Monday, May 4, 2009

Kenduri Tahlil 2 Mei 2009 Di Rumahku


Majlis kenduri tahlil ini adalah hasil perbincangan antara suami aku dengan aku. Bertujuan bersedekah kepada arwah abah aku dan arwah nenek suami aku yang baru meninggal dunia tidak lama dahulu. Kami buat catering aje, maklumlah baru nak belajar buat kenduri kat rumah sendiri. Malam tu kami hidangkan tetamu dengan makanan kampung seperti Nasi putih, ayam goreng berempah, masak lemak nenas ikan masin, sambal tumis petai ikan bilis, telur masin, ulaman dan sambal belacan serta agar-agar sebagai pencuci mulut. Air pula kami pilih air oren dan teh sabah sebagai minuman.

Ramai juga yang datang, penuh la jugak rumah aku yang kecil ini. nak tangkap gambar banyak-banyak pun tak sempat sebab busy sangat melayan tetamu. Kebanyakan yang datang adalah sedara sebelah suami aku termasuk keluarga mertua aku. Aku bersyukur kerana mak mertua aku banyak tolong sedikit senayak melayan tetamu. Kami siap bagi tetamu bawak balik bekal sebagai sedekah. Yela...siapa nak makan banyak-banyak lauk-pauk tu. Yang best tu, lauk catering termasuk nasi tak basi tau...sampai ke tengah hari. Sedap jugak. Aku dengan suami, anak aku dan adik aku si Asyikin pun makan 2 kali. Dia datang awal dalam pukul 7.oo malam. Terima kasih buat semua yang hadir ke majlis tahlil aku dan suami yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah...selesai sudah kenduri kami yang pertama kali dalam sejarah aku berkahwin dengan suami aku. Dah tua kena la rajin-rajin bermasyarakat. He..he...

No comments: