tu bila complaint keje dia tak siap marah. nak duit cepat-cepat. Banyak handsome muka dia. Mak bapak pun bankcrupt kalo macam ni la gayanya. Anak siapa la ni!!! Nasib baik bukan anak atau adik aku. Kalo tidak aku sumpah seranah macam-macam. Masin mulut aku ni kalu sumpah orang yang aku benci. Kalo boleh aku nak elak dari marah-marah. Sebab, bil;a aku dah marah. Aku akan sumpah orang tu dengan doa-doa yang tak sepatutnya. So far, aku boleh tahan lagi la.

Berbalikl kisah dalam telefon tadi, aku tutup aje telefon tu. Tapi di callnya banyak kali. Menyampah...memang menyampah...betul!!Sumpah aku kalo jumpa budak ni aku nak sekeh kepala dia bagi betul sikit short yang kat dalam kepala otak. baru nak masuk duni bisnes dah berani nak maki-maki client. Apa ke halnya yeop.....!!! Ko datang kampugng aku kat Sungai Manik tau la aku nbak buat apa. kalo aku jumpa Pak Godek mampus ko aku suruh bomoh manderam kan ko. Baru padan muka. Belum aku cari bomoh Sungkai lagi. Hai...dunia ni kan kecil aje... Tapi aku masih boleh control lagi. Man la suami aku jumpa editor yang kurang ajar macam ni? Selisih malaikat 44 aku tak nak jumpa lagi orang macam ni. REJECT!!!!!!!!

Pada korang berhati-hatilah dengan manusia yang macam ni. Tak elok dibuat kawan atau lawan. Mengabehkan boras aje!!!! satu sen pun tak guna. Aku sumpah seluruh keturunannya susah buat selama-lamanya....start dari manusia yang bernama NAZRUL. Selagi tak mintak ampun dengan aku. Aku tak halalkan sesen pun dari duit suami aku bayar kat manusia ini. Selagi itu la dia menanggung dosa yang akan ku tambahkan secara tak langsung disebabkan kelakuan dan perangainya yang tak senonoh itu......Amin.......

Di Sebalik Smart Reader KIds Pantai Hill Park 2009

Ni nak cerita pasal kekecohan yang terlampau oleh pihak sekolah Smart Reader Kids Pantai Hill Park. Nak dijadikan cerita, 08 Januari 2009 (Khamis) aku menerima satu panggilan dari Pengetua sekolah anak aku. Ceritanya....nak bagitau aku yang anak aku dan kawannya Dasyikin conteng didnding sekolah dan kena punish kat sekolah. So, pengetua (Ms Chang@Khaterine Chang) bagitau yang dia dah marah anak aku dengan kawannya dan dibagi pemadam sorang satu padam dinding yang diconteng dengan pensil tu. So, aku tanya lagi, bila kejadian tu berlaku? Pengetua tu kata dah lama 2 hari yang sudah, Maknanya hari Isnin atau Selasa punya cerita la. Kenapa la tak bagitau awal-awal kat aku. Kan ada simpan nombor telefon aku dalam borang pendaftaran di sekolah tu. Kata hati aku la time tu. Aku kata terima kasih bagitau yang anak aku conteng dinding tersebut. Takde la pulak rasa nak marah time tu. sebab...biasalah budak-budak kalau tak dijaga dengan betul. Tangan dan kakinya merayap la. Takkan aku hantar anak aku kat sekolah aku pun nak kena jaga anak sendiri supaya tak conteng dinding sekolah.

Aku dengan suami hantar kat sekolah ni habis sampai RM8,217.00 untuk 2 tahun sahaja tau. Mahal gila! Tapi sebab sayang kat anak yang sorang ni. Cari la jugak duit untuk menyekolahkan dia. Yang menyakitkan hati aku adalah bila time aku nak ambik anak aku dari sekolah hari Khamis tu, aku tengok anak aku dah merah mukanya macam nak menangis atau baru lepas nangis. Aku dah agak dah! So aku buat endah tak endah aje la...macam takde apa-apa yang berlaku. Kemudian aku tanya Teacher Taman di depan semua parent yang ada time tu (masa nak ambik anak masing-masing la). Aku tanya mana kasut sekolah yang dijanjikan. Duit dah bayar, ukur kaki anak dengan saiz kasut yang sesuai dah (31 Disember 2008 ukur) tapi kasut lewat dapat. Janji masa bayar yuran dulu (31 Disember 2008) kasut diterima awal bulan Januari 2009. Dah masuk bulan Januari bila ditanya awal bulan Februari pulak. Agak-agak korang dah boleh dapat jawapan yang seterusnya kalau aku tanya lagi bila pulak kasut tersebut ada. Time mintak yuran sekolah bukan main nak cepat-cepat. Time kita tanya kasut yang dah bayar tu, HAMPEH!!!

Berbalik cerita anak yang aku ambik hari tu, aku tanya dia bila dia conteng didnding tu. Dia kata hari ni maksudnya hari Khamis 8 Januari 2009. tapi seingat aku, Pengetua dia kata hari Isnin atau Selasa yang lepas. Mana satu yang betul ni. selalunya, budak-budak tak pandai menipu lebih-lebih lagi baru umur 4 tahun. Keliru aku time tu. Kat rumah aku marah anak aku tu teruk jugak dia kena bebel dengan aku. Bila aku tanya dia macam takut nak bagitau siapa yang marah? Aku dah fikir macam-macam dalam kepala otak ni. Keesokkan harinya anak aku macam tak berapa aktif macam hari biasanya. Aku nak hantar dia sekolah tapi dia tak mau gi sekolah Smart Reader Kids tu. Kebetulan pulak Pengetua dia telefon memang aku saja divert ke handphone suami aku tu. Biar laki aku tau cite yang sebenarnya, tapi lain pulak citenya. Si Pengetua ni berbahasa kasar dengan suami aku. Ada ke patut dia suruh suami aku bayar duit yuran lagi RM270 hari Jumaat 9 Januari 2009 tu jugak. Suami aku kata dia tengah kerja sekarang minggu depan boleh tak. nak tau apa pengetua tu jawab? Encik Hamzah kena bayar duit tu sekarang jugak. Datang sekarang jugak bayar. Itu la yang dia kata dengan nada yang kurang sopan. Suami aku kata tengah kerja sekarang tak faham bahasa ke? Pengetua tu jawab, no..no..you kena bayar jugak sekarang. Then, dia ada kata lagi, What to do!!! Apa lagi, suami aku naik angin la. Macam la tak boleh tunggu next week, dah orang ada keje. Tak faham-faham lagi ke?

Suami aku ambik keputusan untuk berhentikan aje anak aku tu dari sekolah Smart Readers Kids Pantai Hill Park. Aku pun buat keputusan menulis surat kepada HQ di Sri Hartamas. Aku memang dah makan hati lama dah dengan sekolah ni dari dulu lagi. Dah dapat peluang aku luahkan segalanya dalam surat tu. Aku tulis surat berhenti sekolah dan sebab-sebab berhenti dengan mintak balik yuran yang dibayar untuk bulan Februari dan Mac.Semua sekali bernilai RM540. Banyak kan? Sekolah ni pelik sikit, bukan-bukan...PELIK BANYAK dalam soal yuran sekolahnya. satu bulan dikira RM270 tapi aku dan suami kena bayar sekali lamsam untuk 3 bulan bersamaan 1 semester RM810. Banyak kan? Jenuh jugak cari duit. Yang paling menyakitkan hati bila kena bayar setiap 31 haribulan dalam bulan tertentu, ada lagi satu. Kenapa suami aku tak bayar RM270 tu. Suami aku tanya RM 270 tu untuk advanced 2009. kenapa kena bayar awal pada 31 Disember 2008. Kan boleh bayar pada bila-bila bulan dalam setahun. Nama pun advanced. tapi haram!!Tak dijelaskan pun oleh pengetua tu. Katanya tanya HQ. Apa lagi aku masukkan sekali dalam surat yang aku tulis untuk HQ tu. Sampai sekarang belum terjawab lagi. HARAM JADAH BETUL!!! Satu surat balasan pun takde. Siap la. Aku akan buat laporan polis dan bawa kes ni ke Mahkamah Tribunal. Tunggu la nanti. Aku akan buat sampai pening kepala diaorang. Disebabkan rasa rugi RM270. Sekarang dah hilang 1 pelanggan tetap. Aku dah hantar anak aku 2 tahun kat sana. tahun ni dah jadi tahun ke 3. Bermakna si Perngetua ni dah rugi banyak untuk setahun punya income. lain kali kalu nak mintak yuran tu. Mintak la elok-elok. Bukan pakai dalam telefon tapi hantar surat sebagai pengingat kepa parent. Mungkin ada parent yang terlupa atau tengah berusaha mencari atau dah memang ada duit tersebut tapi tak sempat bayar sebab ada urusan yang penting perlu diselesaikan.

Sepatutnya, Pengetua tersebut faham akan situasi parents di ketika ini yang ekonomi sedang merundum dan bercelaru. Bukannya baru hantar anak kat sekolah tu. tapi dah 2 tahun. Takkan la kenal dengan parent tersebut. Memang tak profesional langsung!!! Macamana la diaorang ni boleh berniaga kat muka bumi ini. Patut dibom aje macam kat Palestin tu. Baru padan muka. Lepas ni jangan harap la nak majukan lagi perniagaan tu. Aku sumpah dengan nama tuhan aku tidak menghalalkan duit yuran yang tidak dipulangkan tu. Walaupun tahu takkan dapat duit tersebut. Tapi Malaysia ni ada undang-undang. Takkan kulepaskan begitu aje!!!!! Akan ku doakan agar bisnesnya merundum jatuh terduduk tidak lama lagi.... ini janji aku. Dan selalunya mulut aku masin dengan bab-bab marah ni.. Tu sebab jangan bagi aku naik darah dengan benda yang buang masa macam ni. banyak lagi yang boleh aku buat mendatangkan income. Jangan ingat aku nampak seperti seorang yang lemah dan lembut. Tapi aku sebenarnya tegas dalam kes-kes penipuan ini!!! Cukup anti!!! Anak aku pun dah okey sekarang. Aku dah pujuk dia dan suami aku dah carikan sekolah yang terbaik untuk dia. Malah lebih bagus walaupun jauh sedikit.

Sekolah yang yang lama tiada sebarang perkembangan buat anak aku. Lebih-lebih lagi sekarang dia cuma boleh berbahasa Melayu dan sedikit penggunaan Bahasa Inggeris. Sedangkan anak aku dah 2 tahun lebih di sana. Menyakitkan hati aje. Kreativiti pun tidak diterapkan. Aku dan suami yang banyak mengajar anak aku apa itu kreativiti. Yang sekolah tu tau ajar BM, BI dan MAT. Tapi sekolah yang ini anak aku akan belajar BI sahaja, MAT, SAINS, Komputer serta kreativiti dalam bentuk seni kraft. Itu bagus buat perkembangan otak anak aku. Yuran pun jauh lebih murah, kawasan yang besar dan selesa seakan-akan berada di sekolah rendah situasinya. Jadi anak aku takkan kekok apabila masuk darjah satu nanti. Tak perlu penghawa dingin yang penting keselamatan. Sekolah yang baru ni ada Guard dan cara pemberian anak yang bersistematik menggunakan mikrofon dan sekeping kertas bertulisan besar tyertera nama anak aku. Bila aku ambik anak aku, pengetua sekolah itu akan menngunakan mikrofon menyebut nama anak aku. Kan senang macam tu. Tempat parking pun senang. Yuran dibayar sebulan sekali cuma RM210 sipa ada diskaun jika bayar seali lamsam cuma RM1000. Bulan Disember cuti, tak macam sekolah Smart Reader Kids. Bulan Disember kena sekolah tak sampai 2 minggu tapi tetap kena bayar untuk sebulan punya yuran RM270. Rugi kan! Budak sekolah lain cuti, tapi anak aku kena sekolah time cuti, Mengambil untung yang melampau. dah la yuran mahal. kakitangan takde tatasusila langsung dengan parent dan kanak-kan yang merupakan client yang perlu dihormati!...Selamat tinggal Smart Reader Kids yang takde kemajuan dalam bisnes di Malaysia ini.

Suatu hari nanti mana-mana parents akan nampak kesilapan yang dilakukan oleh korang walaupun francise sekalipun. Walaupun pandai berbahasa Inggeris tidak bermakna korang boleh menipu kami ibubapa yang bersekolah tinggi. Jangan ingat kami ini macam orang bolah tak tau pasal pengajaran kanak-kanak. Kami baynak mengikuti ceramah-ceramah yang ada untuk parents tau. Malah ada dikalangan kami yang mempunyai kelayakan dalam bidang perkembangan kanak-kanak. Jangan bermegah dengan apa yang ada sekarang. Mungkin kalau banyak parent yang berdoa macam aku mungkin bisnes korang teruk. Yang pasti bukan sekarang. Namun masih banyak masa yang tuhan sediakan untuk hambaNya...Insaflah dari sekarang. Perbaiki apa yang kurang.....Anggap teguran dan nasihat kami para Parent adalah sebagai satu tangga menempuhi dugaan yang mendatang. Bukan untuk mencari kekayaan dengan cari yang mudah menipu.....