Wednesday, August 12, 2009

5 Ogos Harijadi Arwah Abahku.. 25 Ogos harijadi Emakku..

Abah...kalo la abah ada sekarang..tentu abah leh berbangga dengan apa yang kami adik-beradik ada sekarang. Anak sulungmu ini..sememangnya degil dari kecil hinggalah sekarang.Jangan risau, anakmu ini pandai menjaga dirinye sendiri termasuk keluarga yang telah dibina.Cucu sulung abah kina sudah 5 tahun..maknanya, genap sudah abah meninggalkan kami termasuklah emak..
Kesian emak, abah..satu-satunya tanah yang abah tinggalkan untuk emak, acik Atip dengan Acik Fuad nak rampas..kesian mak, mak kata itu la satu-satunya tanah sawah yang membawa kenangan manis buat mak..Walaupun mak terpaksa menyewa tanah tu dari nenek abah..tapi mak tetap sewa setiap musim..Mengapa adik-beradik abah ni, kejam sangat..Tanah dusun yang di kebun Kampung Gajah tu pun..abang abah Cikgu Shaari nak rampas..kenapa menyeksa mak sedemikian rupa..jenuh kami menyelesaikan masalah tanah tu abah..Emak terpaksa turun naik mahkamah, dah beribu duit mak habis..Anak abah ni pun diaorang halau dan diludah di rumah nenek abah 5 tahun dahulu...hinakah kami pada pandangan ahli keluarga abah..Paling kesian adalah emak..emak terlalu tabah..macam-macam hal adik-beradik yang lain buat sesudah abah tiada...Akak boleh rasakan yang emak terlampau menderita..kalaulah akak leh tolong emak..akak sendiri pun masih lagi..entah la..tapi akak tak pernah lupa akan mak..setiap kali emak minta tolong akak akan cuba selesaikan..cuma akak pening nak satukan semula adik-beradik lain yang semakin jauh di antara satu sama lain..macamana nak buat ye? Takpelah .. akak akan sabar buat masa sekarang,,akak akan tarik balik seorang demi seorang agar perhubungan keluarga tidak terputus..hanya dek kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing..Buat emak, tabahkanlah hatimu..akak sebagai anak sulung sentiasa mendoakan agar mak diberikan ketenangan dalam diri agar dapat menempuh dugaan yang tidak sudah-sudah ini..Jua kuucapkan selamat harijadi untuk mak yang bakal tiba pada25 Ogos ini..Selamat harijadi juga buat arwah abah pada 5 Ogos yang lepas..maafkan kesalahan anakmu ini dari kecil sehinggalah kini...halalkan jua makan minumku selama abah menanggung akak sewaktu hidup dahulu...Semoga roh arwah abah dicucuri rahmat, Al Fatihah...Amin..

No comments: