Monday, January 5, 2009

Kematian Nenek Tersayang Suamiku 05/01/2009 (6 am)

Hari ini sepatutnya aku dan suami menghantar anakku sayang pergi daftar sekolah tadika (Smart Reader Kids Pantai Hillpark). Namun, sewaktu aku dan suami hendak bangun sembahyang Subuh dalam pukul 6.15 pagi handphone suami aku berbunyi...tak lama bunyinya,tak sempat angkat pun. Lepas tu telefon rumah pulak berbunyi... Alih-alih, adik ipar aku si Firdaus (Daus) telefon. Katanya pada suami aku yang nenek suami aku tu (Opah panggilan dalam ahli keluarga suami) badannya dah keras tapi masih panas cuma kaki je yang sejuk. Apalagi...kelam-kabut la suami aku tu gi bersiap nak gi sana. Aku? He...he..anak aku tidur lagi kesian la pulak nak gerak dia, malam tadi dia tidur lewat. Agaknya bersemanagt nak pergi sekolah. maklum la..dah ada uniform baru. Mesti dia dah berangan nak pakai. Tup...tup...tak dapat sebab kena ponteng 1 hari. Oyang dia dah meninggal dunia pagi ni. Tak sedap la pulak aku hantar dia pi sekolah. Ala hari pertama sekolah. Bukan belajar pun! Cuma berkenalan aje kan.... Dalam pukul 8 pagi baru la aku pegi rumah mak mertua aku kat sini jugak (area pantai dalam di PPR Kerinchi). Aku tolong la mana yang aku mampu. Aku datang sana..terus aku bacakan Yassin walaupun merangkak sikit-sikit tapi..boleh la. Lepas tu mayat nenek suami aku dibawa ke surau berhampiran blok D. Rumah mak mertua aku kat blok B. Kira dekat la jugak. Ye la senang sikit nak mandikan, dikapan dan sembahyang jenazah. Ruang pun besar sikit. Rumah PPR ni kecik sangat. Tak muat oarng nak menziarah atau melihat wajah terakhir si mati. So, keputusannya..bawa jenazah nenek suami aku ni ke surau dengan bantuan jiran-jiran dan sedara yang terdekat. Aku pulak...tinggal la kat rumah tu. Kalau semua dah pergi siapa yang nak tunggu kat rumah kalau ada sedara jauh datang. Sedara telefon rumah ke..So aku boleh la tolong jagakan rumah. Apalagi aku ambik penyapu yang ada kat luar rumah. Aku sapu sampah yang ada lepas tu aku bentang tikar-tikar yang berlonggok kat ruang tamu tu. Lepas tu aku gi kelusr dengan adik ipar perempuan (Dayah) gi beli sarapan pagi. Aku belikan 6 bungkus nasi lemak dengan 2 keping roti canai dan 1 keping roti telur. Tapi sebelum tu aku singgah kat satu kedai runcit India kat Taman Bukit Angkasa pantai Dalam kubelikan 1 kg roti bergula, tisu, roti biasa dan surat khabar Metro dengan Utusan Malaysia. Ok pe...Then aku sempat pulak gi isi minyak kereta aku yang dah nak kering. Ala cuma RM 20 dah penuh tangki minyak aku. Terima kasih kepada KERAJAAN MALAYSIA yang telah menurunkan harga minyak baru-baru ini. Baru la aku balik rumah mertua aku. Aku masakkan air kemudian Abang Ipar aku baru balik dari beli lauk. Aku tengok ada sebiji kubis putih, 10 ekor ikan kembung dan sedikit udang kertas (udang kecil. Apalagi, aku, kakak Ipar aku (Kak Ana) dan Kak Saadiah (Mak Rasid) kira sedara la dengan mertua aku ni, siapkan lah bahan yang ada. Aku masak 1 periuk besar masak lemak sayur kubis, ikan dan ayam ku goreng aje. Lepas tu kak Ana buat sambal untuk ikan yang telah kugoreng. Hari ni saja aku dah masak 11 pot nasi, 10 kali masak air dan banyak kali buat air sirap dengan basuh pinggan mangkuk. kak Saadiah pulak masak 6 pot nasi. Aku memang dah siap-siap keluarkan pinggan dan mangkuk serta cawan dari almari takut ada orang ramai datang nak minum atau makan selepas penat balik dari pengkebumian. Hari ni jugak, aku siap belikan ais dengan 10 biji telur ayam. Rasa dalam hati macam tak cukup je lauk yang dimasak tadi. Memang betul tekaanku..memang tak cukup pun. Aku masakkan pulak lauk sambal udang. Walaupun sedikit uadang yang ada dalam peti ais mertua aku..no hal punya...Kreativiti kan ada...Aku masak telur dadar aje. Pun habis jugak!!Sedap sangat ke? Aku pun belum makan lagi..tak rasa lagi masakan aku. Cuma time nak masak tu ada la rasa takut tak cukup garam atau terlebih garam. He..he...Bukan pandai masak macam CHEF kat hotel tu. Tapi kalau takat masak kampung ni boleh la. Bergantung bahan-bahan masak yang ada la jugak!!!Petang dalam pukul 6.30 pulak..aku ajak suami aku gi beli barang nak masak malam ni. Ala..masak bihun goreng aje mengikut emak mertua aku la. Aku tulis senarai nak dibeli. Lepas tu gi beli semua barang2 yang dikehendaki. Kemudian dah beli barang tersebut, aku buatkan air sirap ais untuk oarang yang datang malam ni. Nasib baik dah masak air banyak tau!! Tu pun tak cukup kena masak lagi. Lepas buat air tu, aku sekeluarga balik rumah, ingat nak mandi lepas tu pegi balik rumah mak mertua aku tu. Alih-alih anak kesayangan aku dah penat tidur tak larat nak pegi. Suami aku je yang pegi. Aku? Kena la tinggal jaga anak yang tengah tido tu. Takkan la ku nak gerak dia. Penat jugak dia seharian dari pukul 8 pagi sampai 7 malam. mau tak penat. Aku pun penat la jugak. Tapi yang penting aku ikhlas dalam membantu keluarga mertua aku dan suami aku. Lagipun aku dah ada pengalaman masa arwah Abah meninggal 5 tahun yang lepas. Apa salahnya aku praktikal balik dalam situasiu sekarang. Alahamdulillah..semuanya urusan pengkebumian dan kenduri berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit perselisihan faham. Biasa la tu dah kelam kabut. Hati tengah bersedih mana la nak fikir banyak2 betul tak?? Aku faham keadaan tu..aku sekeluarga sebelah aku memahaminya....Semoga roh nenek suami aku ditempatkan di golongan orang2 yang beriman. Amin...Al-fatihah.......Terina kasih buat semua yang menolong yang meberikan ucapan takziah kepada kami sekeluarga. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa korang semua...Terima kasih sekali lagi...

No comments: