Monday, May 4, 2009

Makan Malam Bersama Family Di Nasi Lemak Antarabangsa 25/04/2009









Setelah penat bermain dengan gajah, beruang, ular dan lain-lain binatang liar di Lanchang Pahang, kitaorang sempat singgah makan malam di Restoren Nasi Lemak Antarabangsa berhampiran dengan tol UIA Gombak. Sedap jugak makan malam tu. Emak pesan nasi dengan lauk paru goreng, Aku, Ikin dan Ikah nasi dengan ayam merah, Suami aku nasi dengan sambal udang petai, Ida nasi dengan sambal sotong, Iwan cuma nasi dengan telur mata kerbau dan anak aku VV nasi dengan telur rebus tanpa sambal. Rata-rata mengatakan sedap, apa idaknya semua dah lapar sebab tengah tak makan apa-apa cuma minum air je yang banyak. Adik aku si Iwan dah pening lalat dalam kereta sebab tak biasa jalan jauh. muntah-muntah dia. Kesian jugak aku tengok...Nasib baik ada panadol spare dalam beg kitaorang. Itupun dah jumpa masa nak balik dari Pahang. Ingatkan emak aku cadang nak balik terus ke kampung Teluk Intan Perak malam tu. tapi memandangkan Iwan macam dah tak larat, terpaksalah bermalam di rumah aku. Esok pagi-pagi dalam pukul 7 pagi emak, Iwan dan Ikah balik kampung. Adik aku yang si Ida tinggal dulu kat rumah aku sebab nak tunggu adik aku yang lagi sorang di Johor (Cal) datang Khamis (30/04/09) atau Jumaat (1/05/09) datang ambik barang-barang yang balance tak muat dalam kereta kancil arwah abah yang emak bawak. Si Ikin aku dengan suami dan emak gi hantar malam tu jugak (25/04/09) hantar balik Uitm. Kesian...tengah busy exam final pulak tu. Good luck aje la ye.... Alhamdulillah segala-galanya dah selamat. Emak, Iwan dan Ikah dan sampai kampung, manakala Ida dengan Cal pun dah ada di kampung jugak bawak barang-barang Ida yang kitaorang ambik di pahang tempohari. Ikin...masih lagi struggle dengan examnya. Last paper katanya hari Ahad 10/05/09....





No comments: