Wednesday, September 2, 2009

Air Batu Campur (ABC)

Rasa macam hari adalah hari yang paling teruk bagi aku macam-macam hal berlaku..pening kepala memikirkanya..Tapi apakan daya..masakan akan berlalu pergi dengan pantas tnpa disedari..Menahan amarah dalm diam rupanya terlalu sukar..namun aku suka akan keadaan begitu kerana mengajar aku erti kesabaran yang mendalam tanpa menyakiti orang lain disekelilingku..Hidup berkahwin..rupanya terlampau banyak misteri dan cabaran yang perlu dilalui..tidak semudah menguruskan badan rasanya..itu yang kufikirkan kini..kesabaran menangani stress yang datang dan pergi walaupun seketika, adakalanya memeritkan hati dan lebih-lebih jika hati dilukai dengan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut manusia yang tidak pernah mengenal erti diam seketika...jika terasa begitu banyak keluhan dan critera yang akan dihamburkan..mendatangkan lagi perit hati ini menahan seketika amarah bagi manusia seperti aku yang masih belum sempurna lagi mindaku..bukan untuk menyalahkan sesiapa..tteapi harus ditempuhi dengan kesusahan yang ada bercampur dengan kegembiraan yang sedikit kerana telah reda sementara ribut yang melanda dalam hati ini. Bagiku..tiada siapa yang bisa lagi membantu diri ini, kerna aku yang telah memilih jalanku sendiri..Mampukah aku menempuhi semua itu??Bisakah hati ini menahan dan menyimpan segala pedih yang ada di hati kecilku?? Kenapa pula tiada yang bisa membantuku dikala saat aku memerlukan pertolongan?? Apa yang pasti..aku akan terus mencuba dan cuba lagi bertahan setakat mana yang aku boleh..Ribut yang sementara hanya sedikit tempiasku rasa..tidak seteruk waktu kumenghadapi masalah yang lebih besar dari ini..Hanya kerana terdapat ego dalam diri manusia, maka amat susah untuk mengalah..bagi masing-masing yang asyik memikirkan hati masing-masing yang telah tercuit dengan jarum yang kecil...namun luka yang ada di sebelahnya tidak pula kelihatan..sedangkan  sakitnya lebih perit tak tertanggung..Ya Allah..aku bukan hambaMu yang baik seperti hamba2mu yang lain..namun aku memohon agar Kau berikanlah aku kekuatan minda yang positif..itu saja yang kupinta dariMu ya Allah..aku amat-amat memerlukan minda tersebut dikala ini..sebagai sokongan untuk ku bertahan sehingga nafasku yang terakhir...

No comments: