Monday, January 5, 2009

Harijadiku ke 29 (06/01/2009)

Hari ini merupakan hari jadiku ke 29 tahun. Rupanya aku dah tua...he..he..tapi masih jiwa muda lagi tau. Suamiku dan anak ada wish kat aku. Takde apa2 yang istimewa. Yang penting suami dan anak yang tersayang ada bersamaku sepanjang hayatku masih ada. Hadiah cuma sekadar wang ringgit. Walaupun hanya sekadar dengan ucapan. Itu sudah memadai kerana meraka ingat akan kehadiranku di muka bumi ini. Tahun ini mungkin merupakan cabaran buat aku sekeluarga dan juga oarang lain. Namun jika sabar dan sentiasa berfikiran positif. Nescaya apa yang kita lakukan malah apa jua masalah yang kita hadapi mampu kita selesaikan dengan tindakan yang bijaksana tanpa menyusahkan orang lain. Azamku pada hari lahir ku ini hanyalah sekadar ingin menjadi isteri dan ibu yang terbaik setiap masa buat suami dan anakku. Insyallah..kalu tiada aral melintang aku ingin sambung pengajianku yang dah lama terkandas suatu masa dahulu. Korang doakan la aku agar berjaya menempuhi halangan mendatang. Terima kasih kerana sudi membaca tulisanku ini. Terima kasih jua kuucapkan pada suamiku dan ahli keluargaku yang lain kerana sudi membantuku dikala ini aku dalam kesusahan. Terutama buat emak dan suami yang sentiasa tidak pernah putus asa dalam mendidik aku menjadi seorang manusia yang berguna bukan macam 1 pepatah "kacang lupakan kulit". Banyak juga nasihat yang ditabur, aku akan mengingati nasihat-nasihat ini sampai bila-bila. Buat kawan-kawan yang lain. Janganlah kita berasa megah diri dengan apa yang kita ada. Itu semua sementara sahaja....bantulah sesiapa yang dalam kesusahan mengikut kemampuan kita..Walaupun sekadar bertanya khabar dan beri pandangan juga nasihat. Itu sudah memadai bagi insan yang memerlukan dikala dalam kesusahan. Jika ada wang yang lebih jangan sekali-kali lupa pada orang tua mahupun keluarga sendiri, Kerana mereka-mereka inilah yang akan menolong dan mambantu kita dalam kesusahan. Jangan malu untuk meminta pertolongan...kita hanya sekadar bertanya, jika bukan rezeki kita ada lagi rezeki yang lain. Yang paling penting kita kena banyak bersabar, berfikiran positif dan yang utama sekali adalah Allah SWT yang menjadikan kita sebagai manusia yang ada akal dan fikiran.......

No comments: