Friday, August 21, 2009

Kembali Ceria


Ha..ha..aku kembali ceria..apa lagi yang nak difikirkan lagi. Bukan aku yang bersalah..aku hanya dianiaya aje..Jadi..apa lagi hendak diingat, merunsingkan aje kepala ini. Muka dan kembali comel, badan akan bertambah kurus dan kurus lagi sejak 3 bulan ini..itupun sokongan dari family dan kawan-kawan yang begitu ikhlas bersahabat dengan aku. Terima kasih..kerana masih mengingati aku. Aku sepatutnya tersenyum dan bangga dengan apa yang kumiliki kini..Menunggu sesuatu yang tidak kunjung tiba , malah tiada perubahan pun jika lama-lama dibiarkan. Yang penting aku masih muda, masih boleh bekerja, seorang penyayang, pencinta akan keindahan yang diciptakan Allah..
Impian aku cuma kecil, aku ingin bahagia dan membahagiakan orang di sampingku ini..Kebahagiaanku terletak pada keinginan aku..kehendakkanku..akan ku tolak jauh-jauh dahulu..tidak penting lagi dalam hidup ini..Ayuh Fariza!!! Bangun..bangun dari mimpi yang mengganggumu dahulu..walaupun seketika cuma..anggap ianya hanya sekadar mimpi ngeri dan terburuk pernah kau alami...Yang pasti..aku nak enjoy dengan apa yang kumiliki kini..cinta , sayang, kasih yang ada dalam diri ini..aku ku berikan pada yang teristimewa sahaja..suamiku..kau sememangnya membuat aku belajar dan mengerti akan kehidupan ini sebenarnya..jangan senang terpengaruh dengan bayangan yang ada..kerana ia akan hilang bila cahaya tiada. Aku bersyukur kerana ada lagi cahaya yang dapat membimbingku..Bagi yang hilang cahaya tersebut, pandai-pandailah mencarinya..aku tidak bisa membantu lagi..kerana aku sudah ceria kembali...

No comments: