Friday, August 21, 2009

Penipuan Moden Di Zaman Sekarang



Kini terdapat banyak penipuan yang kita tidak sedari sama di sekeliling kita atau di belakang kita. Kadangkala, sesuatu penipuan tidak masuk di akal, padahal Allah telah menjadikan manusia ini mempunyai akal dan fikiran agar tidak tersesat ke jalan yang gelap. Apapun jua yang terjadi tetap terjadi, boleh membuatkan hati ini sakit bila dikianati terutama kita mengenali seseorang itu. Jauh atau dekat tetap boleh menguris akan hati yang sememangnya sudah ditakdirkan kecil. Mungkin akan mengecil lagi tanpa disedari. Pasrah atau tidak..tidak mungkin akan menyerah kalah pada sesuatu yang belum pasti. Cuma terkilan kerana ada insan yang mengambil kesempatan di atas hati yang luka ini. Betapa sakit hati yang tidak tertahan, airmata tiada lagi akan ku keluarkan..kerana aku adalah wanita yang gagah mampu terus ke hadapan melupakan segala yang terjadi. Bila diri sudah hilang pertimbangan mahupun terdesak, aku membayang akan betapa hancurnya diri ini jika aku mengulangi lagi kesilapan itu. Satu kesalahan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila, hanya berbekalkan ayat yang boleh mencuit hati sekeping ini, namun kini tidak sekali aku mengalah..Ya FARIZA, nama yang arwah abah berikan sudah cukup jelas maksudnya jelas dan terang,,aku mendapat keredhaanMu ya Allah..Syukur kerana Kau menarikku kembali ke landasan yang betul agar tidak lagi aku tergelincir. Aku betul..betul pasrah..namun ku teruskan jua kehidupan yang terlalu indah ini agar aku tidak sedikitpun tercicir menikmati NikmatMu Allah....Semoga yang menyakiti dan menguris hati ini akan menerima yang sepatutnya di atas kelemahanku sendiri..Ya Allah, Bulan Ramadhan ini ku memohon keampuanan dariMu hapuskanlah dosa-dosa kecil dan besarku agar aku dapat menjalani kehidupan ini dengan ikhlas ... Aku memohon agar Kau tunjukkanlah KebesaranMu kepadaku ya Allah agar aku bisa tenang..setenang-tenangnya mengharungi kehidupan yang amat sukar ini..Kepada Keluargaku terutama Suamiku..jika ada kekurangan padaku, sudilah kiranya kau membimbingkan ke arah jalan yang benar. Ku amat mengharapkan pertolonganmu agar aku tidak lagi melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan dari dahulu hinggalah sekarang...ku amat memerlukan mu di kala ini..

No comments: