Wednesday, December 31, 2008

Selamat Hari Jadi ke 33 Buat Suami Tersayang 01/01/1976

Selamat Hari Jadi ke 33 buat suamiku. Semoga kau sentiasa bersama ku dan anak sepanjang hayatku. Kudoakan agar kau diberikan rezeki yang halal senantiasa dan badan yang cergas agar kau dapat melakukan apa jua kerja yang ingin dilakukan. Diharap kau sentiasa sabar dan tabah dalam mengharungi tahun 2009 yang penuh onak dan duri. Pelbagai rintangan telah dihadapi, suka dan duka sentiasa bersama. Gurau dan senda menjadi penawar dikala berduka. Kuharap dengan kehadiran ku dan jua anak tersayang dapat mengubat penderitaanmu dikala hati susah. Selamat Hari Jadi......

Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi Papa ke 33
Selamat Hari Jadi.......(lagu)

1 comment:

hamzah said...

Untuk makluman puan tahun kelahiran saya yang tertera di laman blog ini adalah salah.saya dilahirkan pada 1 januari 1976 bukannya 1 januari 1971.Tahun kelahiran 1971 adalah tarikh kelahiran abang saya yang sulung.

Saya berharap kesilapan ini dapat diperbetulkan dengan kadar segera sebelum informasi ini tersebar.