Friday, November 28, 2008

Yuran Smart Reader KIds 2009 "Mahal Sangat!"

Semalam aku melihat beg sekolah anak aku. Ku temui beberapa helai kertas putih yang tertulis"Payment of Fees of January 2009 Term". Fuhhh!!! Melihat isi di dalam surat tersebut, rasa macam nak gila jugak rasanya la. Apa ke idaknya? Jumlah tertera yang kena bayar sebelum 31 December 2008 = RM1203.80. Itu belum termasuk buku tambahan, school trip, gambar, dan lain-lain lagi la. Kalau nak dikira keseluruhan bayaran untuk tempoh 1 tahun adalah RM3000 setahun tau!!!Nasib baik la aku dengan suami ada anak sorang je. Kalau ada lebih dari 1, mampus!!!!Mana la nak menanggung diaorang, itu pelajaran, belum lagi makan, minum, tempat tinggal, kesihatan, keperluan, huh...banyak lagi nak difikirkan. Mmmm...jenuh la aku dengan suami cari duit. Itu belum lagi hutang-piutang nak dibayar. Macam-macam kes nak kena selesai. Hidup kalo tak hutang bukan manusia namanya. Lepas tu, jadi pemalas sebab takde apa yang nak kena bayar. Jadi pemalas la seumur hidup. kalu ada hutang, kena la rajin sikit bekerja sebab nak langsaikan hutang. Betul tak?? Tipu la kalau kome takde hutang. Kaya betul korang takde hutang. Pinjam duit sikit boleh? Ha...cerita pasal yuran sekolah anank aku ni. Tahun lepas 2007 dengan tahun ni tak la mahal sangat. Masih boleh lagi la nak menyekolahkan anak aku yang sorang ni. Kini...huh!!!Melampau betul. Minyak dah turun! Nak naik yuran pulak. Ape ke halnye? Ni yang nak marah ni. Mesti korang tertanya kenapa aku tak hantar aje anak aku kat Tadika Kemas betul tak? Ye la...nak menyahut seruan Kerajaan la kononnya. Nak bagi anak aku ni mahir bertutur Bahasa Inggeris. Alih-alih HQ Smart Reader Kids ambik kesempatan la pulak naikkan yuran. Nak mengadu dengan siapa ye? Badan Berkanun? Kerajaan? Pihak Berkuasa Tempatan? Semua tak boleh pakai la!!! Lembap!!Buat keje sikit...Mesyuarat aje yang banyak. Bila lagi nak habiskan duit kerajaan betul tak? Kalu buat mesyuarat mesti ada jamuan ringan tapi sebenarnya bukan ringan tapi berat. Sebab apa berat sebab ada order macam-macam makanan siap buat catering lagi. Aku dah merasa keje dengan kerajaan ni. Itu la dia....tak berubah pun. Sama aje. Rakyat disuruh berjimat dan cermat. Tapi......mmmm fikir la korang sendiri. Bukan nak mengutuk tapi itu hakikat yang aku dah alami.

Jadi dipendekkan cerita....aku dengan suami bagitau la kat anak aku si Farwizah ni. Itu pun sekadar bergurau aje. Kitaorang bagitau, yang yuran sekolah dia mahal sangat. Macamana nak sekolahkan dia. So aku kata kat dia (Farwizah) berhenti aje la. Mama dengan Papa tak mampu nak bayar yuran tu mahal sangat. Tapi sebenarnya memang MAHAL pun!!! Korang pun belum tentu mampu. Banyak budget lari tau semata-mata nak menyekolahkan anak. Korang belum rasa lagi kot? Atau Orang Tua yang tolong sara? He...he...biasa la tu. Kita bukannya orang kaya. Kita ni golongan yang hidup sederhana aje. Betul tak? Tapi Aku dengan Suami bersyukur. Kitaorang tak pernah pinjam sesen pun duit orang tua masing-masing. Cari la sendiri walau macamana susah sekali pun. Yang penting rezeki masih halal. Tak sanggup la nak pinjam dengan orang tua. Diaorang pun nak makan jugak. Kesian la diaorang kan? Kadang-kadang tu ada jugak orang tua aku bagi duit. Bukan la banyak mana. Aku ambik la jugak sebab nak jaga hati orang tua. Lepas tu, aku masukkan duit tu kat dalam akaun anak aku. Baru la adil betul tak? Jadi, aku dengan suami pun buat la lawak bodoh tempatan. Anak aku dah tak boleh sekolah lagi, yuran sekolah mahal sangat! He...he..nak tau apa jadi lepas tu? Anak aku gi la ke sekolah macam biasa keesokkan harinya. Tak sangka, rupa-rupanya apa yang dikatakan oleh aku dengan suami malam semalam (Khamis 27/11/08) diceritakan kembali oleh anak aku pada Teacher Taman dia (Favourite Teacher anak aku). Nak tau apa dia kata? Mengikut kata Teacher Taman, anak aku marah kat Teacher Taman. Kenapa surat semalam MAHAL SANGAT? Papa Mama kata mahal. Nanti VV(nama timangan anak aku) tak boleh gi school.He....he....Aku dah nak ketawa dah sebenarnya. Tapi masih boleh control la time tu. Sebenarnya bangga jugak dengan anak aku ni. Sebab dia berani menyuarakan suara hatinya. 1 lagi sebab...dia faham dengan kedudukan ekonomi kedua orang tuanya. Bukan senang kan? Nak dapat anak yang faham masalah orang tuanya. Nampak aje badannya kecil dan umurnya yang baru 4 tahun. Tapi fikirannya matang dan kreatif. Mmmm.. berbalik pada Teacher Taman dia tadi. Teacher Taman kata dia tak tau nak explain kat anak aku kenapa mahal sangat? So dia suruh la anak aku gi jumpa Miss Chang (Pengetua sekolah anak aku). Korang tau apa jadi lepas tu? Memang anak aku pergi jugak tanya kat pengetua dia. Tanya Kenapa Mahal sangat? Pengetua dia kata Ok...Ok..nanti Miss Chang Explain kat Parents Ok....So, begitu la ceritanya. Anak aku ni berani, tapi aku mesti mendidik dia dengan cara yang betul. Agar dia tidak menyalahgunakan keberanian yang dia ada. Begitu jugak dengan anak-anak korang tau! Bukannya apa. Anak kita masih tidak tahu yang betul dan salah. Mereka cuma meniru gaya orang tuanya sahaja. Itu sebab kita kena tunjukkan sikap yang baik pada anak-anak kita. Sebab...kita adalah role model di mata mereka....Teacher Taman kata anak aku ni bijak boleh jadi Lawyer satu hari nanti. Amin....Mudah-mudahan. Sekurang-kurangnya aku dan suami boleh tumpang gembira di atas setiap kejayaan anak aku satu hari nanti.

Kalau bukan sebab nak anak aku jadi yang terbaik bukannya bijak tapi berkualiti kena la bayar. Agak-agak boleh complaint ke? Ha... Jadi kalu nak hitung jumlah yang aku dengan suami nak kena bayar adalah RM1473.80 (2009), tahun 2007 & 2008 cuma RM1086.00, naik RM387.80 . Ha...ha..Mahal tak? Ini punya bayaran cuma takat sampai bulan March aje. Pengetua sekolah anak aku ada telefon explain yang diaorang dipaksa oleh HQ. Kalau tak buat lesen franchise kena tarik la (terminate). Tak patut betul kan? Macam ni punya syarikat pun ada kat dunia ni. Kejam sangat semoga tuhan membukakan pintu hati mereka agar nampak kesusahan orang lain. Jangan mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Sekarang mungkin senang. Tengok la 1 hari nanti, tapi yang pasti bukan sekarang. Isu minyak turun, kini bukan persoalannya dah sekarang. Tapi benar-benar jujurkah mereka yang berniaga ini? Begitu jugak dengan yang makan gaji. Untung sedikit takpe asalkan orang masih percaya dengan perkhidmatan yang diberikan. Namun...kalau sebaliknya? Tuhan saja yang tahu....Tuhan itu Maha Mengetahui..... Diharap para-para franchise Samart Reader Kids bersabar ye. Bukan senang untuk berjaya. Begitu jugak dengan para ibu bapa. Semoga cekal menghadapi dugaan tahun akan datang (2009). Selamat berjaya kuucapkan.

6 comments:

Anonymous said...

assalammualikum kak, ini hanya pandangan saya.dah habis dah ke kindergarten orang melayu kak?kenapa bagus sangat ke?saya pun hantar juga tapi taklah sebagus mana.contoh bahasa inggeris kalau tak dimulakan dari rumah tak menjadi.Lagi kenapa lah sanggup berkorban menaikkan CINA.fikirkan lah kak

IjaMohdNaser said...

Waalaikumsalam..terima kasih di atas pandangan cik/puan/datin/toh puan..Sememangnya saya telah meneliti dulu sesebuah tadika bukan berdasarkan melihat sahaja. Tetapi pernah mengalami situasi yang kurang baik semasa menghantar anak saya ke kindergarten. Setakat ini anak saya telah bergaul dengan pelbagai kaum untuk mewujudkan kurang sikap perkauman di dalam diri anak saya. Melayu hanya tahu berbangga dengan kaum sendiri tapi tidak mahu berusaha seperti kaum-kaum yang lain. Cuma mengharapkan subsidi dari kerajaan sahaja. Bukan memihak mana-mana kaum tetapi ini adalah hakikat yang telah saya tempuh berbeza dari pengalaman saudari itu. lain orang lain pengetahuan dan pengalamannya. Sya mahukan pembelajaran yang penuh dengan kreativiti bukan sekadar menghafal yang orang kaum kita telah lakukan. Nabi sendiri mahukan kaumnya menghormati kaum yang lain. Di tempat saya tadika orang melayu kurang sesuai pada pandangan saya. Terlalu banyak melayu menyebabkan kurang pergaulan yang sihat dari segi komunikasi terutamanya. Jadi mengambil inisiatif ini untuk memajukan anak saya bukan saja dari pelajaran tetapi dari segi pergaulan dan komunikasi. Walaupun kita mengajar anak kita bahasa Inggeris di rumah tetapi tidak mencukupi kerana bukan semua para ibubapa mahir terutama dalam tatabahasa inggeris(grammar. Kita sendiri pun kadang-kadang tak tau yang grammar kita betul atau salah. Jadi perlu menyiasat terlebih dahulu sesebuah tadika tersebut. Smart Reader kids yang saya hantar anak saya dulu berdasarkan silibus British Language. walaupun diajar dalam bahasa Inggeris namun masih lagi ada silibus bahasa melayu yang diajar. Cuma kini saya menghantar anak saya ke tadika lain disebabkan kualiti guru dan kos yang perlu dibayar dalam sesebuah tadikia itu. Memandangkan ekonomi kini merundum sedikit sebanyak mengganggu jua perbelanjaan kita dalam pengurusan kewangan. Saya dan suami tidak layak menghantar ke tadika kemas kerana tempat yang terhad dan pendapatan kami berdua lebih dari RM 5k sebulan. Jadi tak salah saya dan suami menghantar mengikut kemampuan kami dan latar belakang sesebuah tadika itu sendiri. Bukan semua tadika melayu tidak bagus namun, masih lagi ada kekurangan dan jarak perjalanan dari rumah kami untuk menghantar anak ke sesebuah tadika itu sendiri. Kita sebagai ibubapa perlu merngkaji sedikit suasana persekitaran pembelajaran anak kita. Bukan pakai letak aje. Duit dah bayar walaupun murah tapi servis yang diberi tidak setimpal. Oh ya...kini anak saya baru 5 tahun sudah pandai berbahasa Inggeris dengan fasih tanpa pengajaran bahasa Inggeris di rumah. Malah tidak mustahil suatu hari nanti anak saya akan berbahasa lain tanpa perlu menghabiskan duit menghantar tuisyen belajar bahasa lain. Bukankah itu namanya satu pelaburan. Rugi dulu baru untung di kemudian hari. Bukan seperti orang makan gaji mengharapkan bonus tapi perkhidmatan kerja yang diberi tidak sepadan dengan gaji yang dapat. Jadi fikirlah sendiri kenapa saya dan suami mahukan yang terbaik dari yang baik. Orang melayu hanya tahu menghantar ke sesebuah sekolah tapi tak tahu perangai anak yang sebenarnya. Tetapi dengan tadika-tadika yang telah saya hantar anak saya, dimiliki oleh kaum lain namun gurunya lebih profesional dan berkaliber dalam kerjaya masing-masing. Kerana mereka dilatih dengan sebaik mungkin. Ini hanyalah pengalaman yang telah saya kumpul sepanjang saya hidup. Dari melihat adik-beradik saya sekolah sehinggalah ke anak sendiri begitu juga dengan saudara-mara yang lain dan juga kawan-kawan. Bukan setakat sendiri punya pengalaman, tetapi ambillah sedikit pengalaman dari yang lain-lain. Bukan macam katak bawah tempurung. Terima kasih.

hamzah said...

jangan jadi masalah ini dijadikan isu perkauman.Sistem pendidikan kita tidak mengenal bangsa.Malaysia negara berbilang kaum.Kita harus bersatu bagi menjayakan ekonomi negara bukannya berbalah

sudfud said...

memang tadika kemas tu bukan perkauman....sume bangsa boleh masuk....saya tak tau la dimana silapnya..tapi yang saya nampak sikap cikgu tu sendiri....cikgu yg mengajar, mungkin tak sume cikgu tapi kat tempat saya nih kat kota kemuning....bukan nak kondem...tapi memang cikgunyer penting diri sendiri....tak kreatif...tak tau la saya nak tafsirkan cikgu nyer nih....pendek kata poyosss la.....klu ko tu dah diamanah kan utk ajar budak tu...buat btul2....saya memang tgh marah ngan sikap cikgu yg mcm tu..saya ni amat berminat nak ajar budak2 nih tapi tak der rezeki saya ke arah tu...tapi bila saya tgk keadaan dorang nih...huh kesian budak2 nih....

TuN Zarie UTaMa said...

ibubapa mana yang tak mahukan anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Bukan masalah perkauman.. dan bukan juga masalah tak sokong orang melayu kita. Nak ke kita (ibubapa) hantar anak ke sekolah yang kita dah tahu prestasinya kurang bagus?? Takkan nak berkira dengan pelaburan utk pendidikan anak2??.. ini utk masa depan mereka juga. Lebih setahun juga aku dok kaji pasal smart reader kids ni. Bagi aku ianya bagus dan sekarang lengkap dengan silibus Fardhu Ain. Aku teruja tengok anak2 jiran dan kawan2 hasil produk Smart Reader Kids nih. 4/5 tahun sudah pandai membaca Bahasa Inggeris dan mengira. Aku tak mau cakap banyak. Just tengok sendiri kanak2 lepasan Smart Reader Kids nih. two thumbs up !!!

Unknown said...

Bagi mereka yang masih belum tahu, program Smart Reader Kids ini adalah berkonsep francais. Tidak dinafikan bahawa francaisor adalah sebuah syarikat yang diterajui oleh kaum non-malay, tetapi para francaisi terdiri dari beratus usahawan melayu atau bumiputera. Ratusan francaisi melayu inilah yang telah membeli hak francais dari francaisor untuk menjalankan perniagaan francais Smart Reader Kids di premis masing-masing. Ratusan francaisi melayu Smart Reader Kids inilah juga yang sangat-sangat berharap agar kaumnya 'berkorban' menyokong mereka dengan mendaftarkan anak-anak mereka bagi memajukan perniagaan francais Smart Reader Kids di premis mereka.