Thursday, January 29, 2009

Di Sebalik Smart Reader KIds Pantai Hill Park 2009

Ni nak cerita pasal kekecohan yang terlampau oleh pihak sekolah Smart Reader Kids Pantai Hill Park. Nak dijadikan cerita, 08 Januari 2009 (Khamis) aku menerima satu panggilan dari Pengetua sekolah anak aku. Ceritanya....nak bagitau aku yang anak aku dan kawannya Dasyikin conteng didnding sekolah dan kena punish kat sekolah. So, pengetua (Ms Chang@Khaterine Chang) bagitau yang dia dah marah anak aku dengan kawannya dan dibagi pemadam sorang satu padam dinding yang diconteng dengan pensil tu. So, aku tanya lagi, bila kejadian tu berlaku? Pengetua tu kata dah lama 2 hari yang sudah, Maknanya hari Isnin atau Selasa punya cerita la. Kenapa la tak bagitau awal-awal kat aku. Kan ada simpan nombor telefon aku dalam borang pendaftaran di sekolah tu. Kata hati aku la time tu. Aku kata terima kasih bagitau yang anak aku conteng dinding tersebut. Takde la pulak rasa nak marah time tu. sebab...biasalah budak-budak kalau tak dijaga dengan betul. Tangan dan kakinya merayap la. Takkan aku hantar anak aku kat sekolah aku pun nak kena jaga anak sendiri supaya tak conteng dinding sekolah.

Aku dengan suami hantar kat sekolah ni habis sampai RM8,217.00 untuk 2 tahun sahaja tau. Mahal gila! Tapi sebab sayang kat anak yang sorang ni. Cari la jugak duit untuk menyekolahkan dia. Yang menyakitkan hati aku adalah bila time aku nak ambik anak aku dari sekolah hari Khamis tu, aku tengok anak aku dah merah mukanya macam nak menangis atau baru lepas nangis. Aku dah agak dah! So aku buat endah tak endah aje la...macam takde apa-apa yang berlaku. Kemudian aku tanya Teacher Taman di depan semua parent yang ada time tu (masa nak ambik anak masing-masing la). Aku tanya mana kasut sekolah yang dijanjikan. Duit dah bayar, ukur kaki anak dengan saiz kasut yang sesuai dah (31 Disember 2008 ukur) tapi kasut lewat dapat. Janji masa bayar yuran dulu (31 Disember 2008) kasut diterima awal bulan Januari 2009. Dah masuk bulan Januari bila ditanya awal bulan Februari pulak. Agak-agak korang dah boleh dapat jawapan yang seterusnya kalau aku tanya lagi bila pulak kasut tersebut ada. Time mintak yuran sekolah bukan main nak cepat-cepat. Time kita tanya kasut yang dah bayar tu, HAMPEH!!!

Berbalik cerita anak yang aku ambik hari tu, aku tanya dia bila dia conteng didnding tu. Dia kata hari ni maksudnya hari Khamis 8 Januari 2009. tapi seingat aku, Pengetua dia kata hari Isnin atau Selasa yang lepas. Mana satu yang betul ni. selalunya, budak-budak tak pandai menipu lebih-lebih lagi baru umur 4 tahun. Keliru aku time tu. Kat rumah aku marah anak aku tu teruk jugak dia kena bebel dengan aku. Bila aku tanya dia macam takut nak bagitau siapa yang marah? Aku dah fikir macam-macam dalam kepala otak ni. Keesokkan harinya anak aku macam tak berapa aktif macam hari biasanya. Aku nak hantar dia sekolah tapi dia tak mau gi sekolah Smart Reader Kids tu. Kebetulan pulak Pengetua dia telefon memang aku saja divert ke handphone suami aku tu. Biar laki aku tau cite yang sebenarnya, tapi lain pulak citenya. Si Pengetua ni berbahasa kasar dengan suami aku. Ada ke patut dia suruh suami aku bayar duit yuran lagi RM270 hari Jumaat 9 Januari 2009 tu jugak. Suami aku kata dia tengah kerja sekarang minggu depan boleh tak. nak tau apa pengetua tu jawab? Encik Hamzah kena bayar duit tu sekarang jugak. Datang sekarang jugak bayar. Itu la yang dia kata dengan nada yang kurang sopan. Suami aku kata tengah kerja sekarang tak faham bahasa ke? Pengetua tu jawab, no..no..you kena bayar jugak sekarang. Then, dia ada kata lagi, What to do!!! Apa lagi, suami aku naik angin la. Macam la tak boleh tunggu next week, dah orang ada keje. Tak faham-faham lagi ke?

Suami aku ambik keputusan untuk berhentikan aje anak aku tu dari sekolah Smart Readers Kids Pantai Hill Park. Aku pun buat keputusan menulis surat kepada HQ di Sri Hartamas. Aku memang dah makan hati lama dah dengan sekolah ni dari dulu lagi. Dah dapat peluang aku luahkan segalanya dalam surat tu. Aku tulis surat berhenti sekolah dan sebab-sebab berhenti dengan mintak balik yuran yang dibayar untuk bulan Februari dan Mac.Semua sekali bernilai RM540. Banyak kan? Sekolah ni pelik sikit, bukan-bukan...PELIK BANYAK dalam soal yuran sekolahnya. satu bulan dikira RM270 tapi aku dan suami kena bayar sekali lamsam untuk 3 bulan bersamaan 1 semester RM810. Banyak kan? Jenuh jugak cari duit. Yang paling menyakitkan hati bila kena bayar setiap 31 haribulan dalam bulan tertentu, ada lagi satu. Kenapa suami aku tak bayar RM270 tu. Suami aku tanya RM 270 tu untuk advanced 2009. kenapa kena bayar awal pada 31 Disember 2008. Kan boleh bayar pada bila-bila bulan dalam setahun. Nama pun advanced. tapi haram!!Tak dijelaskan pun oleh pengetua tu. Katanya tanya HQ. Apa lagi aku masukkan sekali dalam surat yang aku tulis untuk HQ tu. Sampai sekarang belum terjawab lagi. HARAM JADAH BETUL!!! Satu surat balasan pun takde. Siap la. Aku akan buat laporan polis dan bawa kes ni ke Mahkamah Tribunal. Tunggu la nanti. Aku akan buat sampai pening kepala diaorang. Disebabkan rasa rugi RM270. Sekarang dah hilang 1 pelanggan tetap. Aku dah hantar anak aku 2 tahun kat sana. tahun ni dah jadi tahun ke 3. Bermakna si Perngetua ni dah rugi banyak untuk setahun punya income. lain kali kalu nak mintak yuran tu. Mintak la elok-elok. Bukan pakai dalam telefon tapi hantar surat sebagai pengingat kepa parent. Mungkin ada parent yang terlupa atau tengah berusaha mencari atau dah memang ada duit tersebut tapi tak sempat bayar sebab ada urusan yang penting perlu diselesaikan.

Sepatutnya, Pengetua tersebut faham akan situasi parents di ketika ini yang ekonomi sedang merundum dan bercelaru. Bukannya baru hantar anak kat sekolah tu. tapi dah 2 tahun. Takkan la kenal dengan parent tersebut. Memang tak profesional langsung!!! Macamana la diaorang ni boleh berniaga kat muka bumi ini. Patut dibom aje macam kat Palestin tu. Baru padan muka. Lepas ni jangan harap la nak majukan lagi perniagaan tu. Aku sumpah dengan nama tuhan aku tidak menghalalkan duit yuran yang tidak dipulangkan tu. Walaupun tahu takkan dapat duit tersebut. Tapi Malaysia ni ada undang-undang. Takkan kulepaskan begitu aje!!!!! Akan ku doakan agar bisnesnya merundum jatuh terduduk tidak lama lagi.... ini janji aku. Dan selalunya mulut aku masin dengan bab-bab marah ni.. Tu sebab jangan bagi aku naik darah dengan benda yang buang masa macam ni. banyak lagi yang boleh aku buat mendatangkan income. Jangan ingat aku nampak seperti seorang yang lemah dan lembut. Tapi aku sebenarnya tegas dalam kes-kes penipuan ini!!! Cukup anti!!! Anak aku pun dah okey sekarang. Aku dah pujuk dia dan suami aku dah carikan sekolah yang terbaik untuk dia. Malah lebih bagus walaupun jauh sedikit.

Sekolah yang yang lama tiada sebarang perkembangan buat anak aku. Lebih-lebih lagi sekarang dia cuma boleh berbahasa Melayu dan sedikit penggunaan Bahasa Inggeris. Sedangkan anak aku dah 2 tahun lebih di sana. Menyakitkan hati aje. Kreativiti pun tidak diterapkan. Aku dan suami yang banyak mengajar anak aku apa itu kreativiti. Yang sekolah tu tau ajar BM, BI dan MAT. Tapi sekolah yang ini anak aku akan belajar BI sahaja, MAT, SAINS, Komputer serta kreativiti dalam bentuk seni kraft. Itu bagus buat perkembangan otak anak aku. Yuran pun jauh lebih murah, kawasan yang besar dan selesa seakan-akan berada di sekolah rendah situasinya. Jadi anak aku takkan kekok apabila masuk darjah satu nanti. Tak perlu penghawa dingin yang penting keselamatan. Sekolah yang baru ni ada Guard dan cara pemberian anak yang bersistematik menggunakan mikrofon dan sekeping kertas bertulisan besar tyertera nama anak aku. Bila aku ambik anak aku, pengetua sekolah itu akan menngunakan mikrofon menyebut nama anak aku. Kan senang macam tu. Tempat parking pun senang. Yuran dibayar sebulan sekali cuma RM210 sipa ada diskaun jika bayar seali lamsam cuma RM1000. Bulan Disember cuti, tak macam sekolah Smart Reader Kids. Bulan Disember kena sekolah tak sampai 2 minggu tapi tetap kena bayar untuk sebulan punya yuran RM270. Rugi kan! Budak sekolah lain cuti, tapi anak aku kena sekolah time cuti, Mengambil untung yang melampau. dah la yuran mahal. kakitangan takde tatasusila langsung dengan parent dan kanak-kan yang merupakan client yang perlu dihormati!...Selamat tinggal Smart Reader Kids yang takde kemajuan dalam bisnes di Malaysia ini.

Suatu hari nanti mana-mana parents akan nampak kesilapan yang dilakukan oleh korang walaupun francise sekalipun. Walaupun pandai berbahasa Inggeris tidak bermakna korang boleh menipu kami ibubapa yang bersekolah tinggi. Jangan ingat kami ini macam orang bolah tak tau pasal pengajaran kanak-kanak. Kami baynak mengikuti ceramah-ceramah yang ada untuk parents tau. Malah ada dikalangan kami yang mempunyai kelayakan dalam bidang perkembangan kanak-kanak. Jangan bermegah dengan apa yang ada sekarang. Mungkin kalau banyak parent yang berdoa macam aku mungkin bisnes korang teruk. Yang pasti bukan sekarang. Namun masih banyak masa yang tuhan sediakan untuk hambaNya...Insaflah dari sekarang. Perbaiki apa yang kurang.....Anggap teguran dan nasihat kami para Parent adalah sebagai satu tangga menempuhi dugaan yang mendatang. Bukan untuk mencari kekayaan dengan cari yang mudah menipu.....

6 comments:

Ibu kami said...

hi ija, my son pun kt smart reader hillpark, so far ok jer xde komplen.. tapi pelik jugak bila u cakap ms chang marah2 time mintak yuran... sbb so far setakat lambat sket dia tak cakap apa2 pun..

bab kasut tu mmg hangin le sbb now dah end of 1st quarter pun x dpt2 lg..

so, yr daughter kt sek mana skrg?

IjaMohdNaser said...

Tq for the comment...Skrg anak saya ada di Tadika Taman Madeline Jln Othman Pj. Yuran pun ok cuma RM210/month kalu bayar 1 tahun cuma RM1K. Subjek ada banyak BM, BI, Sains, Mate, Komputer dan Art. Sek pun besar. kalu minat boleh tambah subjek bhs cina. Nak ambil anak pun senang jugak..psnggil snsk pakai mikrofon....Skrg anak dah boleh cakap sikit2 bhs cina sebab bergaul dengan budak cina, india dan juga melayu. bhs pengantar BI. cikgunya ok jugak.

Ummu Saif said...

http://drmuna.wordpress.com/2010/06/17/no-more-tadika-itu/

Unknown said...

Omg...serius... baru ingt nak anta ank tahun depan kat sini..sbb dekat dgn rumah..n end up sy bace nie xjadi la..batter i anta direct tadika cina..

Unknown said...

Omg...serius... baru ingt nak anta ank tahun depan kat sini..sbb dekat dgn rumah..n end up sy bace nie xjadi la..batter i anta direct tadika cina..

Molly M said...

Hi Ija. Nak tanya, dapat ke refund tu dari Smart Reader Kids? Sy baru berhentikan anak dari salah satu cawangan mereka ni, tapi katanya tak boleh refund. Sedangkan dah bayar habis untuk initial yuran awal tahun tu. Nak tau, mereka bagi tak u refund sebab berhenti kat situ.
Thank you.