
Walaupun aku sendirian di sini, indra ku melihat sekeliling bahawa aku mengharapkan, satu cahaya baru yang kini akan terbina dalam kehidupan kita bersama.Ku mahukan dikau dan sicilik menikmati keenakan dalam kehidupan ini.Ini ilham ku dan azam yang akan aku bina supaya segalanya menjadi kenyataan dan bukan lagi angan-angan yang tercipta di dalam naluri ku.
Kan ku kikis kerak lama dalam jiwa ku ini, supaya aku akan kembali menyinar seperti dulu kala.Kerana terlalu banyak aku menabung angan-angan,hingga aku hilang pendirian hidup yang membawa aku kalah dalam semesta ini.Semakin lama sampan ku hanyut jauh.Aku salah haluan selama ini.Aku malas mendayung.Aku sudah jauh hanyut di lautan yang penuh duka,kebencian dan penipuan.
Kini sudah tibanya, satu daratan baru yang perlu aku jejaki dan terus membina empayar baru yang telah lama runtuh akibat ribut yang melanda satu tika dulu.Empayar yang kukuh hingga aku menghembus nafas yang terakhir. Satu empayar yang mampu melindungi mu dan sicilik hingga kau dan sicilik juga menghembus nafas terakhir.
Aku berharap kita dapat berdoa bersama agar segala apa yang tersurat menjadi satu impian yang penuh berharga dalam kehidupan kita ini.
No comments:
Post a Comment