Monday, December 29, 2008

Makan Besar Keluarga di Kajang 27/12/2008

Ini wajah-wajah kelaparan tapi seronok sebabnya....ada orang belanja tau! Nak tau siapa? Ha..siapa lagi kalau bukan Si Eli dan Ali (adik lelaki dengan isterinya) yang belanja. Makan ramai-ramai ni best. Tapi tu la...badan aku dengan anak aku si VV (Farwizah) ni baru baik demam panas. Pendekkan cite...masih dalam proses nak baik dari demam la ni. Tekak aku pulak buat hal malam tu. Sakitnya...jangan cite la. Nak telan air liur pun susah. Rasa macam berapi kat tekak. Kena pulak makanan yang diaorang ni order malam tu pedas-pedas belaka tapi sedap. Apalagi, telan aje la makanan tu walaupun sakitnya tuhan aje yang tau. Jenuh jugak aku telan. Macam makan ada batu sangkut kat tekak aje rasanya. Suami aku pun ada, tapi sama macam aku. Bukannya sihat sangat. Bulan 12 ni, cuaca lain macam. Panas sangat dan sejuk sangat. Rasa macam-macam badan ni. Kejap sejuk kejap panas. Alih-alih....DEMAM. Tu yang malas kena demam tu. Susah semua orang. Aku ni jenis kalau boleh tak sakit langsung sebab tak suka orang lain jaga aku tengah sakit. Lain macam-macam urusan tergendala. Ye la...macam anak aku siapa nak jaga? Lepas tu Suami aku lagi, nak gi keje susah hati. Kan itu namanya menyusahkan semua orang. Tapi aku rehda...sebab Tuhan dan takdirkan aku kena demam. Itukan salah satu penghapus dosa-dosa kecil. Kurang la sikit doda aku yang lama-lama tu.He...he...Amin.... Oh ya? Terima kasih kepada ALi dan Eli kerana telah bermurah hati untuk belanja makan malam tu. Sedap sangat. Murah la jugak makan malam tu. Cuma RM173 he....he.... lepas isi minyak kereta tu. Terima kasih daun keladi. Tahun depan belanja la lagi....




No comments: