Monday, December 29, 2008

Aksi Si Kecil Di Taman Tasik Perdana Bulan Disember 2008

Ini la rupa anak aku semasa main di Taman Permainan Tasik Perdana Kuala Lumpur. Kalau korang nak tau, tak lama lepas tu. Anak aku pun demam panas. Jenuh jugak aku jaga bergilir dengan suami masa nak aku demam. Dah bawak gi klinik pun tak reda lagi. Takut la jugak kalau anak kesayangan aku ni kena demam denggi ke demam chikungunya ke. Hish..ish..tak sanggup!! Biar la aku dengan suami penat sikit jaga anak yang sorang ni. Daripada mati demam macam tu aje. Duit boleh dicari...tapi penghibur hati selama 4 tahun mana nak cari. Itu la satu-satunya anak aku dengan suami. Sayang ooo...siapa tak sayang anak. Walaupun aku banyak marah anak aku ni, tapi aku bukan jenis kaki dera budak-budak. Mesti ada batasan jaga anak. marah sangat pun tak boleh, sayang sangat pun tak boleh apatah lagi nak memanjakan sangat. Nanti naik la tocang dia. Sikit-sikit, MAMA...sikit-sikit...PAPA. Penat la pulak nak layan karenah ngada-ngada yang terlampau banyak. Itu belum kalau tengah banyak kerja dengan masalah keluarga lagi. Huh...gila tension pun ada tau. Tapi dalam nak mendidik anak ni nak kena belajar sendiri. Bukan setakat bertanya dengan orang atau baca buku sahaja. Tetapi berdasarkan pengalaman menjaga dan mendidik anak itu sendir. Lihat kelakuan dan karenah anak. Setiap masa ada persamaan dan perbezaan yang ditunjukkan secara langsung dan juga tidak langsung. Gunakan segala kepakaran komunikasi yang kita ada dengan anak tadi. Kadang-kadang anak kita tidak suka dilayan macam budak-budak kecil walaupun dia masih kecil lagi. Adakalanya anak kita suka berbicara tentang orang dewasa. Apa sebabnya, hanya TUHAN yang tahu. Kita yang sepatutnya mencari misteri keajaiban dalam proses pembesaran anak-anak kita. Jangan asyik sibuk bekerja cari DUIT tapi terlupa bahawa ada insan yang bernama ANAK memerhatikan perwatakan kita secara diam. Dan mungkin anak ini akan mengikut salah satu tabiat buruk kita tanpa kita sedari. Contoh paling senang adalah kemas rumah atau tempat tidur. Faham-faham sendiri ajelah. Tak payah la aku nak terangkan pulak dalam blog ni. Ada masa bawalah anak ke tempat yang boleh menghiburkan hatinya. Setakat 30 minit sehari. Takkan la tak boleh. Seminggu ada 7 hari. 1 hari ada 24 jam. Pilih la time yang sesuai dengan masa yang kita. Hasilnya...korang tengok la sendir. Anak kita akan lebih memahami orang tuanya, walaupun dia masih kecil. Itu la keajaiban yang tuhan berikan kepada pasangan yang mempunyai anak dalam berumahtangga...











No comments: